Video Sekumpulan Babi Hutan Berkeliaran Di Terminal Bas Tuas.

Singapura - Sekumpulan babi hutan yang jarang sekali keluar daripada habitat mereka di hutan telah kelihatan di permukaan jalan raya di Tuas.

Sebuah video yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan babi hutan berkeliaran berhampiran Terminal Bas Tuas pada Rabu lalu di Singapura.

Kira-kira 20 ekor babi dilihat berkeliaran di hadapan kantin Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Kebangsaan seperti mencari sesuatu.

Namun, seorang lelaki yang dilihat menolak troli berisi bahan makanan dan kemudian berjalan sambil diikuti haiwan terbabit.

Rata-rata netizen memberi pendapat bahawa babi-babi tersebut mungkin kelaparan dan mahukan makanan.-Malaysiakini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.