Pelayan Lelaki Sanggup Berhabisan Wang Untuk Kecantikan
PERANCIS - Seorang lelaki telah menunjukkan perubahan dramatiknya pada bahagian bibir apabila telah menghabiskan lebih dari £ 8,500 (9,600 Euro) hanya untuk pembentuk bibir dan botox kerana mahu kelihatan muda seperti idolanya Marilyn Monroe. Cyril Roux, 32, dari Toulon, Perancis, menunjukkan bibirnya yang disuntik dengan pembentuk bibir setiap dua bulan sekali dan telah menghabiskan lebih dari £ 3,500 (4,000 Euro) untuk bibirnya sahaja. Lelaki yang bekerja sebagai pelayan itu berkata dia memulakan rawatan kosmetik kerana dia mahu kelihatan lebih muda seperti idolanya, Marilyn. Cyril, telah menjalani lebih daripada 20 prosedur dalam tempoh 18 bulan yang lalu, kini berharap untuk melakukan perubahan kepada hidung bersama dengan implan dagu dan pipi, untuk membuat perubahannya lebih jauh lagi. Lelaki perancis itu berkata dia mendapati orang sekeliling ketawa kepadanya, tetapi dia berkata bangga dengan pandangan orang terhadapnya. Dia menjelaskan bagaimana dia memulakan prosedu...