Catatan

Kantoi Ketika Angkat Sumpah Jadi Ahli Kongsi Gelap.

Imej
Walaupun sebelum ini banyak tangkapan melibatkan kes kongsi gelap dibuat, namun masih ada segelintir orang yang sanggup berdepan risiko dan mencabar undang-undang di negara ini. Menurut laporan Harian Metro, polis memberkas 23 individu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap yang sedang mengadakan upacara 'angkat sumpah' di Taman Lintang Makmor, Sungai Siput, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, serbuan 4.30 petang itu dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput. "Tangkapan membabitkan 22 lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya berusia antara 22 hingga 55 tahun. "Turut dirampas, dua ayam yang dipercayai digunakan untuk upacara angkat sumpah kongsi gelap itu," katanya, hari ini. Menurutnya, pemeriksaan mendapati 10 daripada yang ditahan itu mempunyai tatu berkaitan dengan kongsi gela...

Video Sebak Hari Raya Kisah Silam Datuk Vida

Imej
Setiap kali tiba hari raya, nostalgia ketika beraya di zaman kanak-kanak pasti muncul kembali di kotak fikiran. Apa sahaja kenangan di Aidilfitri, ianya pasti terpahat di dalam hati sama ada memori indah mahupun menyedihkan. Begitu juga bagi pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida yang sentiasa sebak apabila terkenang kesusahan untuk membeli baju dan kasut raya kira-kira 35 tahun lalu. “Saya masih ingat lagi bagaimana susahnya kehidupan dulu setiap kali tiba hari raya. Nak beli baju dan kasut raya pun fikir banyak kali, keadaan waktu itu amat susah. “Saya terpaksa berniaga jika mahu beli baju raya untuk diri sendiri. Lepas dapat, saya bawalah sampai ke tidur sebab saya rasa susah nak dapat baju raya itu,” katanya kepada mStar Online. Namun kesusahan hidup yang dilaluinya kira-kira 35 tahun lalu digarap Vida menjadi sebuah filem pendek untuk dikongsi bersama peminatnya sempena Aidilfitri kali ini. Ilham yang ...

"Madame" Tewaskan 5,000 Lelaki Di Tangannya

Imej
Seorang wanita Siam yang menggelar dirinya "Madame" dan mendakwa pernah berdating dengan 5,000 lelaki asing menjadi buah mulut wanita Thailand kerana menawarkan harga yang tinggi untuk kelas menggoda lelaki kaya. Wanita itu membuka laman Facebook Praiya Suriya dan kini sudah mempunyai 38,041 pengikut. "Madame" menawarkan kursus berharga 6,300 Baht (RM796) dan menjamin bahawa mereka yang mengambil kursus itu pasti akan berkahwin dengan lelaki asing atau orang Arab yang kaya. Pun begitu, tidak semua wanita Thailand gembira dengan perkhidmatan "Madame". Aktivis terkenal dengan hak wanita seperti bekas senator, Rabiebrat Pongpanit dan Leena Jungjunya menyelar perbuatan "Madame" yang disifatkan mencalar imej wanita Siam. "Madame" memperkenalkan dirinya sebagai seorang bekas pelajar yang pernah menerima biasiswa kerajaan untuk belajar di luar negara. Dia mendakwa telah "berjuang melalui segala-galanya" dan menderita ak...

"Kristiane Backer" Bekas Pengacara MTV Peluk Islam

Imej
BERLIN – Kristiane Backer menikmati zaman kemuncak ketika meniti usia 20-an. Beliau mengecapi impian sebagai penyampai MTV Europe, berlaga bahu dengan bintang terkemuka seperti Mick Jagger dan Bono dan mendapat bayaran untuk melakukan pekerjaan itu. Secara luarannya, kehidupan tersebut merupakan kehidupan idamannya, namun Kristiane turut mengalami kemurungan yang tidak mampu ditanggung olehnya. Kemudian, beliau bertemu dengan Imran Khan yang juga seorang pemain kriket terkenal dari Pakistan yang memimpinnya ke arah Islam dan memberikan ketenangan kepadanya. “Imran menjadi pengenalan saya kepada Islam. Saya lebih suka sifatkan bahawa saya tidak mencari (agama), tapi saya telah dijumpai,” katanya. Sebagai warganegara Jerman yang dibesarkan di Hamburg, Kristiane sentiasa teruja dengan hal berkaitan kesenian. Jadi, apabila dia mendengar qawwali ketika dalam perjalanan ke Pakistan untuk melawat Imran, beliau terkesima dengan keindahannya. Qawwali adalah sejenis muzik yang berkai...

Serangan Di Masjidil Haram Digagalkan.

Imej
ENAM jemaah warga asing cedera semalam apabila seorang pengebom berani mati menyasarkan tempat paling suci umat Islam meletupkan dirinya. Kejadian berlaku sekitar Masjidilharam tempat ratusan ribu jemaah berhimpun pada hari-hari terakhir Ramadan. Dalam serbuan awal pagi di Makkah dan Jeddah, pegawai menangkap lima suspek, termasuk seorang wanita sebelum mengepung lokasi pengebom di sekitar Masjidilharam. “Dia bagaimanapun mula menembak anggota keselamatan sebaik menyedari kehadiran mereka di kawasan itu. Ia menyebabkan kejadian berbalas tembak sebelum lelaki itu meletupkan dirinya,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Mansour al-Turki. Letupan itu menyebabkan sebahagian bangunan tempat dia bersembunyi runtuh, mencederakan enam jemaah. Menurutnya, empat mangsa sudahpun dibenarkan keluar dari hospital. Dalam pada itu, lima anggota keselamatan cedera. Imej yang didakwa dirakam di tempat kejadian dan tersebar di media sosial menunjukkan satu lorong penuh dengan...

Budak Perempuan 6 Tahun Dirogol Dalam Bilik Air Oleh Sepupu Berusia 14 Tahun,

Imej
KUCHING - Seorang budak perempuan berusia enam tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol abang saudaranya sendiri di dalam bilik air di sebuah rumah di Kampung Buntal di sini semalam. Menurut nenek mangsa, cucunya itu mengadu sakit di kemaluannya kira-jira pukul 8.30 malam. nenek mangsa kemudian membuka kain yang dipakai kanak-kanak itu sebelum melihat kesan pendarahan pada bahagian kemaluannya. Apabila ditanyakan kepada cucunya itu, mangsa memberitahu, sepupu lelakinya yang berusia 14 tahun telah memasukkan kemaluan ke dalam kemaluannya di dalam bilik air di rumah tersebut. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, siasatan awal mendapati mendapati mangsa tinggal bersama neneknya. Suspek juga merupakan cucu kepada wanita berusia 56 tahun itu dan berasal dari Lundu. Menurut laporan Kosmo Online, ketika kejadian, mangsa tinggal bersama suspek yang tidak lagi bersekolah, manakala neneknya berada di luar rumah atas urusan ...

Siti Kasim Didakwa Hari Ini Kerana Menghalang Jawi Serbu Majlis Mak Nyah

Imej
Peguam Siti Zabedah Kasim hari ini didakwa kerana menghalang proses keadilan semasa serbuan pada satu acara transgender, April tahun lepas. Serbuan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua setengah jam selepas acara bermula. "Hari ini, anak guam saya, Siti Kasim didakwa mengikut Seksyen 189 Kanun Keseksaan," kata peguamnya Roger Chan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini. Seksyen 186 Kanun Keseksaan adalah berkaitan kesalahan menghalang penjawat awam. Siti boleh menghadapi hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah. Bagaimanapun Siti Zabedah Kasim mengaku tidak bersalah dan mohon kes itu dibicarakan. Majistret Ahmad Solihon Abdul Wahid mengarahkan sebutan kes pada 22 Ogos selepas tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM3,000 Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif berhujah Siti Zabedah dengan sen...