Catatan

Disebalik Kisah Bekas Ketua Mafia Sebelum Terima Hidayah Memeluk Islam.

Imej
PETALING JAYA – Siapa tidak kenal Vince Focarelli, kisah bekas ketua mafia yang berpengaruh di selatan Australia menjadi tular di media sosial. Tapi tidak ramai yang tahu kisah di sebalik Vince yang lahir dalam keluarga yang beragama Kristian (Katolik) mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam. Pada awalnya, Vince yang berbadan sasa ini hanyalah seorang Muslim pada nama dan bukan pada penghayatannya. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam Bayan Linnas siri ke-93, hidayah itu timbul apabila Vince selalu meluangkan masa bersama ahli-ahli kumpulannya yang mana sebahagian mereka beragama Islam. Perbincangan mengenai Nabi Isa (Jesus) menarik minat Vince sehingga apabila diceritakan mengikut kaca mata Islam, dia kemudian mengaitkannya dengan kefahaman agamanya (Kristian) ketika itu. Banyak persoalan sering menghantui dirinya sehinggalah hidayah itu muncul dan Vince sendiri mengucapkan dua kalimah syahadah. Walaupun Vince tela...

'Akulah Tuhan, Sembahlah Aku' Kejutkan Jemaah

Imej
"Akulah Tuhan, sembahlah aku"  kata-kata itu mengejutkan ratusan jemaah Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul, yang sedang solat Isyak kira-kira jam 8.50 malam tadi. Laungan itu diikuti dengan kata-kata "ha bagus, sembah lagi" ketika jemaah sedang rukuk dan sujud. Meskipun terganggu dengan situasi mengejutkan itu ia bagaimanapun tidak menjejaskan solat yang masuk pada rakaat ketiga setelah imam menguatkan suara. Salah seorang jemaah, Mohd Ali Oshman, 52, yang berada di saf ketiga ketika kejadian berkata, dia terkejut dan terganggu dengan insiden itu. Katanya, lelaki berkenaan dipercayai tidak bersama dalam saf solat namun tiba-tiba masuk ke ruang solat utama mengadap jemaah sambil melaungkan kata-kata itu. "Imam menguatkan bacaan takbir 'Allahhuakhbar' bagi meredakan situasi sebelum beberapa kakitangan dapur masjid datang membawa keluar lelaki itu,"katanya. Seorang lagi penduduk,  Mohd Syabandi Saarani, 40, berkata, ketika in...

Video Ngeri Detik-Detik Truk Trailer Langgar Motor Di Lampu Merah.

Imej
Kecoh satu video yang menunjukkan detik-detik kejadian ngeri sebelum sebuah trak panjang melanggar penunggang motor yang sedang berhenti di lampu isyarat. Kejadian ini dikatakan berlaku ketika lalu lintas dalam keadaan lengang. Video ini sempat membuatkan masyarakat Kota Medan terkejut kerana dengan situasi lalu lintas yang lengang dan jalan tidak basah akibat hujan, sebuah trak trailer melanggar penunggang motor dipercayai kerana kegagalan brek. Tiga orang yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut adalah Indra Subahan Purba 44 tahun, Arisa Salwa 13 tahun dan Anas Majid 8 tahun. Sementara itu mangsa yang di rawat di hospital Bina Kasih adalah M Safikri 14 tahun penduduk Jalan Marelan Perumahan Gua Persada Dua, Aldon Sinambela 47 tahun. Sementara mangsa yang di rawat di hospital Sari Mutiara, Ida Parwita Sari 41 tahun dan Afia Zahro Purba 11 tahun.

Nak Rezeki Murah Dan Keluarga Bahagia, Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan.

Imej
Ketika saya berada di ruangan solat tadi, tiba-tiba datang seorang lelaki dekat dengan saya dan kami pun berborak-borak. Ketika kami sedang berborak, lelaki tersebut dengan tidak semena-mena telah meluahkan perasaannya serta masalah yang dihadapinya. Lelaki tersebut telah menceritakan mengenai kehidupan keluarganya yang sentiasa susah serta tidak tenteram ada sahaja masalah, dia dan isterinya pula selalu bertengkar walaupun kerana hal-hal kecil.   "Saya dah usaha macam-macam dah bang, macam-macam cara dah saya buat, Tak tahu nak buat macam mana dah" kata lelaki itu "Waktu awak makan dengan isteri, awak ada suapkan makanan dekat dalam mulut isteri awak tak?" saya tanya. "Tak pernah bang, kalau saya buat, nanti saya dikatakan buang tabiat pula" jawabnya. "Awak pernah tak suapkan makanan dalam mulut anak-anak awak tak?" Tanya saya lagi. "Pun tak pernah, kenapa awak tanya macam itu?" Jawab lelaki itu yang merasa ...

Jururawat Bunuh 60 Bayi Dihukum Penjara 99 Tahun

Imej
Seorang jururuwat biasanya digambarkan sebagai seorang yang berjiwa murni kerana sanggup melakukan pengorbanan bagi menjaga pesakit. Tetapi berlainan pula dengan seorang jururawat ini yang berhati syaitan kerana tergamak membunuh ramai bayi yang tidak berdosa. Beliau merupakan seorang jururawat Texas yang dipenjara kerana membunuh seorang bayi lebih 30 tahun lalu didakwa telah membunuh seorang lagi bayi semalam dan mungkin bertanggungjawab di sebalik kematian kira-kira 60 kanak-kanak. Menurut AFP, “Genene Jones, 66 tahun, sungguh kejam dan keadilan menuntut dia dipertanggungjawabkan terhadap jenayah yang dia lakukan,” kata pendakwa raya Bexar County, Texas, Nico Lahood. “Pejabat kami akan cuba menyiasat semua bayi yang nyawa mereka dirampas oleh Genene. Tumpuan kami hanya untuk menuntut keadilan,” kata Lahood di mahkamah, lapor Metro. Sehubungan itu, Jururawat berkenaan kini menjalani dua hukuman kerana jenayah yang dilakukannya pada 1984. Dia dihukum penjara 9...

Bintang Manchester Paul Pogba Menunaikan Umrah??

Imej
BIntang Manchester United Paul Pogba dikatakan sedang mengerjakan umrah sempena kedatangan Ramadan. Perkara ini diketahui melalui dua gambar yang tular di seluruh dunia, menunjukkan seorang lelaki sedang mengerjakan umrah, mirip wajah Pogba. “Paul Pogba di Makkah hari ini, melakukan umrah,” tulis seorang pengguna akaun Twitter @AkhiNextDoor. Sehubungan itu, Bersama tweet itu adalah dua gambar yang dikatakan Pogba sedang memakai ihram. Jika benar itu dirinya, ini bermakna Pogba yang sebelum ini memiliki rambut warna emas tetapi telah menghitamkan semula rambutnya. Sebelum gambar ini tersebar, Pogba telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram peribadinya. Menerusi video tersebut, dia memegang sebuah bagasi putih bersama beg sandang untuk pergi ke suatu tempat yang tidak dinyatakan. “Dalam perjalanan bagi mengucapkan terima kasih untuk tahun ini. Jumpa lagi Manchester,” tulisnya pada gambar tersebut, lapor mStar. Setakat ini pemain ini belum menges...

Dua Lelaki Maut Cuba Selamatkan Dua Wanita Islam.

Imej
Dua lelaki maut dalam cubaan menghentikan serangan Islamophobia ke atas dua wanita beragama Islam, di Amerika Syarikat semalam. Menurut laporan Sinar Harian, polis Oregon, kedua-dua mangsa ditikam oleh seorang lelaki di dalam sebuah tren komuter manakala seorang lagi penumpang cedera dalam serangan yang berlaku kira-kira 4.30 petang waktu tempatan (7.30 pagi waktu Malaysia). Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital. Polis mengenal pasti suspek sebagai Jeremy Joseph Christian, 35 tahun ditahan dan didakwa dengan kesalahan membunuh, cubaan membunuh, mengugut dan memiliki senjata api terlarang. “Suspek dalam keadaan tidak stabil dimana beliau sering menjerit dan meracau-racau apabila ada orang mendekatinya. “Beberapa orang kemudiannya diserang oleh suspek menyebabkan dua maut dan seorang lagi cedera,”kata Sarjan Pete Simpson. Sementara itu, salah seorang ibu kepada dua wanita yang digangg...