Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kebakaran

Pemandu Dibakar Hidup-Hidup Kerana Cemburu

Imej
Seorang pemandu telah mengalami saat yang mendukacitakan di mana dia telah dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki dipercayai bekas lelaki kekasihnya kerana cemburu. Kejadian ini dikatakan telah berlaku di Kampung Limusnunggal, Kecamatan Cileungsi, Kabupaten Bogor, Jawa Barat. Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami penderitaan kerana tubuhnya itu terbakar dan menyebabkan kecederaan yang teruk. Menurut saksi, kejadian ini dianggarkan berlaku pada jam 11.00 di mana pemandu terbabit telah didatangi oleh suspek ketika mangsa dikatakan berada di rumahnya. Suspek dikatakan telah mengetuk pintu rumah mangsa berulang kali dan turut menjerit memanggil mangsa supaya keluar berhadapan dengannya. Namun, mangsa hanya mengendahkan perkara tersebut lalu suspek terus bertindak menyimbah minyak di kawasan rumah suspek dan terus membakarnya. Oleh kerana terkejut dengan kejadian itu, mangsa berusaha sedaya upaya menjerit meminta tolong sehingga orang kampung terbabit bertindak pant...

Bakar Kereta Kerana Tiada Penghawa Dingin

Imej
Sebuah kereta Perodua Kancil telah dibakar pagi tadi di Jalan Seroja 1B, Taman Seroja, Bukit Sentosa. Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dipercayai akibat pertelingkahan pasangan suami isteri kerana kereta itu mempunyai banyak masalah teknikal termasuk tiada penghawa dingin. Penduduk setempat menyedari kebakaran terbabit apabila melihat kepulan asap tebal keluar dari tepi kediaman pasangan itu lalu menghubungi pihak bomba. Menurut salah seorang penduduk, pasangan suami isteri itu sudah bergaduh sejak tiga hari lalu. Pasangan itu bergaduh kerana mereka menghadapi kesulitan untuk pergi kemana-mana termasuk menghantar anak ke sekolah. Si isteri bertindak memecahkan cermin kenderaan tersebut pada hari semalam dan hari ini kereta tersebut di bakar pula. Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kejadian dengan sebuah jentera bersama tujuh anggota selepas menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada jam 11.38. Kereta tersebut musnah 10...

Dua Blok Bangunan Sekolah Musnah Dijilat Api

Imej
TAWAU: Satu kebakaran yang membabitkan dua blok bangunan kayu di sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sentosa telah musnah dijilat api semalam. Kebakaran terbabit telah memusnahkan bangunan sekolah tersebut yang mana ianya telah menempatkan pejabat sekolah, bilik kakitangan, dewan dan bilik keagamaan. Difahamkan, kebakaran tersebut telah bermula kira-kira pada jam 12.15 tengahari namun semua pelajar dan kakitangan sekolah terselamat kerana pihak sekolah telah menamatkan sesi persekolahan sekitar jam 11.20 pagi. Menurut sumber, kebakaran itu difahamkan bermula daripada pejabat sekolah sehingga ianya merebak ke kawasan lain sehingga ia menyebabkan puluhan pelajar yang masih menunggu ibu bapa mereka untuk dibawa pulang bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri. "Kebanyakan murid dan kakitangan SK Sentosa sudah pulang ke rumah, hanya beberapa orang yang masih di situ," kata seorang pegawai sekolah. Dalam pada masa yang sama, Pengetua SK Sentosa Sofiah Mohd Ali berkata, sekol...

Tragedi Kebakaran Di Pangsapuri Penjawat Awam

Imej
PUTRAJAYA - Satu unit pangsapuri kuarters penjawat awam di tingkat empat, Blok B1, Presint 16, telah terlibat dalam kebakaran kira-kira jam 9 malam kelmarin. Ketika kejadian berlaku dipercayai penghuni tiada di rumah. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut, namun rumah berkenaan mengalami kerosakan teruk terutama di bahagian bilik tidur utama. Menurut jurucakap bomba, Che Shaari Abdullah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.15 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian. Ketika dihubungi, beliau berkata seramai 23 pegawai dan anggota bomba bersama empat jentera bomba tiba di lokasi dan berjaya memadam kebakaran tersebut pada jam 9.35 pm. "Sebaik saja tiba di lokasi, kami dapati bilik tidur utama di unit pangsapuri yang berada di tingkat empat itu terbakar. "Kerja pemadaman api dilakukan menggunakan dua saluran hos air iaitu satu saluran ke dalam bangunan, manakala satu lagi pancutan dari luar." katany...

Lelaki Cuba Bakar Diri Di Rumah Kekasih

Imej
SARAWAK: Seorang lelaki dipercayai telah cuba untuk membakar dirinya sendiri namun terselamat dan dia telah melecur sebanyak 30 peratus di sekitar badannya.  Kejadian tersebut dianggap sebagai kejadian yang berbahaya dan ianya telah berlaku di Kampung Sageng Simunjan, pagi tadi. Mangsa yang berusia 24 tahun itu telah berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan kejadian dan mendengar jeritan mangsa sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian. Menurut komander operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihak bomba telah menerima satu panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan mengenai kejadian itu pada jam 9.42 pagi. "Setiba di lokasi pihak bomba telah mendapati mangsa telah melecur sebanyak 30 peratus akibat daripada kebakaran itu." Mangsa segera diselamatkan oleh pihak bomba dan  kemudiannya dibawa ke Hospital Simunjan untuk mendapatkan rawatan lanjut.  "Kejadian diperc...

Kebakaran Di Hospital Korea Telah Mengorbankan 33 Orang

Imej
SEOUL – Sebuah hospital di Korea Selatan telah terlibat dalam kebakaran dan seramai 33 orang telah meninggal dunia manakala lebih 70 orang lagi cedera dan lapan daripada yang cedera itu dalam keadaan kritikal. Jabatan Bomba Miryang, Choi Man-woo berkata, kebakaran berlaku kira-kira jam 7.30 pagi (waktu tempatan) di bilik kecemasan di tingkat pertama Hospital Sejong. Seramai 200 orang dari bangunan utama hospital yang turut menempatkan pesakit di pusat penjagaan itu telah dipindahkan oleh pasukan bomba. Laporan mengatakan seramai lapan orang cedera parah dan 69 cedera ringan. Kebanyakan mangsa yang maut adalah pesakit yang ditempatkan di tingkat pertama dan kedua hospital berkenaan. Choi Man-woo berkata, anggota mereka akan menyiasat punca kebakaran itu. Saluran penyiaran Korea Selatan, YTN menunjukkan asap hitam keluar dari tingkap dan pintu masuk hospital serta terlihat seorang pesakit sedang dibawa keluar dari hospital manakala seorang lagi dibungkus dengan selimut. ...

Kerana "Rindu", Lelaki Bakar Rumah Pusaka

Imej
PAHANG – Seorang penagih dadah ‘naik hantu’ dan membuat keputusan yang tidak sepatutnya apabila bertindak membakar rumah pusaka peninggalan arwah bapanya di FELDA Jengka 11, Maran kerana gagal mendapatkan wang daripada ibunya, hari ini. Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 2 petang dan tiada kemalangan jiwa berlaku kerana ibu suspek yang merupakan ibu tunggal tiada di rumah ketika kejadian. Ketua Polis Daerah Maran Deputi Suprintendan Norzamri Abd Rahman berkata, suspek yang berusia 33 tahun dipercayai sudah mengugut untuk membakar rumah itu sejak beberapa hari lalu kerana ibunya enggan memberinya duit untuk membeli bahan terlarang itu. Suspek ditahan di sekitar rumahnya setelah sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian apabila menerima maklumat dari orang awam. Suspek dipercayai seorang penganggur dan mempunyai lima rekod jenayah lampau kini ditahan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api. Sementara itu, Timbalan Pengarah J...