Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bunuh Diri

Video Lelaki Maut Kepala Tersangkut Di Pagar Rumah Kawan.

Imej
Video berdurasi selama 28 saat memaparkan seorang lelaki ditemui sedang tersangkut kepalanya dipintu masuk sebuah rumah di Brazil. Lelaki itu telah disahkan meninggal dunia dan dipercayai ketika kejadian tersangkut kepala itu berlaku dia cuba memanggil rakannya yang berada dalam rumah tersebut. Mangsa memasukkan kepalanya di bahagian atas celahan pintu terbabit untuk menjenguk rakannya itu ada di rumah atau tidak setelah tidak mendapat jawapan ketika memanggil rakannya itu. Namun setakat ini tiada maklumat sebenar tentang kes terbabit sama ada bersangkut dengan kes jenayah atau tidak dan masih dalam siasatan. Video ini turut dikongsi beberapa halaman media sosial setempat dan telah menggemparkan penduduk setempat di kawasan itu. Editor:Anna

Lelaki Nekad Gantung Diri Selepas Cintanya Tidak Direstui

Imej
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan yang mendukacitakan di mana dia kelihatan tergantung di belakang rumahnya semalam dipercayai membunuh diri. Lelaki terbabit dikatakan bertindak sedemikian kerana hubungan cinta bersama gadis pilihan hatinya tidak direstui oleh ahli keluarga. Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, mayat mangsa telah ditemui dalam keadaan tergantung oleh kakaknya di kawasan belakang rumah. Berdasarkan keterangan daripada kakaknya, dia menjumpai mayat adiknya itu yang diikat dengan tali nilon dan digantung pada bumbung bahagian dapur sekitar jam 5.00 pagi tadi. Oleh kerana terkejut dengan penemuan itu, dia segera memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarganya sebelum mereka menghubungi pihak polis. Tambahnya lagi, mangsa yang berusia 25 tahun itu dikatakan sedang mengalami kemurungan serta tekanan kerana ahli keluarganya tidak bersetuju dan tidak membenarkan dia untuk menjalinkan hubungan dengan wanita pilihannya. Pihak polis dalam pada masa yang sama juga turut me...

Kerana Permintaannya Tidak Dituruti, Remaja Nekad Mahu Bunuh Diri

Imej
JAWA TENGAH - Muhlis, seorang remaja lelaki yang berusia 15 tahun nekad untuk membunuh diri setelah permintaannya terhadap ibu bapa untuk memiliki motosikal tidak dapat dipenuhi. Mayatnya ditemui oleh bapa kandungnya, Surono dalam keadaan tergantung di pintu bilik pada hari Sabtu. Ketika menemui mayat mangsa, Surono baru pulang dari mengerjakan sawah kerana mahu mengambil bekalan yang tertinggal di kediaman mereka di Jawa Tengah, Indonesia. Difahamkan, sebelum Muhlis mengambil keputusan untuk membunuh diri, dia tidak hadir ke sekolah beberapa hari kerana marah dengan ibu bapanya yang tidak mahu turuti permintaannya. Tambah Surono lagi, pada hari kejadian dia ada memberi wang saku kepada Muhlis kerana remaja itu berkata mahu pergi ke sekolah, namun tidak menyangka kejadian seperti itu akan berlaku. Ketika mendapati keadaan anaknya yang tergantung itu, Surono memanggil beberapa orang jiran lalu jiran membawa Muhlis ke hospital untuk diperiksa dan pihak hospital mengesahkan M...

Dua Beradik Nekad Terjun Dari Tingkat 10 Gara-Gara Blue Whale Challenge

Imej
RUSIA: Dua beradik telah mengejutkan keluarga mereka apabila mereka berdua ditemui telah meninggal dunia gara-gara mereka nekad terjun daripada tingkat 10 di sebuah apartment yang menjadi tempat tinggal buat mereka di Izhevsk. Difahamkan, kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Anastasia Svetozarova, 15, dan adiknya, Maria Vinogradova, 12, dipercayai bertindak sedemikian rupa gara-gara mengalami kemurungan. Menurut sumber, adik yang juga mangsa aitu Maria dikatakan telah mengalami kemurungan apabila ibunya bertindak membawanya bertemu dengan pakar sakit puan selepas ibunya itu membongkar rahsia hubungannya dengan seorang lelaki berumur 12 tahun. Dalam pada masa yang sama, kakaknya pula turut mengalami tekanan perasaan selain kemurungan setelah sekian lama menyebabkan dia bertindak sedemikian. Sebelum kejadian ini berlaku, kedua-dua beradik itu dikatakan sempat meninggalkan pesanan di dan turut merakamkan video saat-saat terakhir mereka sebelum bertindak terjun daripada bangunan terba...

Kerana Ditinggalakan Kekasih, Gadis Hamil Mahu Bunuh Diri Di Pencawang Elektrik

Imej
Jawa Tengah – Sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang yang menghadapi dengan masalah akan mengambil jalan yang singkat tanpa berfikir risiko yang akan dihadapai seperti seorang gadis yang mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan memanjat pencawang elektrik selepas kekasih tidak mahu bertanggungjawab atas kehamilannya. Ahli pasukan penyelamat cuba untuk menenangkan gadis yang berada di atas pencawang elektrik yang terletak kira-kira 80 meter dari kompleks membeli belah di tempat itu. Selepas dua jam usaha menyelamat dijalankan, akhirnya gadis yang berusia 19 tahun itu berjaya diturunkan. Pasukan penyelamat cuba berkomunikasi dengan baik dan memujuk gadis itu, kemudian memanjat dengan berhati-hati untuk menurunkan gadis tersebut dari pencawang elektrik yang mempunyai voltan tinggi. Ketua Polis Daerah, AKP Kusnadi berkata mereka meminta bantuan PLTU untuk menurunkan gadis hamil itu. “Kami menyelaraskan loji janakuasa supaya ditutup kerana kami tidak berani naik ...

5 Gambar Isteri Terkejut Suami Gantung Diri Hingga Mati Di Kebun Getah.

Imej
RIAU: Naluri seorang wanita yang bergelar isteri selalunya betul apabila seorang wanita tidak menyangka bahawa dia akan menjumpai mayat suaminya tergantung di sebatang pokok dalam kawasan kebun getah. Kejadian ini dipercayai berlaku pada Selasa yang lalu apabila wanita tersebut merasakan sesuatu yang tidak baik akan menimpa dirinya. Isteri kepada mangsa iaitu Yusral Elhayati bergegas ke kebun getah dan berjaya menemui mayat suaminya tergantung pada sebatang pokok getah kira-kira pada pukul 4 petang di sebuah kebun Desa Alahan, Rokan Hulu, Riau, Indonesia. Sebelum kejadian itu berlaku, mangsa yang hanya dikenali sebagai Adi Putra, 39, dipercayai dalam keadaan tergesa-gesa keluar daripada rumahnya untuk ke kebun itu di Desa Alahan yang terletak kira-kira satu kilometer daripada rumahnya. Namun begitu, Yusral mulai berasa pelik dan curiga apabila suaminya itu tidak pulang seperti kebiasaannya lalu dia bertindak mencari mangsa di kawasan kebun tersebut Bagaimana pun, sebaik sahaja t...

Surat Terakhir, Remaja Bunuh Diri Dituduh Curi iPhone.

Imej
GEORGE TOWN- Seorang remaja yang bersekolah di salah sebuah sekolah di Pulau Pinang telah meninggal dunia awal pagi semalam, 1 Februari, akibat kecederaan otak selepas cubaan bunuh diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya. Berita itu disampaikan oleh Presiden Tamiliar Kular Malaysia, David Marshel Pakianathan selepas melawat jenazah M Vasanthapiriya di Hospital Seberang Jaya. “Kita harap mendiang akan menerima keadilan,” kata David dalam video dimuat naik di Facebook. “Kita harap perkara ini tidak akan berlaku pada mana-mana murid sekolah di Malaysia. Saya harap semua pelajar dan belia jangan mengambil keputusan untuk membunuh diri. Segala masalah kita boleh selesaikan, jika kita berkongsi masalah kita dengan pihak yang betul. “Hari ini kita kehilangan disebabkan beberapa faktor, salah satunya sekolah tidak mengamalkan SOP yang sepatutnya,” tambah David, yang juga ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Menurut David, Vasanthapiriya mengalami t...

Wanita Bunuh Diri Gara-Gara Suami Curang.

Imej
INDONESIA: Seorang isteri bertindak di luar jangkaan apabila dia nekad untuk mengakhiri kehidupannya apabila dia bertindak meminum kopi yang bercampur dengan racun ikan. Wanita tersebut dipercayai bertindak sedemikian apabila perasaan cemburunya menguasai diri apabila dia mengetahui bahawa suaminya mempunyai wanita lain. Mangsa yang dikenali sebagai Saminah, 36 tahun ditemui meninggal dunia di dalam dapur rumahnya dalam keadaan mulut berbuih di Desa Kecamatan Wonosalam, Jombang, Timur Jawa Indonesia, semalam. Bagaimanapun, kejadian itu mula disedari oleh suaminya iaitu Ardi Siswanto, 39 tahun ketika dia hendak masuk ke bilik air kira-kira pada pukul 6.30 pagi. Menurut laporan daripada Detik News, Ardi yang terkejut sebaik sahaja melihat isterinya bertindak membawa mangsa ke hospital dan disahkan meninggal dunia oleh doktor. Pihak polis yang tiba sejurus sahaja laporan dibuat mendapati bahawa terdapat sebiji cawan yang berisi kopi dan beberapa ketul racun ikan jenis potassium ditemui ...

Lelaki Bunuh Diri Ketika Pasukan Penyelamat Sibuk Mencari Budak Lemas

Imej
INDONESIA- Menurut seorang anggota Pasukan Pencarian dan Penyelamat (SAR) yang sedang mencari seorang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas di Empangan Air Serayu Kebasen, Bayumas,Jawa Tengah terkejut apabila seorang lelaki yang dipercayai telah melompat ke dalam empangan air itu untuk membunuh diri pada Isnin lepas. Lelaki yang cuba membunuh diri itu dikenali sebagai Warso,38 ,berasal dari Kampung Brani,Jawa Tengah. Menurut orang yang berada di sekeliling empangan air yang menyaksikan kejadian itu ,lelaki tersebut kelihatan sangat tenang dan tidak ada seorang pun menganggap dia mahu membunuh diri. Ahli Pasukan Tindak Balas Segera (TRC) IKB RAPI Banyumas, Abdul Rosyid melihat Warso datang ke empangan itu dengan menaiki motosikal Supra X 125 dengan nombor pendaftaran R 5965 AJ. Selepas meletak motosikalnya, dia menuju ke pintu 4 empangan tersebut. Rosyid menyangka kan, Warso ingin menyaksikan pencarian mangsa yang lemas. Bagai manapun, Warso jatuh ke dalam pusaran air yang deras ...

Lelaki Bunuh Diri Ketika Pasukan Penyelamat Sibuk Mencari Budak Lemas

Imej
INDONESIA- Anggota Pasukan Pencarian dan Penyelamat (SAR) yang sedang mencari seorang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas di Empangan Air Serayu Kebasen, Bayumas,Jawa Tengah terkejut apabila seorang lelaki yang  telah melompat ke dalam empangan air itu untuk membunuh diri pada Isnin lepas. Lelaki yang dipercayai membunuh diri itu dikenali sebagai Warso,38 ,berasal dari Kampung Brani,Jawa Tengah. Menurut orang yang berada di sekeliling empangan air yang menyaksikan kejadian itu ,lelaki tersebut kelihatan sangat tenang dan tidak ada seorang pun menganggap dia mahu membunuh diri. Ahli Pasukan Tindak Balas Segera (TRC) IKB RAPI Banyumas, Abdul Rosyid melihat Warso datang ke empangan itu dengan menaiki motosikal Supra X 125 dengan nombor pendaftaran R 5965 AJ. Selepas meletak motosikalnya, dia menuju ke pintu 4 empangan tersebut. Rosyid menyangka kan, Warso ingin menyaksikan pencarian mangsa yang lemas. Bagai manapun, Warso jatuh ke dalam pusaran air yang deras dan dia hilang d...

Gadis 11 Tahun Menghantar Mesej Kepada Ibu Sebelum Ditemui Mati

Imej
Seorang gadis yang bernama Ursula Keogh,11 ditemui mati dalam keadaan yang sangat tragis di sebuah sungai di bawah jambatan di Halifax, West Yorkshire pada minggu lalu. Gadis itu sempat menghantar pesanan ringkas kepada ibunya “Saya sayang ibu tetapi maafkan saya”. Mangsa dilaporkan hilang oleh ibunya yang merupakan seorang novelis yang terkenal, Nicola Harlow, selepas menerima mesej teks itu. Pihak polis telah melancarkan pencarian mangsa yang merupakan pelajar sekolah dan menemui mayatnya di sungai di bawah Jambatan Utara pada 22 Januari. Gadis 11 tahun dilaporkan hilang sebelum dia ditemui di sungai di Halifax, West Yorkshire (Gambar: SWNS.com) Gadis itu telah menghantar teks menyayat hati kepada ibunya, Nicola Harlow (gambar), pada hari dia meninggal dunia (Gambar: Halifax Courier / SWNS.com) Kematiannya dianggarkan pada jam 18.55 malam dan dia dikenal pasti oleh ibunya Nicola, penulis yang menulis buku untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Ursula dipercayai mempunyai sejarah...

Mayat Lelaki Dijumpai Di Telok Datok.

Imej
BANTING: Seorang lelaki dipercayai telah terjun daripada sebuah jambatan telah ditemui selepas lebih daripada 24 jam tempoh kehilangannya di Jambatan Banting, petang semalam. Bagaimana pun, lelaki berkenaan disahkan telah meninggal dunia dan mayatnya mula giat dicari dengan bantuan daripada penduduk dan pihak berkuasa. Mayat mangsa dipercayai telah ditemui kira-kira lima kilometer daripada jambatan terbabit yang terletak di Telok Datok. Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, beliau berkata bahawa kerja mencari dan menyelamat itu sudah masuk hari yang kedua selepas bomba menerima panggilan daripada keluarga mangsa, pada petang semalam. "Bomba menemui mangsa pada jam 4.29 petang tadi pada jarak lima kilometer dari Jambatan Banting.” "Mayat mangsa yang berusia 59 tahun, diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. Dalam pada masa yang sama, ahli keluarga mangsa juga turut memaklumkan bahawa mangsa telah te...

Gara-Gara Diugut, Bakal Pengantin Nekad Minum Racun.

Imej
INDIA: Seorang bakal pengantin telah merakamkan saat-saat genting di mana dia bertindak meminum racun sebelum rakaman tersebut dihantar kepada bekas teman lelakinya. Kejadian ini berlaku di rumahnya sendiri di Rohini, India apabila mangsa Nisha Devidas telah meminum secawan cecair pekat yang dipercayai itu adalah racun dan dia disahkan telah meninggal dunia. Bagaimana pun, Devidas dipercayai akan berkahwin dalam masa 10 hari lagi dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan identitinya. Menurut abang kepada mangsa iaitu, Ravi Kavle mendakwa bahawa adiknya itu telah menderita kerana diugut oleh bekas teman lelakinya, Nikhil Borkar dan akibat tidak tahan dengan ugutan tersebut dia memutuskan untuk mengambil nyawanya sendiri. Kavle yang masih dalam keadaan sedih berkata: "Perkahwinan adik saya akan diadakan pada 4 Februari tetapi dia mati hanya 10 hari sebelum majlis." "Seorang remaja bernama Nikhil Borkar bertanggungjawab atas kematian kakak saya. Dia menghantar mesej da...

Gadis Bunuh Diri Selepas Tersalah Hantar Mesej Snapchat Kepada Teman Lelaki

Imej
MANCHESTER: Seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Charlotte Guy, 17 secara tidak sengaja menghantar mesej bergambar melalui applikasi 'Snapchat' yang menampakkan dirinya sedang tidur bersama lelaki lain kepada teman lelakinya Jack Hurst, 20 pada semptember lalu. Charlotte berhasrat mahu menghantar gambar tersebut kepada rakannya, namun dia telah tersilap dan telah terhantar kepada teman lelakinya itu yang berada di universiti. Selepas menyedari apa yang dilakukannya itu adalah satu kesalahan, dia meminta maaf dan seterusnya menghantar mesej "Selamat tinggal, maafkan saya". Kemudian Charlotte menghantar mesej mengatakan bahawa dia sayangkan teman lelakinya itu dan sudah cukup untuk mengetahui Jack telah membencinya. Jack yang bimbang dengan keadaan Charlotte telah menghubungi pihak polis dengan segera dan menggunakan akaun 'Snapchat' untuk mengesan lokasi mangsa. Charlotte telah ditemui dalam keadaan tergantung di sebatang pokok ...