Catatan

Sharnaaz Didenda Oleh Mahkamah, Mengaku Bersalah Tumbuk Bangla.

Imej
Sharnaaz Ahmad yang merupakan seorang pelakon telah dikenakan denda sebanyak RM1,200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad berusia 32 tahun telah didakwa atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh pada Julai tyang lalu. Menurut laporan Harian Metro, Sharnaaz telah dijatuhkan hukuman oleh Majistret Mahyudin Mohmad Som selepas beliau telah mengakui kesalahannya sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya. Pelakon yang popular menerusi drama Suamiku Encik Sotong itu turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Walau bagaimanapun Sharnaaz dikatakan telah pun membayar denda tersebut bagi mengelakkan hukuman yang lebih teruk. Mengikut pertuduhan, Sharnaaz didakwa dengan sengaja telah mencederakan pekerja kelab golf, Gouz Ali dengan menumbuk muka lelaki itu di sebuah kelab golf di Taman Tun Dr ...

Tunjuk Gambar Sebelum Perkosa Kanak-Kanak 9 Tahun.

Imej
Malang menimpa pada kanak-kanak berusia 9 tahun yang menjadi mangsa rogol ketika ibunya tiada di rumah. Menurut laporan Harian Metro, Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu diperkosa seorang lelaki ketika ketiadaan ibu bapa mangsa di sebuah rumah di Batu 11, dekat Kajang, 16 September lalu. Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, suspek bertindak mendekati mangsa sebelum menunjukkan gambar lucah yang disimpan di dalam telefon pintar. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh menyewa di kediaman sama dan mengambil kesempatan ketika keluarga mangsa tiada di rumah. "Ketika hari kejadian, suspek tidak bekerja sebelum masuk ke bilik mangsa dan menunjukkan gambar lucah. Lelaki itu beredar dan kembali semula lalu memperkosa mangsa. "Malah, suspek cuba menghapuskan bukti dengan membersihkan tubuh mangsa selain mengugut supaya kanak-kanak itu tidak menceritakan kejadian dialami kepada sesiapa,...

Azmin Ali Tuntut Utusan Tarik Laporan ‘Azmin Benar Pesta Arak’.

Imej
Akhbar Utusan Malaysia hari ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai Menteri Besar Selangor Datuk Azmin Ali di muka surat hadapan akhbar berkenaan yang dikatakan bertujuan mengelirukan orang ramai. Walaubagaimanapun, Azmin hari ini telah mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Malaysia kerana mendakwa beliau membenarkan pesta arak diadakan di negeri itu. Menurut laporan Malaysia Kini, pejabat menteri besar Selangor telah pun mengeluarkan kenyataan membidas kemabli laporan muka depan akhbar milik Umno itu adalah tidak benar dan hanya bertujuan untuk mengelirukan orang ramai. Sehubungan itu, akhbar itu dituntut menarik balik laporan tersebut tanpa syarat, permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi dari Utusan Malaysia. Akhbar itu hari ini memaparkan tajuk utama "Azmin benar pesta arak" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi “Tidak hirau amaran PDRM mengenai ancaman pengganas". Perenggan pertama laporan itu menyebut bahawa "...

Kebakaran Pusat Tahfiz, Serah Kertas Siasatan Kepada Peguam Negara.

Imej
Susulan kejadian pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah yang terbakar serta telah mengorbankan 23 nyawa. Pihak polis telah pun menghantar kertas siasatan berikutan kejadian terbabit kepada Peguam Negara bagi membuat penelitian. Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, kes disiasat pihaknya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 435 kanun yang sama. Menurutnya, penelitian lanjut akan dilakukan pihak Peguam Negara mengenai seksyen yang akan digunakan nanti. "Sebarang pekembangan lanjut akan dimaklumkan dan pihaknya sudah melakukan siasatan terperinci membabitkan kejadian berkenaan. "Kita berharap semua pihak bersabar dan tidak membuat kenyataan hingga menggangu siasatan," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini. Dalam kejadian tersebut telah mengakibatkan 21 pelajar tahfiz dan d...

Video: Wanita Potong Kemaluan Kekasih.

Imej
India - Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila kemaluannya telah dipotong oleh kekasihnya sendiri selepas wanita tersebut mengetahui bahawa mangsa akan berkahwin dengan wanita lain. Menurut laporan Daily Mail, mangsa yang dikenali sebagai Irshad berusia 26 tahun telah berjumpa dengan kekasihnya itu yang berusia 30 tahun buat kai terakhir sebelum dia akan dikahwinkan dengan wanita pilihan ibu bapanya. Suspek dilaporkan pada mulanya telah mengajak mangsa untuk berjumpanya di sebuah rumah tumpangan di Kattipuram, India. Ketika mangsa berjumpa dengan suspek, mangsa dikatakan telah diserang oleh suspek dengan menggunakan pisau. Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada Selasa yang lalu dimana suspek dikatakan telah memotong kemaluan mangsa dengan menggunakan pisau. Mangsa yang telah diserang secara tiba-tiba bagaimanapun terkejut dengan tindakan kekasihnya itu dan menjerit dengan kuat akibat kesakitan yang dialaminya itu. Mangsa bagaimanapun telah diselamatkan oleh b...

Hans Isaac Menerima Permohanan Maaf Zizan Razak

Imej
Akhirnya Zizan Razak telah pun mengeluarkan permohanan maaf terhadap Datuk Hans Isaac selepas kecoh di media sosial mengenai lawak Zizan yang dikatakan agak keterlaluan ketika menjadi hos malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-29. Hans 46 tahun dikatakan telah pun menerima permohonan maaf Zizan serta sudahpun berbincang bersama dengan Zizan mengenai isu terbabit dan mahu melupakan perkara yang telah pun terjadi pada malam Ahad tersebut. Menurut laporan mStar Online, Hans dalam kenyataannya memberitahu bahawa "Saya dan Zizan sudah berbincang dan dia minta maaf. Saya pun dah maafkan Zizan. Dah berbincang dengan dia. "Sekarang ini kita pandang ke depan dengan kerja dan kehidupan. Terima kasih," kata Hans kepada mStar Online. Menurut Hans lagi, dia berharap peminatnya dan Zizan dapat menghormati satu sama lain dan tidak menggunakan kata-kata yang kasar di laman sosialnya. Malah, dia juga memuat naik video memaafkan Zizan di Instagramnya dan memberitahu isu ant...

Kes Haruan Makan Anak, Ibu Sahkan Ayah Tak Bersalah.

Imej
Malang menimpa gadis berusia 14 tahun yang mengadu kepada ibu saudaranya kejadian yang menimpa pada dirinya sendiri apabila dicabul ayah kandung sendiri. Seorang gadis malang itu dilihat menggenggam pergelangan tangannya sendiri akibat tertekan dengan  perangai terkutuk ayahnya itu. Gadis berkenan pernah mengadu kepada ibunya sendiri tentang ayahnya yang kerap melakukan pencabulan terhadapnya, malang ibunya tidak mengendahkan aduan anak gadisnya itu. Kejadian itu dipercayai berlaku pada Mac lalu apabila ayahnya memeluknya dari bekalang sebelum memasukkan tangan dalam baju lalu meremas buah dada mangsa. Suspek juga bertindak lebih jauh dengan memamukan jari ke dalam seluar mangsa sebelum meraba-raba, malah mangsa juga mengaku kerap di cabul ketika membonceng pulang dari sekolah. Hari ini suspek di hadapkan ke mahkamah atas enam pertuduhan mencabul anak sendiri, suspak mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Surita Budin. Suspek 37 tahun yang bekerja sebagai pekebun mem...