JKM Cari Ibu Kandung Dua Kanak-Kanak Mangsa Dera

SEREMBAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sedang mengesan ibu kandung seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang disyaki menjadi mangsa dera sebuah pusat jagaan di sini.

JKM Negeri Sembilan berkata, dua beradik terbabit, Aidittya Anak Alysa dan Nuraishya Anak Alysa diselamatkan oleh kakitangan JKM negeri daripada pusat jagaan yang dikendalikan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) itu baru-baru ini.

"Aidittya dilahirkan pada 20 Januari 2010, manakala Nuraishya lahir pada 28 Disember 2010.

"JKM mencari seorang wanita bernama Alysa Anak Jimbun yang merupakan ibu kepada dua kanak-kanak itu bagi menentukan hak penjagaan mereka," kata JKM Negeri Sembilan dalam satu kenyataan media hari ini.

JKM Negeri Sembilan meminta wanita itu menghubungi Pegawai Pelindung Kanak-Kanak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban, Norsahrisalina Nordin di talian 06-6015798 atau 06-6015819.

"Pihak kami telah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Majistret Seremban untuk membuat siaran akhbar bagi dua kanak-kanak ini," kata JKM Negeri Sembilan. - Kosmo Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja