Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Penderaan

Video Pengasuh Dera Kanak-Kanak

Imej
Satu video berdurasi 48 saat menunjukkan satu kejadian yang berlaku di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di mana seorang kanak-kanak telah di dera oleh pengasuhnya. Kejadian ini dipercayai baru sahaja berlaku dan ianya telah menjadi tular di laman sosial dan melalui rakaman tersebut ianya telah berlaku sekitar jam 2.35 petang tadi. Melalui video tersebut, dapat dilihat seorang pengasuh yang sedang melihat pakaian dan juga beberapa orang kanak-kanak yang berada di sekelilingnya. Namun, secara tiba-tiba pengasuh terbabit bertindak di luar jangkaan apabila dia telah menolak kepala seorang kanak-kanak sehingga jatuh ke lantai. Malahan, apa yang lebih teruk lagi adalah pengasuh terbabit juga turut menggoncang badan serta kepala dan turut memukul kanak-kanak terbabit. Tempat kejadian ini bagaimana pun tidak didedahkan dan dipercayai rakaman tersebut dirakam melalui cctv di di tempat kejadian. Editor: Sara  

Luahan Hati Isteri Bersama Suami Yang Mengamalkan Ilmu Hitam

Imej
Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh Ahmad Fedri Yahya melalui akaun Instagramnya terdapat satu perkongsian mengenai kisah rumah tangga wanita yang mana dia menghadapai kesulitan selepas berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai anak lelaki. Menurutnya lelaki itu tidak bekerja, kaki perempuan, panas baran, ketagih ganja dan mengamalkan ilmu hitam. Wanita itu juga terpaksa berhenti kerja setelah dipaksa oleh suaminya kerana terlalu cemburu. Rumah arwah isterinya juga telah dijual namun duit hasil jualan rumah telah dihabiskan sekelip mata termasuk duit pampasan arwah isterinya. Bermula satu saat yang sukar apabila lelaki itu jatuh sakit yang teruk akibat daripada amalan ilmu hitamnya. Wanita itu menasihatkan suaminya untuk buang ilmu tersebut dan akhirnya dia kembali pulih dan berjanji untuk berubah. Sikap panas barannya semakin berubah dan juga telah berhenti dari mengambil ganja. Namun masih tidak bekerja dan duit belanja harian datang dari pencen arwah isterinya serta p...

Telinga Bengkak Dan Lebam Dipercayai Dipulas Guru Tadika

Imej
SINGAPURA: Seorang kanak-kanak dipercayai telah di dera oleh guru tadikanya selepas terdapat kesan lebam dan bengkak pada telinga kanak-kanak terbabit. Kejadian itu mula disedari oleh ibunya Claudia Kwan apabila anaknya yang berusia tiga tahun itu pulang daripada tadika terbabit. Menyedari kejadian itu, ibunya segera membuat laporan dan pihak polis Singapura telah membuka kertas siasatan untuk menyiasat kejadian ini. "Dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil anak saya dari tadika, suami saya mendapati telinga anak saya lebam dan bengkak di bahagian atas telinga." "Selepas ditanyakan apa yang berlaku, anak saya terus menangis," tulis ibunya di dalam satu kenyataan di dalam Facebook miliknya. Namun, menyedari akan kejadian tersebut, Claudia turut pergi ke tadika terbabit untuk mendapatkan penjelasan mengenai kes anaknya itu tetapi semuanya itu tidak dilayan. Hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan, doktor mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh k...