Pak Harun Si Pendengar Suara Ikan



PERMAISURI - Zaman moden kini banyak nelayan yang menggunakan alat pengesan ikan atau sonar sebelum memutuskan untuk melepaskan pukat mereka ke dalam kumpulan ikan ikan itu.

Tetapi berbeza pula dengan seorang warga emas berusia 72 tahun ini apabila dia hanya menggunakan telinganya untuk mengesan ikan terutama ikan gelama.

Harun Mohammad atau dikenali sebagai Pak Harun adalah anak jati Kampung Gong Batu, Terengganu. Dia dikatakan begitu minat dengan air sehingga mampu mendengar 'lagu-lagu ikan' dengan hanya menggunakan deria itu sebagai Anugerah ALLAH SWT walaupun sudah berabad usia.

Oleh kerana minatnya kepada laut sejak kecil, dia dikatakan sanggup memonteng sekolah semata-mata mahu menyelam untuk melihat ikan.

"Pakcik suka main air 'laut' sejak dari kecil sehinggakan selalu ponteng sekolah, dari situ pak cik belajar mengenali suara-suara ikan."

“Bukan mudah untuk belajar mendengar suara ikan tambah pula sekarang banyak bot yang menggunakan enjin sehingga menyukarkan orang baru untuk betul-betul dengar suara ikan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Batu, di sini.

Apabila ditanya mengenai suara ikan itu, Harun berkata, hanya orang yang mempelajarinya sahaja akan dapat mengamati suara itu

Jelasnya, bunyi yang didengari ternyata bukanlah seperti ayam, burung dan sebagainya, tetapi unik dan suka diajuk manusia.

Harun yang juga merupakan seorang nelayan ikan gelama memberitahu bahawa selain dapat mendengar suara ikan dengan cara menyelam sambil tangan berpaut pada bot, dia juga dapat menentukan dengan tepat kedudukan kumpulan ikan itu berada serta jaraknya sekali.

Katanya, "pak cik biasanya akan ke laut bersama tujuh rakan yang lain menaiki tiga bot dan sebuah bot yang pak cik guna untuk menuju ke sesuatu lokasi bagi mengesan kumpulan ikan manakala bot lain pula akan tunggu jauh dari tempat pak cik menyelam supaya bunyi enjin bot tidak mengganggu pak cik mengesan kumpulan ikan yang biasanya diketuai ikan gelama."

“Bila dengar suara ikan gelama, pak cik akan angkat bendera sebagai isyarat kepada dua bot lagi untuk mengikuti bot pakcik sebelum melabuhkan pukat. Ikan gelama ini seolah-olah ibu atau raja ikan kerana jika ada gelama, ikan-ikan lain akan ikut sekali tetapi gelama agak liar untuk ditangkap berbanding ikan lain,” katanya lagi.

Beliau berkata bahawa suara ikan gelama senang didengari dalam  keadaan sunyi walaupun dalam jarak lebih 500 meter.

Dia juga akan menyelam beberapa kali untuk mencari suara ikan tersebut sehingga betul-betul tiba di lokasi ikan itu berkumpul.

“Ikan ini juga suka bermain di dasar laut, tapi pak cik dapat dengar suara mereka (ikan). Kalau banyak dan bersaiz besar, suara itu akan lebih kuat.

“Kadang-kadang macam-macam bunyi suara yang kita boleh dengar seperti deruan angin, enjin bot dan sebagainya, tetapi disebabkan pak cik nelayan ikan gelama, suara kumpulan ikan lain pak cik tak ambil kisah sangat. Kebanyakan ikan ada mengeluarkan suara tersendiri, mungkin dari pernafasan mereka. Begitu hebat ciptaan ALLAH SWT ini,” katanya.

Bapa kepada 10 orang anak itu berkata, kini dia tidak lagi ke laut akibat sakit dan buat masa sekarang dia sedang mengajar seorang anak muda yang dikenali sebagai Bakar yang juga saudaranya untuk mengenali suara ikan.

Namun tidak sehebat Harun yang dapat menentukan suara, jenis dan jarak ikan gelama di dasar laut.

Harun dikatakan hanya perlu menyelam sekitar dua hingga tiga minit untuk mengetahui kedudukan kumpulan ikan.

“Nak belajar boleh, tapi kena belajar dengan ikan. Tak ada ilmu ini dalam buku, kena buat amali iaitu amal selalu,” katanya datuk 30 cucu ini.

Bakat dimilikinya itu kemungkinan besar satu-satunya yang ada di dalam negara yang masih aktif sebagai nelayan.

Apabila ditanya kenapa memilih ikan gelama sehingga digelar nelayan ikan gelama, Harun berkata, disebabkan harga ikan itu agak tinggi, jadi dia lebih suka memburu kumpulan ikan tersebut.

Harga ikan hidup yang dijual kepada pemborong sekitar RM15 hingga RM17 sekilogram, manakala ikan pekasam pula RM25 hingga RM27 sekilogram.

Bagaimanapun, kali terakhir dia ke turun ke laut pada September tahun ini kerana sekarang dia kurang sihat disebabkan asma dan diabetes. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha




Gambar terkini Pak Harun

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.