Lagi Pelajar Dakwa Dipukul Oleh Ustaz Di Sekolah Agama.
Baru saja kita di kejutkan dengan kematian arwah Mohamad
Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang berusia 11 tahun. pelajar madrasah tahfiz di
Kota Tinggi yang di rotoan oleh warden madrasah. Kini tampah satu lagi kes dera
pelajar di sekolah agama menurut laporan mStar Online
Satu lagi kes pukul di sebuah sekolah agama persendirian
telah tersebar dengan seorang budak lelaki berusia 11 tahun mendakwa seorang
ustaz di sekolahnya telah mendera dan mengugut untuk mengenakan hukuman lebih
berat jika perkara itu dimaklumkan kepada ibu bapanya.
“Dia juga berkata otak saya tidak akan dapat menghafal
al-Quran jika saya mengadu tentang apa yang berlaku,” kata Muhammad Resan
Abdullah.
Ustaz berkenaan bagaimanapun telah didakwa di mahkamah
tetapi selepas membaca tentang nasib yang menimpa Mohamad Thaqif Amin Mohd
Gadaffi, ibu bapa Muhammad Resan telah menghubungi peguamnya untuk mengkaji
semula kes tersebut.
“Dia sebaya dengan anak saya. Saya fikir apa yang berlaku
kepada anak saya adalah kes terpencil tetapi nampaknya tidak.
“Kami telah bercakap dengan peguam kami untuk melihat apa
yang boleh kami lakukan,” kata ibu kanak-kanak itu, Suraya Fatima Abdullah.
Ustaz terbabit didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan
kerana menyebabkan kecederaan.
Mohamad Thaqif meninggal dunia pada Rabu akibat komplikasi
kesihatan selepas dia didera oleh seorang pembantu warden di Tahfiz Al-Jauhar,
Kota Tinggi, Johor.
Suraya Fatima berkata beliau sedih dengan berita kematian
Mohamad Thaqif dan sedar perkara yang sama mungkin boleh berlaku kepada
anaknya.
“Penderaan seperti ini perlu dihentikan. Ibu bapa menghantar
anak-anak mereka ke sekolah agama untuk mendapatkan pengetahuan dan menjadi
Muslim yang baik, bukan untuk dipukul seperti ini,” katanya.
Menurut laporan perubatan Muhammad Resan ini, dia mempunyai
pelbagai kesan lebam di bahagian belakang dan dada.
Dia juga mengalami sembelit yang teruk kerana pengambilan
serat dan cecair yang rendah.
“Anak saya dirawat di Hospital Klang (Hospital Tengku Ampuan
Rahimah) selama dua minggu,” kata Suraya Fatima.
Muhammad Resan hanya berada di sekolah itu untuk beberapa
minggu sebelum ibu bapanya mendapati dia berada dalam keadaan lemah dan melihat
kesan lebam di badannya. – mStar Online
Ulasan
Catat Ulasan