Polis Siasat Video Tak Senonoh Pelajar Sekolah.
Kota Bharu: Polis akan menyiasat penyebaran video berdurasi
selama satu minit 27 saat yang menunjukkan aksi beberapa pelajar sekolah
menengah sedang melakukan perbuatan tidak senonoh.
Dalam video itu, kelihatan tiga pelajar lelaki dan seorang
pelajar perempuan berusia belasan tahun berada di dalam semak.
Video itu tersebar meluas di WhatsApp sejak semalam disyaki
pelajar sebuah sekolah menengah di negeri ini dan mendapat pelbagai komen
daripada netizen yang kesal dengan tindakan mereka.
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata,
pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkaitan video itu namun akan
menjalankan siasatan sekiranya terbukti berlaku di negeri ini.
"Kita akan menyiasat secara terperinci adakah ia
berlaku secara rela atau paksa memandangkan semua pelaku dilihat berpakaian
seragam sekolah.
"Kita juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam sidang
media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.-Harian Metro
Ulasan
Catat Ulasan