Wanita Maut Selepas Terjun Dari Tingkat Dua Untuk Larikan Diri.
Kuala Lumpur – Seorang wanita ditemui maut selepas terjun daripada tingkat dua sebuah premis bagi melarikan diri.. Wanita tersebut dikatakan terjun dari tingkat dua premis pusat hiburan tersebut bagi melarikan diri ketika serbuan dilakukan oleh pihak polis. Wanita tersebut yang juga merupakan warga Indonesia masih belum dapat dikenal pasti identiti sebenarnya kerana tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah telah ditemui meninggal dunia berhadapan sebuah bank di Batu 5,Jalan Ipoh pada awal pagi kelmarin. Wanita berusia 20-an tersebut dikatakan telah melarikan diri ketika serbuan pihak polis dilakukan sekitar pukul 2 pagi dipercayai kerana tidak memiliki dokumen sehingga bertindak nekad terjun daripada tingkat dua premis pusat hiburan tersebut. Menurut kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy memberitahu bahawa siasatan awal mendapati wanita terbabit mengalami kecederaan di bahagian dada serta kaki selepas membuat terjunan tersebut....