Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Video Bayi Didera Akibat Dendam Pengasuh Pada Ibu, Bayi Nyaris Mati Tercekik

Imej
Alangkah terkejutnya sepasang suami isteri apabila mendapati anak mereka didera oleh pengasuh yang baru diupah sebulan yang lalu menerusi rakaman video live di telefon bimbit mereka, lapor Daily Mail. Tindakan pengasuh berusia 40’an yang memukul dan mengoncang mangsa berusia setahun itu dirakam oleh monitor yang dipasang ibu bapa mangsa. Apabila ibu bapa mangsa mempersoalkan tindakan wanita berkenaan, dia menjelaskan bahawa emosinya tidak begitu baik pada hari kejadian, sebelum keluar dari rumah majikan dengan membawa bersama beg pakaiannya. Zhang dan isterinya, Chen, mengupah Cik Zhou, berasal dari wilayah Jiangxi melalui sebuah agensi sebulan lalu untuk menjaga anak mereka kerana mereka sibuk menguruskan perniagaan. Pasangan itu kemudian memasang monitor di rumah untuk memantau anak dan pengasuh berkenaan yang videonya boleh disiarkan ke telefon bimbit mereka sepanjang masa. Sekitar jam 6 petang, 18 Mac lalu, alangkah terkejutnya Zhang apabila mendapati pengasuh

Netizen Kecam Gambar Cium Mulut Nora Dan Nedim Depan Anak.

Imej
Netizen kecam gambar pelakon Nora Danish dan suami, Nedim bercium mulut di atas pelamin. Gambar itu menjadi viral selepas gambar majlis akad nikah tersebar di media sosial semalam. Gambar itu jelas menunjukkan Nedim mengucup dibahagian mulut sambil memegang bahagian muka Nora sejurus sejurus selesai majlis akad nikah semalam. Tindakan itu mengundang rasa kurang senang netizen kerana pasangan berkenaan melakukan aksi tersebut secara terbuka sambil diperhatikan oleh dua orang anak mereka yang masih kecil. Malah adegan itu juga dianggap sebagai kurang sopan dan meminta supaya pasangan itu menghormati majlis akad nikah. Selain bercium, busana yang dipakai Nora turut dikritik dan dilabelkan sebagai terlalu seksi untuk majlis berkenaan. Bagaimanapun, menerusi video yang dikongsi oleh pelakon Betty Rahman, adegan tersebut berlaku dalam tempoh kurang daripada satu saat. “Ini contoh tidak baik kepada kanak-kanak kiri kanan. Ingat barat ke apa?,” tulis seorang neti

Tan Sri Cuba Rasuah Sultan Johor Berjaya Ditahan

Imej
Putrajaya: Ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang dipercayai terbabit cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung penganugerahan pingat dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk mendapat perintah tahanan reman, 9.30 pagi tadi. Lelaki itu berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga hadir ke mahkamah diiringi tiga pegawai SPRM. Sebaik keluar dari kenderaan, lelaki terbabit dilihat menutup muka dengan baju yang dipakai dan terus dibawa ke dewan mahkamah. Suspek berkenaan ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam selepas diarahkan menyerah diri kepada suruhanjaya itu. Ahad lalu, Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan mendedahkan maklumat kepada SPRM berhubung orang tengah yang cuba merasuah baginda mengenai penganugerahan pingat. Baginda mendedahkan menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertu

Keluarga Enggan Tanggung Malu, Gadis Dikurung 16 Tahun Kerana Hamil Anak Luar Nikah.

Imej
Seorang wanita yang dihukum oleh keluarganya kerana mengandung dan dikurung selama 16 tahun di sebuah bilik kecil akhirnya dibebaskan dari ‘penjara’ itu, lapor Daily Mail. Maria Lucia de Almeida Braga, 36 tahun, dikurung dalam bilik seluas 3 x 3 meter selepas dia didapati mengandung pada usia 20 tahun, hasil hubungan bersama dengan lelaki yang dipercayai kekasihnya. Apabila dia bersalin, bayi lelakinya diberikan kepada keluarga lain. Bilik yang menempatkan Maria Lucia dikurung itu tidak mempunyai tandas, berbau hancing dan najis. Malah tiada bekalan elektrik dan hanya cahaya dari luar tingkap, di mana mangsa dikurung sepanjang masa. Maria Lucia dikurung dalam keadaan bogel, namun diberi makan dua kali sehari seperti binatang. Maria Lucia diselamatkan dari rumah keluarganya yang terletak di luar bandar Uruburetama, pada awal Mac lalu, tetapi berita mengenainya hanya disiarkan selepas abangnya, Joao de Almeida Braga, ditahan. Braga, 48 tahun, ditahan kerana mengu

Video Pasangan Gay Ditangkap Khalwat

Imej
Video sepasangan Gay ditangkap khalwat oleh jabatan agama islam Aceh baru-baru ini tular di laman media sosial. Dalam video berkenaan salah seorang dari mereka nampak panik dan cuba menghubungi ahli keluarganya. Dipetik dari Kanalaceh.com mereka ditangkap khalwat di sebuah bilik rumah sewa pada Selasa lalu sekitar jam 11:00 malam atas aduan penduduk Darussalam Banda Aceh. Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol PP) dan WH Aceh, Marzuki mengatakan penangkapan kedua-dua pasangan Gay itu kerana kecurigaan penduduk terhadap kedua pemuda tersebut. Menurutnya orang awam juga kerap melihat kedua-duanya bermesra-mesraan seperti pasangan suami isteri. Ketika ditangkap kedua-duanya sedang melakukan hubungan badan dan mereka menemui barang bukti berupa kondom selain dari keadaan tidak berpakaian Dari pengakuan kedua-duanya, mereka sudah menjalin cinta selama tiga bulan dan sudah beberapa kali melakukan hubungan badan. Setelah ditangkap, pasangan gay berkenaan di bawa ke

Hasrat Lawat Ibu Tak Sampai

Imej
MERAPOH – Hasrat seorang wanita untuk melawat ibunya yang sakit di Hospital Kuala Krai tidak kesampaian apabila dia maut dalam kejadian kemalangan kira-kira jam 1.30 petang tadi. Ketua Polis Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, kejadian yang berlaku di kilometer 88 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Berembang di sini berlaku apabila mangsa Hazli Suzana Che Mat, 31 tahun, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan. Menurutnya, sampai di tempat kejadian, mangsa yang memandu kereta Proton Persona bersendirian dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan. “Dalam masa yang sama sebuah bas dua tingkat dipandu oleh Mohd Ashraf Rozmi, 25 tahun, yang membawa tujuh penumpang dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur tidak dapat mengelak dan melanggar tepat pada bahagian kiri kereta mangsa. “Mangsa telah dibawa keluar oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,”katanya di sini

Hajjah Pakai Sendat Kena Kecam

Imej
Apabila anda sudah menunaikan ibadah haji, anda akan dapat gelaran Haji atau Hajah dan dalam masa yang sama setiap orang di sekeliling anda akan anggap anda adalah lebih baik daripada sebelumnya. Tidak dapat lari daripada tanggapan tersebut, Neelofa baru-baru ini ditegur segelintir peminat kerana pakaiannya. Ada yang menegur secara baik malah ada juga yang menyindir. Bagi mereka tudung dan seluar jeans yang dipakai selebriti tersebut tidak sesuai dengan gelaran Hajah yang dimilikinya. Tapi masa Neelofa pakai elok-elok, kenapa macam tidak ramai yang puji? Apa pun, kami pasti Neelofa mempunyai jawapan tersendiri terhadap pemilihan pemakaiannya itu. Bukan mudah untuk menjadi selebriti kerana perlu hidup berlandaskan expectation peminat. Semoga orang yang menegur juga terjaga akhlaknya dan bukan hebat berkata di sosial media semata-mata. Namun teguran juga menjadi penanda aras bahawa masih ada peminat sayangkan selebriti tersebut dan kehadiran sosial media mampu menaikkan se

Kalau Awak Seorang, Siapa Gadis Rambut Panjang Yang Duduk Di Atas Bumbung Hentian Bas Itu?

Imej
Kringgg! Kringgg! Kringg! Aku tersentak mendengar deringan telefon, seraya menoleh ke arah bunyi deringan itu. Tak nampak kelibat sesiapa. Bunyi telefon itu terus berdering mencemar sunyi malam. Aku jengah lagi. Lampu di pondok perhentian bas ini suram, hanya mampu menerangi sekitar hentian ini sahaja. Namun bunyi deringan itu seakan dekat. Sepatutnya aku boleh nampak tuan punya telefon itu. Kringgg! Kringgg! Kringgg! Aku bangun daripada bangku pondok hentian bas, dan meninjau. Dengan langkah kecil aku menghampiri punca deringan itu. Telefon bimbit aku genggam erat. Entah apa sebabnya, tapi menggenggam telefon bimbit itu terasa seperti reaksi yang agak rasional dalam situasi ini. Kringgg! Kringgg! Kringgg! Deringan itu masih mencemar suasana. Semakin aku mara, semakin kuat bunyinya. Aku hela nafas panjang dan nekad menuju ke arah deringan itu. Bila ia sudah dekat, baru aku perasan ada pondok telefon di sisi pondok hentian bas ini. Tak terfikir pula aku tentang pondok

Kisah Memilukan Farida Menjadi Hamba Seks ISIS Selama 2 Tahun

Imej
Farida merupakan seorang perempuan muda bekas hamba seks Militan ISIS menceritakan bagaimana dia diperlakukan seperti binatang selama Dua tahun di Mosul Iraq Utara. Farida salah satu tahanan perempuan, mengaku di sembunyikan sebagai hamba seks oleh orang-orang pejuang ISIS yang telah berkeluarga dan memperlakukannya seperti seekor binatang. Harian Mirror, Selasa lepas melaporkan, bekas hamba seks militan ISIS berusia 27 tahun itu diculik dua tahun lalu di kampungnya, tepatnya ketika Farida berusia 25 tahun. Setelah militan Iraq semakin kuat menekan pemberontak ISIS, Farida memanfaatkan peluang untuk melarikan diri ke arah tentara Iraq yang sedang mengepung para ISIS tersebut. Menurut Farida, isteri dari militan ISIS itu “juga ingin melarikan diri”, sehingga mereka bekerja sama dengan tentara Iraq untuk membunuh militan ISIS tersebut. Menurut dua wanita itu, mereka berhasil berkomunikasi dengan tentara Iraq dan menggambarkan posisi yang tepat tentang posisi kender

Ubat Itu Untuk Masuk Dalam Dubur Bukan Dalam Bubur

Imej
Sudah menjadi kebiasaan buat kita, kalau dapat ubat mestilah kena makan, tidak kira buat anak, atau dewasa. Tapi, bagaimana pula, kalau sudah bagi makan, masih tidak elok-elok juga, salah makan, atau salah cara. Menerusi perkongsian dari ahli farmasi, iaitu saudari Maryam Jamilah ini, terdapat ubat yang mana, ia tidak semestinya dimakan, atau melalui mulut, tetapi dengan cara lain. Macam mana tu? Mari kita ikuti perkongsian darinya, untuk mengetahui lebih lanjut, lebih-lebih lagi ubat buat anak-anak. “TIPU BETUL ubat hospital bagi ni. Kenapa makan, tapi tak baik-baik? Makan dah ikut cara yang betul dah macam cik farmasi ajar. Masuk dalam bubur. 4 kali sehari atau apabila perlu” . Nampak macam lucu kan? Tapi itu lah hakikatnya. Kisah benar. Umie saya seorang jururawat (sekarang dah matron agaknye). Ada pesakit mengadu tak kebah-kebah tapi makan dah ikut seperti yang diajar. Bila tanya macam mana, dia kata masuk ke dalam bubur dan gaul sampai larut lepas itu makan.

Power Rangers Dihukum Penjara Enam Tahun Sebabkan Kematian.

Imej
LOS ANGELES – Pelakon yang pernah terkenal kerana menjayakan watak salah seorang pahlawan dalam siri televisyen Power Rangers dihukum penjara selama enam tahun pada Khamis, selepas mengaku bersalah menikam rakan serumahnya dengan pedang hingga maut. Mahkamah California menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Ricardo Medina, 38, setelah pelakon itu pada awal bulan ini mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian dalam insiden perbalahan pada 31 Januari 2015, lapor Reuters. Pihak pendakwa berkata, Medina menikam Josh Sutter dengan pedang samurai berkali-kali sewaktu kedua-duanya berbalah tentang teman wanita aktor itu di apartmen mereka di Palmdale, utara Los Angeles. ‘Konfrontasi berdarah’ itu membuatkan Medina menghubungi talian kecemasan 911 dan kekal berada di lokasi kejadian sehingga polis tiba. Medina ditahan sejurus Sutter disahkan maut, namun dibebaskan beberapa hari kemudian selepas pihak pendakwa meminta kes disiasat sebagai kes profil tinggi. Medina membawakan

Mereka Nak Simbah Asid Dekat Saya.-Pengusaha Nasi Lemak Gay

Imej
PETALING JAYA – Pengusaha Nasi Lemak Gay yang mencetuskan kontroversi susulan penggunaan perkataan dan bendera yang melambangkan golongan homoseksual itu mendakwa terpaksa menghentikan sementara perniagaannya selepas menerima ugutan disimbah asid. Hanya mahu dikenali sebagai Adi Yusuf, pemuda berusia 33 tahun itu menerima panggilan berbaur ugutan yang mengancam dirinya akan ditimpa musibah jika masih terus menggunakan nama tersebut untuk mempromosikan jualannya. Katanya, ugutan daripada lelaki tidak dikenali itu adalah punca utama perniagaan nasi lemak yang beroperasi di Taman Segar, Cheras terpaksa dihentikan buat sementara. “Kecam tak kecam atau apa-apa lain, lantaklah. Cuma ugut itu berat untuk saya…kalau nampak depan, muka akan disimbah asid. “Itu agak menakutkan, memang saya takut,” katanya yang mendedahkan perkara tersebut dalam temuramah pada Khamis. Ditanya adakah laporan polis dibuat berhubung ugutan tersebut, Adi berkata, dia tidak mahu memperbesarkan p

Dipenjara 24 Tahun, 20 Sebatan Liwat Dan Rogol Gadis Berusia 12 Tahun Dalam Semak.

Imej
Alor Gajah – Seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah meliwat dan merogol seorang remaja perempuan di dalam semak berdekatan ladang getah, di Masjid Tanah minggu lalu. Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob menjatuhkan hukuman itu selepas lelaki berusia 21 tahun tersebut membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didapati masing-masing melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan merogol seorang perempuan berusia 12 tahun 10 bulan. Kesalahan itu dilakukannya di kawasan semak bersebelahan ladang getah di Kompleks Akubator Alor Gajah, Jabatan Veterinar di Kampung Paya Rumput di sini sekitar pukul 11 malam sehingga 12 tengah malam 23 Mac sehingga 12 tengah malam, 24 Mac lalu. Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii dan Sek

Gaji RM4,400 Untuk Duduk Atas Sofa Sahaja

Imej
Moscow – Seorang wanita tempatan berusia 26 tahun menganggap dirinya paling bernasib baik apabila memperoleh pekerjaan sebagai penguji sofa. Anna Cherdantseba yang berasal dari Ufa di Republik Bashkortostan di Rusia kini akan menghabiskan masa 10 jam sehari untuk menguji sofa baharu. Tugas utamanya ialah untuk menilai keselesaan dan keselamatan sofa yang dikeluarkan syarikat perabot terkenal Russia, MZ5 Group. Syarikat berkenaan bulan lalu mengiklankan jawatan itu yang menyaksikan lebih 5,000 orang memohonnya. Walaupun semua produk barunya diuji dalam makmal khas, pihak pengurusan berkata, mereka memerlukan seorang penguji profesional bagi memenuhi kehendak pengguna. “Kami memilih calon dalam beberapa peringkat. Selepas menyenarai pendek senarai pemohon, tujuh dipanggil untuk temuduga dan Anna, pakar pemasaran, terbukti paling layak untuk memegang jawatan berkenaan,” kata jurucakap MZ5 Group. Anna pula berkata, ia memang mengimpikan jawatan berkenaan dan memp

Adi Putra Tak Muncul Di Mahkamah Syariah Sebutan Kes Cerai.

Imej
KUALA LUMPUR: Sebutan kedua kes permohonan cerai Adi Putra terhadap isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof ditangguhkan selepas pelakon itu gagal hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Jumaat. Kes berkenaan sepatutnya disebut didepan Hakim Izzat Syazli Mushid sekitar pukul 9.30 pagi. mStar Online difahamkan Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 36, memberitahu bahawa dia tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu. Hakim akan menetapkan satu tarikh lain bagi sebutan kes berkenaan selepas perbincangan dibuat dengan plaintif. Kes tersebut dibacakan kali pertama pada awal bulan ini. Adi yang berasal dari Singapura berkahwin dengan Zuhaidah atau Aida pada 14 April 2006.-mStar Online

Video Wanita Besi Ajar Pemandu Lelaki Yang Biadap Atas Jalan Raya.

Imej
Irkutsk, Siberia (Russia): Seorang lelaki memandu dengan cara bahaya di tempat letak kereta pusat beli-belah menerima padah apabila ‘diajar’ wanita besi Siberia selepas lelaki itu memberhentikan keretanya dengan mengejut di depan kereta wanita berkenaan. Oksana Kosheleva, 34, yang berang dengan pemanduan bahaya itu menarik lelaki berkenaan keluar dari keretanya, memikulnya dan memasukkan lelaki itu ke dalam tempat simpan barang keretanya. Dia kemudian memandu keluar dari kawasan itu dan meninggalkan lelaki itu di tepi jalan. Menurut Siberian Times, ketika kejadian, rakan lelaki itu yang dikenali sebagai Artyom, merakam aksinya menunjukkan kebolehan memandu di kawasan letak kereta berkenaan. Oksana yang terkenal di Siberia dengan kekuatannya menarik lori, tram dan helikopter, tidak senang dengan perbuatan Artyom melakukan aksi ‘drift’ itu. “Ia berlaku mengejut dan ini kali pertama berlaku kepada saya. “Saya jerit kepadanya ‘Apa kamu buat ini? Ini tempat letak kere

Dia Datang Goda Suami Dan Hasut Kedua Anak Hingga Membenci Saya

Imej
Sudah 10 tahun Rasid 42 tahun, ditinggalkan oleh isterinya Sephia 35 tahun yang lari bersama seorang lelaki berusia 35 tahun. Supaya kedua-dua anaknya yang berusia 2 dan 6 tahun mendapat kasih sayang seorang ibu, Rasid berkahwin dengan adik iparnya sendiri Karen 30 tahun. Selama 9 tahun berkahwin dengan Karen, Rasid merasakan hidupnya cukup bahagia, meskipun dia sempat trauma dikhianati oleh Sephia, namun dia mampu move on dan melanjutkan kehidupannya bersama isteri barunya Karen Apatah lagi Karen menyayangi anaknya yang merupakan anak saudaranya sendiri. Namun sayang, kehidupan rumah tangganya hancur apabila Sephia kembali mempengaruhi kedua-dua anaknya agar membenci Karen sejak setahun lalu. Berikut Luahan Karen. “Saya sebenarnya dulu tidak begitu berbesar hati berkahwin dengan Rasid tetapi di sebabkan Arwah ayah memaksa kerana anak-anak ketika itu masih kecil saya cuba perlahan-lahan memujuk hati. Menjadi ibu tiri tentu tidak mudah, sebab anak pertama

Sewa Rumah, Jangan Beli Rumah, kata Menteri

Imej
Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani mahu rakyat negara ini menukar cara pemikiran mereka berhubung pembelian rumah ketika muda dan menanggung hutang jangka panjang yang besar. Bercakap di Putrajaya hari ini, Johari berkata di kebanyakan negara, masyarakatnya memilih untuk menyewa bagi tempoh masa lebih lama sehingga mereka mempunyai wang mencukupi bagi membeli rumah. "Ia budaya kita. Kami tidak percaya untuk menyewa selama 20 hingga 30 tahun. "Kita perlu mengubah cara pemikiran. Apabila kamu ke UK atau negara lain, mereka hanya menyewa sehingga mereka mempunyai wang untuk membuat komitmen jangka panjang," katanya. Sebagai alternatif, beliau berkata lebih banyak rumah mampu milik juga perlu dibina untuk tujuan sewaan. Beliau berkata demikian pada sesi dialog pelan transformasi nasional (TN50) dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.- Malaysia Kini.

Nasi Lemak Gay Akhirnya Bungkus, Selepas Terima Kecaman Pengguna Media Sosial.

Imej
PETALING JAYA – Kontroversi Nasi Lemak Pondan belum pun reda, kini muncul pula Nasi Lemak Gay, sehingga menjadi tular dan bualan netizen di media sosial. Malahan, pengusaha Nasi Lemak Gay ini mengakui berdepan situasi sukar sejak hari pertama nama itu digunakan untuk mempromosi jualannya. Susulan itu, operasi gerai berkenaan terpaksa dihentikan sementara selepas menerima pelbagai reaksi dan kecaman. Pengusahanya, Adi Yusuf, 33, berkata, dia tidak menyangka nama Nasi Lemak Gay yang digunakan untuk perniagaannya sekelip mata mencetuskan kekecohan. “Saya  berniaga nasi lemak di situ sejak akhir Januari lalu. Hanya baharu semalam (Selasa) saya pasang ‘banner’ dengan nama Nasi Lemak Gay. “Saya tak sangka ia kecoh satu Malaysia. Saya terus kena kecam. Kuasa media sosial sangat menakutkan. “Saya ambil keputusan untuk berhenti berniaga buat sementara selepas menerima banyak kecaman. Saya tunggu ia reda dahulu,” katanya kepada mStar Online. Adi bagaimanapun tampil

Video Menari Depan Pesakit Bogel Yang Tidak Sedar Diri, 5 Orang Dipecat

Imej
Sekumpulan lima kakitangan sebuah hospital termasuk doktor dan jururawat telah dipecat selepas video yang memaparkan mereka menari-nari sambil mempersendakan pesakit di atas meja pembedahan, telah tersebar dalam media sosial. Ketika itu, pesakit di hospital anta Cruz de Bocagrande di Colombia itu berada dalam keadaan bogel, tidak sedarkan diri dan dalam persediaan sebelum dibedah. Rakaman berkenaan dipercayai dirakamkan oleh mereka yang terlibat dalam pembedahan terbabit. Pihak berkuasa ketika mengesahkan tindakan tersebut memberitahu, video itu menunjukkan perbuatan petugas perubatan yang melanggar semua protokol kesihatan. “Menghormati maruah setiap pesakit adalah perkara yang paling penting di klinik kami, oleh itu kami amat menyesal dengan tingkah laku yang tidak sesuai daripada mereka yang bekerja sebagai profesional dalam sektor kesihatan, yang dilihat dalam video yang dirakam dalam salah satu daripada bilik pembedahan kami,” kata jurucakap hospital terbabit.

"Aku Tak Buat, Apa Akan Jadi Pada Anak-Anak Aku, Aku Malu" Dipenjara 15 Bulan Kerana Cabul Murid

Imej
Ipoh – Prosiding di Mahkamah Tinggi di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang tukang masak yang dijatuhi hukuman penjara 15 bulan bagi kesalahan mencabul seorang murid lelaki tiga tahun lepas, tiba-tiba menjerit. Sebaik keputusan dibacakan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, tertuduh  Mohd Yunus Hassan, 53, turut rebah di luar kandang pesalah sambil menjerit menyatakan dia tidak melakukan kesalahan itu. “Aku bersumpah aku tak buat, apa akan jadi pada anak-anak aku, aku malu,” jerit bapa kepada enam orang anak itu sebelum ditenangkan oleh tiga anggota polis. Semasa menyampaikan keputusannya, hakim berkata hukuman penjara sehari diputuskan Mahkamah Majistret Seri Manjung pada 29 Ogos tahun lepas terhadap Mohd Yunus adalah tidak memadai. Mahkamah tidak boleh memaafkan perbuatan tertuduh yang melepaskan nafsu ke atas kanak-kanak lelaki, katanya selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya How May Ling yang berhujah bahawa hukuman penjara sehari itu tidak se

Jenayah seksual: Anak Ahli Parlimen Juga Tak Selamat.

Imej
Petaling Jaya – Jenayah seksual melibatkan kanak-kanak boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, walaupun kepada anak seorang ahli Parlimen. Ahmad (bukan nama sebenar), 23, telah diliwat oleh orang yang tidak dikenali ketika berusia enam tahun. Malangnya, sehingga kini bapanya masih tidak tahu tentang kejadian tersebut. “Ketika saya membesar, bapa saya begitu sibuk dan kami hanya akan menelefon atau menghantar mesej kepadanya apabila ada perkara serius atau untuk bercakap secara ringkas. “Apabila berlaku kejadian itu, bapa saya baru sahaja mahu  menjadi ahli Parlimen, jadi saya dan ibu tidak mahu mengganggunya. “Saya rasa dia harus tahu apa yang berlaku, tetapi saya tidak mahu dia rasa bersalah kerana terlalu sibuk dengan kerja dan jika bukan kerana kesibukannya itu, ia mungkin dapat dielakkan,” katanya. Kajian menunjukkan bahawa seorang dalam 10 kanak-kanak akan mengalami beberapa bentuk penderaan seksual sebelum mereka berusia 18 tahun. Untuk kanak-kanak perempuan,

Video Pilu Seorang Ibu Yang Menunggu Selama 13 Tahun Anaknya Ditempat Terakhir Dia Dibuang

Imej
Kisah pilu seorang wanita tua membuat Natizen bercucuran air mata, mana tidaknya seorang ibu sanggup menunggu kepulangan anak selama 13 tahun ditempat terakhir dia di tinggalkan. Wanita tua ini di kenali sebagai Karfiah tinggal di gubuk usang setia menunggu janji anaknya sejak 13 tahun lalu. Ditempat dia tinggal itulah dia ditinggalkan dan disuruh menunggu sekejap oleh anaknya sendiri, namun sampai ke hari ini si anak yang dikenali sebagai Rina tidak pernah kembali. Dalam kunjungan pemberita di rumahnya tepat di tepi jalan Gerilya Timur, Berkoh keadaan beliau sangat menyedihkan. Dengan kudrat yang ada sesekali beliau mengintai keluar rumah apabila ada kenderaan atau bas yang berhenti, tidak lama selepas itu dia masuk ke dalam semula, jelas terpancar rasa kecewa di raut muka dan bibirnya yang pucat. Menurut Cakbudi, sepanjang pernikahan Karfiah tidak dikurniakan anak, setelah suaminya meninggal beliau mengambil seorang bayi (anak angkat) bayi tersebut diberi nama

Mimpi Bertemu Arwah Ibu Sebelum Ditelan Ular Sawa

Imej
Akbar 25 tahun, lelaki yang ditemui maut akibat ditelan ular sawa pada malam Isnin yang lalu di kebun kelapa sawit Dusun Pangeran sempat bermimpi bertemu Arwah ibunya tiga hari sebelum kejadian. Perkara itu di beritahu kepada adik perempuannya Nurjaya melalui panggilan telefon. Nurjaya berkata bahawa dalam mimpi itu arwah ibu mereka mamanggil Akbar dan berkata bahawa dia rindukan anak dan cucunya. Nur ketika itu tidak terlalu mengambil berat tentang mimpi berkenaan dan berkata itu hanya mimpi biasa. Kematian Akbar ditelan ular sawa sepanjang 7 meter juga meninggalkan isterinya “Muna” yang dihantar ke kampung halaman untuk melahirkan anak kedua mereka awal bulan ini Junaedi rakan Akbar berkata bahawa sebelum meninggal dunia, Akbar telah merancang untuk menjemput isteri dan bayi mereka yang baru lahir pada hujung minggu ini. Bagaimana pun menurut penduduk setempat, kehadiran Ular Sawa Gergasi di kebun sawit itu memang telah di ketahui sejak dulu lagi, akan tetapi i

Tahukah Anda Bahawa Wang Hantaran Belanja Tidak Termasuk Dalam Ajaran Islam.

Imej
Tahukah anda bahawa wang hantaran perkahwinan itu adalah hak lelaki untuk beri berapa dia mampu sebagai HADIAH dan bukannya hak perempuan atau keluarga perempuan nak tetapkan (seolah-oleh paksa) berapa jumlahnya supaya lelaki berikan kepada mereka. Dan hantaran duit mahupun hantaran barangan tidak wajib. Lain kedudukan dengan mas kahwin (mahar), ia adalah hak perempuan sepenuhnya dan sebaik-baik mahar ialah seperti yang dianjurkan Nabi. Mas kahwin adalah wajib walau sebentuk cincin besi. Dan tahukah anda bahawa tanggungjawab membuat walimah sebelah pihak perempuan walau majlis kecil adalah tanggungjawab ayah perempuan (wali). Namun jika bakal suami bermurah hati untuk menaja atau kongsi, itu adalah lebih baik jika wali tidak mampu. Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdir

Inul Didakwa Hina Ulama

Imej
Jakarta: Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista kini berdepan siasatan polis selepas menulis komen yang didakwa menghina ulama di laman Instagram miliknya. Advokat Pembela Ulama membuat laporan polis terhadap Inul Isnin lalu dengan mendakwa komen yang ditulis penyanyi itu melanggar undang-undang menghina agama. Sebelum menulis komen berkenaan, Inul terlebih dahulu memuat naik gambarnya bersama Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau dikenali sebagai Ahok di Instagram. Bagaimanapun, beberapa pengguna media mengkritik Inul kerana menyokong Ahok yang masih dibicarakan di mahkamah kerana didakwa menghina Islam. Inul yang berang dengan kritikan itu kemudian menulis komen menyatakan ada individu yang memakai serban tetapi masih melakukan video seks melalui aplikasi Skype. Komen yang ditulis Inul mencetuskan kemarahan pengguna media sosial yang menuduh penyanyi itu menghina ulama. Selepas dikecam hebat, Inul yang terkenal dengan tarian goyang ger

Video Ular Tedung Dahaga Akibat Kemarau Berpanjangan

Imej
New Delhi – Seekor ular tedung yang kelihatan marah ketika memasuki perkampungan Kaiga di negeri Karnataka, selatan bandar raya ini, sebenarnya dahaga akibat kemarau berpanjangan di wilayah berkenaan. Dalam rakaman video yang disiarkan baru-baru ini, ular berkenaan kelihatan tenang minum air dari botol yang dituang seorang kakitangan agensi perlindungan hidupan liar yang dipanggil penduduk. Lelaki itu dibantu rakannya yang mengawal ekor ular berkenaan menggunakan besi penangkap ular bagi mengelak kejadian buruk. Ular sepanjang empat meter itu kemudian dibawa ke pusat perlindungan sebelum dilepaskan ke dalam hutan. – Daily Mail

Parah Didera Suami Kerana Facebook

Imej
Kaherah: Seorang lelaki mendera dan mengurung isterinya selepas mengetahui wanita itu membuka akaun Facebook. Menurut laporan, lelaki berkenaan sebelum ini tidak membenarkan isterinya memiliki akaun media sosial itu. Polis berkata, Asmaa Samir didera suaminya, Mustafa Raafat yang mengikatnya dengan tali dan mengurungnya di rumah mereka selama tiga hari tanpa memberi mangsa makan atau minum. Tidak cukup dengan itu, Mustafa juga menyeksa isterinya menggunakan benda tajam. Ketika disoal siasat, lelaki itu berkata, isterinya membuka tiga akaun Faceboook dengan menggunakan nama palsu kerana ingin tahu sama ada dia bersikap curang terhadapnya. Mustafa mengaku dia memukul isterinya tetapi menafikan dakwaan tidak memberinya makan. Sehubungan itu, kebanyakan pertubuhan hak asasi wanita Mesir menggesa lelaki itu didakwa di mahkamah selepas laporan perubatan mengesahkan isterinya cedera teruk akibat didera. Beberapa peguam pula berkata, mereka bersedia untuk mewakil

Video Dan Kisah Sebenar Pembunuhan Dua Khalil Aswad Yang Diputar Belitkan Media Barat.

Imej
Kisah ini pernah mendapat tumpuan dunia islam, bahkn banyak menyangkan video ini dari indonesia berkenaan kes ragut dan dikatakan perempuan ini ialah kekasih kepada peragut lalu dipukul dengan kejam. Malah media Barat dan anti islam memutar belitkan fakta dan memburukkan islam dengan mengatakan video ini merupakan video pelaksanaan hukum hudud kerana gadis ini enggan memakai hijab tetapi fakta sebenarnya berbeza baca kisah dibawah:- Nineveh iraq, kisah pembunuhan Dua Khalil Aswad yang dibunuh dengan kejam mangsa merupakan gadis dari keturunan Kurdish yang beragama Yazidi. Beliau dipukul dihentak dengan batu sehingga mati. Video ini pernah viral satu ketika dahulu. Dan menggemparkan seluruh dunia islam. Pembunuhan sebegini sememangnya tidak boleh diterima sama sekali. Kisahnya bermula apabila mangsa iaitu Dua Khalil Aswad telah jatuh cinta dengan seorang pemuda muslims ahlussunah. Mangsa telah memeluk islam. Tetapi keluarga serta masyarakat sekeliling mangsa tid