Hidup Ketakutan Akibat Gambar Bogel
Seorang wanita dikatakan telah kerugian sebanyak RM40,000 dan terpaksa hidup didalam keadaan ketakutan kerana diugut video dan gambar bogel nya di sebarkan. Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Amy,24, adalah seorang pembantu kerani yang berasal dari Taman Meru Jaya ,Ipoh. Mangsa dikatakan telah berkenalan dengan seorang pengguna lama sosial yang menggunakan nama Morgan Deavour Andrew,35 ,pada September yang lalu. Pada awal perkenalan mereka hanya berbual menerusi laman sosial berkenaan sebelum perkenalan mereka menjadi lebih rapat sehingga mereka berbual melalui telefon dan juga aplikasi Whatsapp. "Lelaki tersebut mendakwa dia berasal dari Amerika Syarikat (AS) dan bekerja sebagai seorang jurutera sivil.Manakala ibu nya telah menghidap penyakit hepatitis B serta sakit buah pinggang. "Semakin hari semakin rapat hubungan kami selepas tiga bulan berkenalan di media sosial pada November yang lalu.Dia juga mendakwa bahawa dompetnya hilang dan menyatakan hasra...