Patung Buddha Tidur Tertanam Di Perak

IPOH – Sebuah patung Buddha tidur berukuran 30 kaki tertanam di bawah tanah di sebuah lokasi di Kampung Senawar, Perak.

Pembuat set filem, Charlie Choong berkata, beliau turut terbabit dalam pembinaan patung yang diperbuat daripada jaring besi dan konkrit itu untuk penggambaran filem “Beyond Rangoon” pada 1995.

“Biasanya, syarikat filem akan minta kami musnahkan set yang kami bina untuk mereka selepas digunakan kerana mereka tidak mahu set yang mereka bayar dengan banyak itu digunakan orang lain.

“Tetapi, patung Buddha tidur yang kami bina ini amat kuat dan kami putuskan lebih cepat kalau kami hanya tanamnya,” katanya kepada sebuah portal.

Choong berseloroh ahli arkeologi mungkin menemuinya suatu hari nanti dan menganggapnya ia peninggalan berharga.

“Boleh anda bayangkan jika beratus tahun dari sekarang, ada orang pergi ke sana dan menggalinya? Mereka mungkin fikir ia dibina tamadun purba.”

“Beyond Rangoon” ialah sebuah filem mengenai Myanmar tetapi penggambarannya terpaksa dilakukan di Perak dan Pulau Pinang atas alasan politik.

Choong membina set untuk beberapa filem yang membuat penggambaran di Malaysia. Beliau memulakan pekerjaan itu pada 1990-an dan antara filem yang mendapatkan bantuannya termasuk Anna and the King dan Indochine terbitan Perancis.

“Saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat kejuruteraan. Apabila syarikat perfileman datang, mereka mahu membina sesuatu. Jadi, mereka mencari orang untuk melakukannya di merata tempat.

“Nampaknya mereka suka hasil kerja saya. Hampir setiap tahun mereka akan hubungi saya.”

Bagaimanapun, kini, dengan skrin biru dan imej janaan komputer, tidak banyak filem yang memerlukan pembinaan set.

Oleh itu, Choong kini beralih kepada pembinaan prop bangunan dan kerja-kerja pemulihan, khasnya di sekitar Pekan Lama Ipoh.

“Anda belajar cara bekerja dengan lebih teliti dengan syarikat Hollywood kerana mereka akan meminta replika hampir lengkap dengan apa yang anda temui pada zaman dahulu.

“Perkara yang saya pelajari daripada bekerja dengan mereka kemudiannya digunakan ke atas kerja-kerja pemulihan. Ia adalah sama dari segi kemahiran dan gaya.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.