Kanak-Kanak Perempuan 11 Tahun Dakwa Nyaris Diculik
Laporan Bernama : Seorang kanak- kanak perempuan berusia 11
tahun trauma selepas mendakwa nyaris diculik dua lelaki yang menaiki sebuah van
di kawasan letak kereta bangunan Wisma Persekutuan di Anak Bukit, ALOR SETAR di
sini semalam.
Ibu mangsa, Nor Asilawani Mohd Sehut, 43, berkata kejadian
pada pukul 7.27 pagi itu berlaku sewaktu anaknya sedang menunggunya di luar
kereta ketika beliau pergi mengetik kad perakam waktu di pejabatnya.
Beliau berkata menjadi rutin hariannya datang ke pejabat
terlebih dahulu sebelum menghantar anaknya ke sekolah berdekatan.
Laporan Berita Harian Online: Seorang kanak-kanak perempuan
berusia 11 tahun nyaris menjadi mangsa culik selepas didekati dua lelaki tidak
dikenali di kawasan tempat letak kereta Kompleks Persekutuan di Anak Bukit,
ALOR SETAR di sini, pagi semalam.
Dalam insiden jam 7.27 pagi, mangsa berada di luar kereta
sementara menunggu ibunya mengetip kad perakam masa di pejabatnya.
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zara berkata, dua
lelaki menaiki sebuah van tiba-tiba datang dan bertanyakan namanya, sebelum
menghulurkan coklat kepadanya.
Bagaimanapun, katanya, kedua-dua lelaki itu terus beredar
sebaik menyedari seorang penunggang motosikal menghampiri kawasan itu.
"Ketika itu saya takut sangat, ...selepas mereka beredar saya terus
berlari mendapatkan ibu dan memberitahu kejadian itu," katanya.
Ibu mangsa, Nor Asilawani Mohd Sehut, 43, berkata dia
percaya dua lelaki berkenaan mungkin mempunyai niat tidak baik, sebelum terus
ke balai polis dan membuat laporan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota
Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, mengesahkan menerima laporan
berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Ulasan
Catat Ulasan