Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ugutan

Video - Penunggang Motosikal Ugut Mahu Tetak Pemandu Lori

Imej
Video berdurasi 56 saat memaparkan seorang lelaki penunggang motosikal no pendaftaran BHJ 4620 sedang mengancam pemandu lori dan berlagak seperti samseng. Difahamkan pemandu lori tersebut tersalah jalan dan sedang mencari jalan untuk membuat pusingan U . Secara tiba-tiba pemandu lori terbabit didatangai lelaki penunggang motosikal bersama rakan-rakannya memarahi dan menengking mangsa . Pemandu tersebut menengking semula kepada lelaki penunggang motosikal terbabit lalu suspek yang tidak dapat menerima tengkingan itu mengeluarkan parang dan mengugut mahu menetak mangsa. Menerusi video tersebut kelihatan suspek menghayunkan parangnya ke arah cermin tingkap sisi sebelah pemandu hingga retak. Laporan polis akan dibuat untuk tindakan lanjut. Editor: Anna

Polis tahan pengguna Facebook ugut petugas Jabatan Veterinar Sarawak

Imej
KUCHING: Seorang pegawai bank berumur 34 tahun ditahan polis gara-gara status Facebook yang dimuatnaiknya di mana dia dikatakan telah mengugut seorang petugas Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak baru-baru ini. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak suspek dikatakan telah ditahan pada jam 10.50 pagi ini di rumahnya di BDC Stampin oleh pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Padawan. Tambahnya lagi, suspek dikatakan membuat catatan berbaur ugutan terhadap Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dalam sebuah halaman Facebook yang memperjuangkan nasib anjing liar. Suspek juga dikatakan turut menghasut pengikut laman sosial Facebook itu untuk membuat sekatan jalan raya dan melepaskan anjing liar yang ditangkap itu. Dalam status yang dimuatnaik, suspek dikatakan turut mencadangkan penggunaan langkah yang melampau untuk menghalang operasi jabatan itu untuk menangkap anjing liar. Hasil daripada siasatan, pihak polis berjaya merampas telefon bimbit suspek, yang ketika i...

Dipaksa Kahwin!!! Lelaki Ini Menangis Di Hari Perkahwinan.

Imej
INDIA – Seorang wanita telah menculik dan memaksa seorang jurutera lelaki berusia 29 tahun  berkahwin dengannya di Bihar, India. Dia merayu untuk dibebaskan dan terus menangis untuk mendapatkan bantuan. Namun sekumpulan wanita yang didakwa dari keluarga wanita itu, cuba meyakinkannya untuk bekerjasama. Rakaman video ini memperlihatkan perkahwinan Vinod Kumar, berpakaian pengantin lelaki, yang sedang menangis meratap insiden perkahwinan paksaan tersebut. Apabila dia enggan menggunakan vermillion kepada pengantin perempuan, saudara-saudaranya terdengar berkata, “Kami hanya melakukan perkahwinan anda, tidak menggantung anda. Berita NDTV melaporkan, Bagaimanapun kes itu kini sedang disiasat oleh pihak polis. “Media tempatan memetik jurutera sebagai berkata seorang saudara pengantin perempuan telah menunjuk pistol kepadanya selepas mereka bertemu di perkahwinan rakannya dan memerintahkan dia untuk menikahinya. Sumber: Suara.TV - Editor: Amylea Nazrul

Parang Panjang Di Laher Ayah

Imej
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki mengacu parang sambil mengugut mahu membunuh ayahnya apabila di tegur tindakannya membakar kerja di dalam rumah dalam kejadian di Kampong Tebauk, Gong Badak. Kejadian jam lebih kurang 7.30 pagi itu, suspek berusia 36 tahun, naik hantu apabila mangsa berusia 67 tahun menegur tindakannya selepas melihat kesan terbakar di dalam bilik suspek. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, mangsa dikatakan masuk ke dalam bilik suspek dan ternampak kesan kertas terbakar di dalam bilik anaknya. “Melihatkan keadaan Tersebut, mangsa menegur tindakan suspek yang dilihat boleh menyebabkan rumah mereka terbakar, mangsa tidak menduga tegurannya itu mengundang kemarahan suspek. “Suspek yang tidak dapat menerima teguran tersebut mengamuk sebelum mengambil sebilah parang yang ada di dapur lalu mengacukan senjata itu ke arah leher mangsa. “suspek yang juga terlibat didalam penagihan dadah turut m...