Halau Anak, Ibu Sarat Mengandung Dan Bapa TIri Ditahan.

Sungai petani: Polis menahan dan mengambil mengambil keterangan ibu kandung serta  bapa tiri kanak-kanak sembilan tahun yang mendakwa didera selepas ditemui dalam keadaan mencurigakan di Kampung Sungai Pasir Ahad lalu.

Lelaki berusia 41 tahun itu diambil keterangan bersama isterinya yang sedang sarat hamil lapan bulan selepas mempercayai terdapat unsur penderaan ke atas mangsa.

Dalam kejadian Ahad lalu, lebih kurang jam 2.40 petang, polis menerima maklumat berkaitan seorang pengawal keselamatan yang menemui mangsa di jalan belakang Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir mendakwa dipukul dan dihalau ibunya dengan membawa beg berisi muatan pakaian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, siasatan mendapati, disebabkan kenakalan mangsa yang banyak membuat masalah, telah menimbulkan kemarahan ibu serta bapa tiri menyebabkan mangsa dipukul.

Menurutnya, ibu mangsa ada mengaku memukul mangsa bertujuan mendidik, bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan parut lama pada pipi dan betis.

“Mangsa telah diambil pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.

Semalam, melalui kenyataan terdahulu, polis mendapati tiada sebarang unsur penderaan di badan mangsa membolehkan kanak-kanak itu diserahkan kembali kepada keluarga.

Bagaimanapun, hasil siasatan pegawai pelindung kanak-kanak petang semalam berpendapat wujudnya elemen penderaan membolehkan mangsa dihantar ke hospital bagi mendapatkan laporan lengkap perubatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.