Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Lemas

Dia Sempat Jerit Panggil Saya "Ayang" Tangannya Melambai Meminta Tolong Sebelum Hilang 😭

Imej
SEPANG - "Dia sempat menjerit memanggil saya. Tangannya melambai seperti meminta tolong. Itu kali terakhir saya lihat suami sebelum dia tinggalkan saya selamanya" hiba Nur Fatihah Mohamad Yusoff, 26. Kejadian di Pantai Bagan Lalang, di sini pada Ahad itu telah meragut nyawa Mohd Faizal Mahasan, 30, selepas cuba menyelamatkan dua beradik perempuan yang lemas. Menceritakan detik itu, Nur Fatihah berkata, dia datang ke Pantai Bagan Lalang berdua dengan suaminya (mangsa). "Sehari sebelum kejadian, suami mengajak saya untuk berjalan lihat sunset (matahari terbenam). "Dia kata jom kita honeymoon (bulan madu) berdua. Malam itu juga dia pergi beli tikar dan minta saya buat kuetiau goreng untuk makan sama ketika berkelah. "Keesokannya (hari kejadian) kami bertolak ke Pantai Bagan Lalang dari Puchong Perdana dan sampai kira-kira jam 1 tengah hari. Sebelum itu, suami sempat menjamah kuetiau goreng yang diinginnya," katanya dalam nada hiba ketika ditemui di lokasi ke...

Kanak-Kanak Lemas Ketika Memetik Bunga Di Tepi Sungai.

Imej
KOTA SAMARAHAN: Seorang kanak-kanak telah meninggal dunia gara-gara lemas selepas tergelincir daripada tebing sungai ketika hendak memetik bunga. Mayat kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Sherry Ak Jimbat yang baru sahaja berumur 3 tahun itu bagaimanapun telah berjaya ditemui. Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa itu bergegas ke tempat kejadian sejuru panggilan diterima. APM bagaimanapun telah berjaya menemui mayat kanak-kanak terbabit yang terapung tidak jauh daripada tempatnya yang tergelincir itu. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak keluarga sebelum dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Editor: S