Ibu Tunggal Mangsa Samun Ditumbuk Di Kepala dan Diikat
Seorang wanita yang bergelar ibu tunggal terpaksa menanggung kerugian sebanyak rm5000 dan turut mengalami kecederaan selepas ditumbuk di kepala dalam kejadian samun yang berlaku di rumahnya di Kampung Juasseh Tengah, Kuala Pilah, semalam. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 petang ketika mangsa, Junaidah Maarof, 51, sedang mengunci pintu pagar rumah untuk ke Kuala Pilah bagi membeli barangan keperluan dapur. Secara tiba-tiba mangsa dihampiri seorang lelaki dan merampas beg tangannya lalu berlari ke belakang rumah. Mangsa mengejar suspek berkenaan untuk mengambil semula begnya lalu berlaku pergelutan antara mereka. Ketika sedang bergelut, lelaki itu sempat meragut dua rantai leher dan gelang yang dipakai mangsa serta menumbuk kepalakanya sehingga terjatuh. “Lelaki itu kemudiannya mengikat kedua-dua tangan saya menggunakan tali ampaian dan mulut saya diikat menggunakan tudung yang dipakai sebelum melarikan diri bersama Proton Wira milik saya menghala ke Pelangai,” katanya. Junaidah b...