Insiden Gunting Tertusuk Kening Pelajar Tahun Enam.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden kening mata kanan seorang pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Khir Johari di Sabak Bernam, Selangor ditusuk sebilah gunting.

Timbalan Menterinya, Datuk P. Kamalanathan berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan mengenai insiden yang berlaku di Sabak Bernam, Selangor itu kerana pihak kementerian baru menerima laporan mengenainya.

Beliau mengulas mengenai kejadian yang berlaku kepada Asraf Saiefuddin Nuri Shamsuddin, 12, yang menahan kesakitan lebih satu jam selepas sebilang gunting tertusuk di kening mata kanannya.

Menurut laporan media, kejadian berlaku pada waktu tengah hari Rabu, semasa pelajar itu sedang melakukan aktiviti di makmal sekolah berkenaan bersama rakan sekelas yang lain.

Mangsa dilaporkan sedang memegang gunting ketika itu bangun dari tempat duduknya dan terlanggar kaki meja sebelum dirinya terjatuh sehingga menyebabkan gunting berkenaan tertusuk keningnya.

Sehubungan itu, beliau berkata guru dinasihati agar tidak menviralkan (menyebarkan) gambar-gambar atau maklumat yang sensitif di laman sosial pada masa depan. 


Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Khir Johari di Sabak Bernam, Selangor tertusuk sebilah gunting sedalam tiga sentimeter di bahagian kening mata kanannya.

Jabatan Pendidikan Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan menerima laporan berhubung insiden daripada pihak sekolah.

Mangsa, Asraf Saiefuddin Nuri Shamsuddin, pada mulanya dirawat di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan Hospital Sungai Buloh.

Dilaporkan, murid berkenaan kini dalam keadaan stabil.

Kejadian berlaku pada waktu tengah hari Rabu, semasa murid itu sedang melakukan aktiviti di makmal sekolah berkenaan bersama rakan sekelas yang lain.

Mangsa dilaporkan sedang memegang gunting ketika itu bangun dari tempat duduknya dan terlanggar kaki meja sebelum dirinya terjatuh sehingga menyebabkan gunting berkenaan tertusuk keningnya.


Sementara itu, Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.