Rita Sah Dihukum Gantung Sampai Mati Oleh Makamah.

George Town: Rita Krisdianti 28 yang ditahan pihak polis pada 10 julai 2013 lalu kini telah dijatuhi hukuman gantumg sampai mati semalam 30.05.2016 oleh Mahkamah tinggi George Town, Penang setelah kesnya ditunda sebanyak 18 kali. Dalam beberapa kali pertundaan yang berlaku sebelum ini, rita menafikan dengan sengaja membawa barang berisi dadah tersebut, dia mengaku bahawa dirinya menjadi mangsa perdagangan dadah. Menurut Laporan Media indonesia president joko widodo gagal untuk membantu dan melindungi warganya, daripada dihukum gantung sampai mati oleh makamah malaysia. Manakala Buruh Migran Jakarta, Lily Djatmiko memberitahu kes rita adalah contoh kecil dari ramai-ramai pekerja indonesia di luar negara yang bernasib malang kerana menjadi mangsa perdagangan dadah. Sebelum ini menurut pengakuan rita, dia berkerja di PT Putra Indo sejahtera (PT PIS) dan dihantar ke Hong Kong pada Januari 2013, belum genap tiga bulan bekerja, Rita kembali ke agen...