Kami Senang Bersama Dan Susah Pun Bersama.
Dia (wanita yang mendukung
suaminya) adalah Roesmayanti, lulusan politeknik wanita yang selalu ceria, hampir
tidak pernah didengar mengeluh bahkan hingga kehari ini,mestipun derita yang
menimpa suaminya itu sangat berat, tutur sapanya masih nampak segar sehinga ke hari ini.
Roes menceritakan pada tahun 2015 lalu hampir bersamaan dengan
kelahiran anak lelakinya yang pertama suaminya mengeluh rasa sakit tekak yang
teramat sangat.
Setelah membuat pemeriksaan di hospital doktor mengesahkan
suaminya itu mengidap penyakit Tuberkulosis TB sejenis penyakit pernafasan yang
menular akibat infeksi disebabkan oleh bakteri yang lebih dikenali dengan batuk
kering.
Setahun berlalu, penyakit suaminya semakin hari semakin teruk
hingga tidak boleh berjalan, bahkan makan pun harus menggunakan paip yang di
masukkan dari lubang hidung kerana mulutnya sudah tidak boleh dibuka.
Sejauh ini Roes yang bekerja sebagai cikgu tuisyen bahasa
inggeris terpaksa mengurangkan jumlah anak muridnya semata-mata untuk menggurus
suaminya yang sakit dan juga anaknya yang masih berusia 1 tahun 3 bulan.
Pun begitu beliau tidak pernah meminta sumbangan atau derma
kepada orang lain, beliau berjuang mencari nafkah seorang diri bagi mencukupi pembelanjaan perubatan suami dan juga keperluan anak mereka.
Bagaimanapun dugaan yang menimpa Roes dan suami, beliau
berkata” saya hanya perlukan doa, saya mengeluh pun tidak akan mengurangi
beratnya masalah yang saya alami, lebih baik saya senyum, walaupun menyimpan
seribu duka, sekurang-kurangnya saya memberikan sedikit kebahagiaan bagi orang
yang melihat saya senyum” katanya.
Beliau yang enggan mendedahkan identiti penuh memohon kepada ramai untuk mendoakan
kesihatan suaminya tercinta.
Ulasan
Catat Ulasan