Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Budak 6 Tahun Bawa Balik Anak Harimau Bintang Ingatkan Anak Kucing.

Imej
Seorang budak lelaki berusia 6 tahun membawa pulang dua ekor anak harimau bintang yang disangka anak kucing. Budak lelaki ini terjumpa anak harimau bintang tersebut di tepi semak dan membawanya pulang ke rumah. Dia memberi makan dan minum susu serta sentiasa memerhatikan mereka. Kedua ibu bapanya juga tak sedar bahawa ia bukanlah kucing tetapi harimau bintang. Selepas jiran menyedari bahawa ia adalah harimau bintang barulah mereka perasan.  Kedua ekor anak harimau bintang tersebut dilepaskan ke hutan selepas jabatan perhutanan datang ke rumah mereka. Pegawai perhutanan menjelaskan kehadiran anak-anak harimau bintang ini akan membahayakan budak kecil tersebut kerana mereka masih mempunyai ibu. Anak-anak harimau bintang akan berpisah dengan ibu mereka selepas berusia 2 tahun.  Oleh: Aimi Nordin Sumber: ERA fm

Model Dibelasah Teruk Kekasih Hingga Pecah Implan Payudara

Imej
China – Tidak tahan didera bertahun-tahun oleh teman lelakinya, seorang model dari China mengambil keputusan mendedahkan jenayah keganasan yang dilakukan lelaki tersebut baru-baru ini. Model terbabit, Wang Rui’er memuat naik gambarnya di laman sosial Weibo menunjukkan kesan kecederaan dan lebam-lebam yang dialaminya selama ini. Memetik Metro UK, tidak setakat lebam-lebam sahaja, malahan implan yang ditanam di bahagian kanan payudaranya turut pecah akibat dibelasah teman lelakinya itu. “Kami bercinta sejak tiga tahun lalu. Saya mengaku pada awalnya saya memilih dia disebabkan wangnya, tapi sepanjang tempoh itu juga saya terseksa dengan layanannya yang sering memukul dan mencederakan saya. “Tapi kalau diikutkan saya bersamanya bukanlah sebab duit semata-mata. Kalau nakkan kekayaan ramai lagi lelaki lain yang boleh berikan kemewahan kepada saya. Tapi saya sanggup bertahan dengannya selama tiga tahun! “Sehinggalah malam tadi, dia menumbuk dan memukul saya tanpa belas

Video Tembak Rakan Sendiri Kerana Penipuan Jual Beli Telefon Bimbit.

Imej
GEORGIA, AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki didakwa menembak mati seorang lelaki hanya kerana bergaduh berhubung telefon bimbit. Metro melaporkan, kejadian itu dirakam kamera keselamatan, De’Andre Malik Thomas, 20, menyerah diri kepada polis, Jumaat lalu selepas menembak mati Kareem Mano, 25, sehari sebelumnya. Mano yang mempunyai seorang anak lelaki yang berusia sebulan mati selepas ditembak berulang kali ketika melarikan diri daripada Thomas di luar sebuah kedai runcit di Bloomfield. Syerif Daerah Bibb, David Davis berkata, dua lelaki itu bertengkar mengenai telefon bimbit yang dipercayai dijual Thomas kepada adik perempuan kepada teman wanita Mano. Akhbar News Tribune melaporkan telefon itu tidak dapat digunakan menyebabkan wanita terbabit mahukan wangnya semula. Mereka berjumpa di tempat kejadian untuk membincangkan penyelesaian tetapi bertukar menjadi pertengkaran sebelum Mano dilihat mengeluarkan pistol tetapi kemudian menyimpannya semula. Dua lelaki itu kem

Bayi 2 Bulan Maut Diberi Makan Pisang Dan Biskut

Imej
Semalam tersebar screenshot whatsapp tentang kematian bayi berusia 2 bulan yang mati dipercayai kerana makan pisang dan biskut marie di Indonesia. Ada orang tanya saya betul ke pisang dan biskut marie boleh menyebabkan kematian tersebut. Ini ulasan saya berdasarkan info terhad pada screenshot whatsapp yang ada. Pemberian makanan berbentuk pepejal atau semi-pepejal kepada bayi berusia bawah 4-6 bulan berisiko menyebabkan usus sumbat. Antara tandanya ialah perut membusung (abdominal distension) kerana usus membengkak akibat pengumpulan makanan dan minuman yang terhalang. Apabila usus sumbat, risiko untuk bayi muntah-muntah adalah tinggi, lebih-lebih lagi jika pemberian minuman atau makanan tetap diteruskan. Kebiasannya muntah (vomitus) ini keluar mengikut mulut dan kadang-kadang hidung atau tertelan semula, namun ia boleh juga masuk ke dalam saluran pernafasan hingga paru-paru (aspiration into the lung) terutamanya bagi bayi. Apabila muntah ini masuk ke dalam paru-paru, ia

Kehidupan Terkini Risna Wati Yang Mengejutkan

Imej
Masih ingatkah anda dengan Risna wati, seorang gadis biasa yang pernah menggemparkan laman media sosial pada tahun 2014 lalu, berkaitan video dimana dia telah memeluk kekasihnya Rais  yang terpaksa kahwin dengan wanita lain dalam sebuah majis perkahwinan. Risna berkata pada awalnya dia hanya ingin memenuhi undangan sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahmi pada keluarga Rais memandangkan sudah saling kenal. Dimaklumkan sebelumnya Rais terpaksa kahwin dengan wanita lain kerana pinangannya ditolak memandangkan usia Risna ketika itu masih muda dan belum menghabiskan pelajarannya lagi. Kisah cinta keduanya menjadi tular dilaman media sosial ketika itu, bahkan pernah di filemkan dalam sebuah drama pendek oleh pembikin filem pada tahun itu. Tiga tahun berlalu, bagaimanakah kehidupan terkini Risna? Menerusi wartawan pemberita, Risna sekarang sudah berusia 24 tahun dan bekerja di Pulau Sembilan Selawesi sebagai seorang bidan kampung. Keadaan alam yang jauh dari sua

Video Ibu Dan Anak Maut Berpelukan Dihanyut Banjir

Imej
Seorang ibu dan anak ditemui mati berpelukan selepas rumah mereka ditenggelami banjir besar di SMAN 2 Bogor semalam. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu aliran sungai tiba-tiba melimpah dan merobohkan empangan sehingga pecah. Air deras telah menghanyutkan sebuah rumah keluarga Hamid 37 tahun yang berada berhampiran sungai berkenaan, beliau dan anak lelakinya berjaya menyelamatkan diri, namun sayang isteri beliau Anita Fauziah 26 tahun dan anak perempuannya Dzia Mahira 4 tahun maut dalam kejadian berkenaan. Hamid yang dirawat dihospital menceritakan kejadian, Dzahwan anak lelakinya yang berada di depan rumah berteriak banjir, saya kemudian berlari dan melihat empangan air sudah pecah, katanya semalam. Hamid berkata dia melihat isteri sambil memeluk anaknya hanyut  di bawa arus banjir. Sementara dia dan anak lelakinya berpegang pada salah satu tiang depan rumah mereka. Saya sempat mengejar isteri dan anak kami yang hanyut tetapi kerana arus sungai

Video Pasangan Terlampau Lakukan Maksiat Depan Mesin ATM Tersebar.

Imej
Mexico – Kalau sudah hilang maruah diri, inilah yang berlaku. Sepasang kekasih dengan selamba melakukan seks di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank, menyebabkan orang ramai yang mahu mengeluarkan wang terpaksa menunggu di luar bilik ATM itu. Kejadian itu berlaku di sebuah bank di Oaxaca, Mexico. Memandangkan bank terbabit terletak bersebelahan dengan jabatan pendidikan, ia mencetuskan spekulasi bahawa pasangan berkenaan adalah guru. Rakaman video pasangan itu telah dirakamkan dan kini menjadi tular di media sosial. Tahun lepas, pasangan kekasih dirakamkan melakukan seks di stesyen keretapi di Barcelona dengan pasangan berkenaan tanpa malu membuka seluar dan duduk di atas kerusi yang dikhaskan untuk penumpang. Sementara semalam, dua anggota polis di Argentina berdepan pemecatan selepas video mereka melakukan seks di dalam kereta polis telah tersebar. Ketika itu mereka tidak mempedulikan panggilan kecemasan mengenai laporan rompakan. Video P

Video Guru Pukul, Tendang Pelajar Jadi Viral

Imej
Rakaman video memaparkan kebiadapan seorang guru menendang dan memukul kepala pelajarnya kini menjadi tular di laman sosial. Menurut pemuat naik video, Muhamad Azhan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah institusi latihan kemahiran awam di utara namun tidak dinyatakan tarikh dan lokasi sebenar kejadian. “Patut ke ajar anak murid kau macam itu. Tahulah kau bagi ilmu tapi hormat anak murid juga. Jangan sampai anak murid pijak kau balik,” tulisnya diruangan kapsyen. Berdasarkan rakaman, lelaki berbaju merah itu pada mulanya dilihat sedang memantau pelajarnya yang sedang menjalani latihan amali mengisi gas pendingin hawa. Tidak beberapa lama kemudian, mangsa secara tiba-tiba ditarik telinga, dipukul pada bahagian kepala dan ditendang sehingga membuatkan pelajar itu terduduk. Malah, lelaki itu turut melemparkan perkataan ‘bodoh’ terhadap mangsa. Tindakan guru lelaki itu diperhatikan sahaja oleh beberapa pelajar yang lain yang tidak mampu berbuat apa-apa. Ne

Mereka Menarik Tudung & Membelasah Saya-Omee

Imej
Susulan kes buli pelajara tingkatan 1 di SMK Bandar Sri Damansara 2 kini sudah ketahap baru,bapa mangsa, Mohd Shukri Sulaiman, 42, menyatakan anaknya sudah pulih namun masih menerima rawatan susulan. Difahamkan, bapa mangsa akan tetap mengambil tindakan undang-undang terhadap enam pelajar yang terlibat mencederakan anak perempuan itu. Menceritakan semula kejadian itu, Puteri Aleesya Maisarah berkata dia mengenali pelajar tingkatan 3 yang terlibat, namun tidak berkawan dengan mereka. “Saya keluar kelas selepas waktu sekolah tamat untuk sertai aktiviti mengecat sekolah sebelum dua pelajar perempuan tingkatan 3 itu menarik saya masuk ke dalam sebuah kelas tingkatan dua. Mereka kemudian menarik tudung saya dan membelasah saya sehingga pengsan. “Saya tidak tahu apa motif saya dibelasah kerana saya tidak berdendam dengan sesiapa di sekolah,” katanya. Semakan di laman Facebook mendapati akaun Facebook pelajar perempuan berambut perang itu telah dipadamkan. Kenyataan ter

Peguam Tukar Kerjaya Jadi Pelacur

Imej
Seorang peguam terkenal dan pakar perlembagaan telah mengejutkan ramai apabila secara tiba-tiba memutuskan untuk meninggalkan pekerjaan berkenaan bagi memulakan karier baru, iaitu sebagai pelacur. Claudia de Marchi, 34, telah memulakan perkhidmatan yang menyediakan seks kepada ahli politik serta usahawan kaya dengan bayaran £150 sejam. Ironinya, dia berbuat demikian dengan alasan tidak sanggup lagi berada dalam `dunia lelaki’ ketika menjadi peguam tetapi sanggup pula memuaskan nafsu lelaki sambil mendapat bayaran sepanjang hari. Claudia juga mendakwa keputusan yang dibuatnya itu adalah yang terbaik pernah dilakukan dan turut memperolehi pendapatan £100,000 pada tahun lepas, iaitu melebihi pendapatan yang diperolehi ketika menjadi peguam. Walaupun kebanyakan pelacur enggan mendedahkan diri sendiri, namun Claudia berbangga untuk melakukannya dengan alasan dia telah berjaya mencapai apa yang diinginnya. Bukan itu sahaja, ibunya yang berusia 64 tahun turut memberikan

Tikam Perut Sendiri Kerana Tak Tahan Gestrik

Imej
Polis Kelantan masih menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang buruh berusia 49 tahun yang menikam perutnya sendiri sehingga terburai ususnya dalam kejadian di Kampung Baru Keroh di Kuala Krai di sini, semalam. Ketua Polis negeri, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, melalui maklumat awal yang diterima, mangsa dikatakan kecewa setelah disahkan doktor mengalami masalah penyakit gastrik. “Dalam kejadian terbabit, mangsa berada dalam bilik dan mengunci pintu seorang diri manakala anak dan isterinya berada di luar. “Mangsa menggunakan golok kepunyaan sendiri dan kita turut mengambil senjata itu bagi tindakan lanjut. Melalui hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap kediaman mangsa juga tiada elemen jenayah berhubung kejadian itu,”katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 2, di sini hari ini. Terdahulu, beliau menyampaikan watikah pelantikan pemimpin kepada lebih 20 pelajar sekolah berkenaan dalam majlis terbab

Video: Kecoh Tersilap Umum Pemenang Di Anugerah Akademi Ke-89

Imej
Los Angeles : “Ini bukan lawak. Moonlight menang Filem Terbaik,” kata penerbit filem La La Land, Jordan Horowitz kepada penonton selepas penyampai, Warren Beatty tersalah umum La La Land sebagai pemenang kategori itu di Anugerah Akademi ke-89 yang berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, di sini, hari ini. Ketika itu pasukan produksi La La Land yang diketuai Horowitz sudah menaiki pentas untuk menyampaikan ucapan kemenangan, namun terpaksa turun semula apabila menyedari ia adalah kemenangan untuk filem Moonlight. Bagaiamanapun, La La Land arahan Damien Chazelle yang mendominasi sebanyak 14 pencalonan tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi dua kategori utama iaitu Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Emma Stone. Selain itu, ia turut memenangi tiga lagi kategori teknikal iaitu Rekaan Produksi Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Skor Asal Terbaik. Casey Affleck pula menang kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Manchester By The Sea.

Video Tangisan Seorang Ibu Yang Anaknya Mati Dalam Tahanan Di Lokap

Imej
Tangisan seorang ibu yang anaknya mati dalam tahanan di lokap polis pada Sabtu lalu, tidak dapat menahan kesedihan apabila satu proses bedah siasat terhadap mayat mendiang dilakukan bagi mencari punya penyebab kematian. Bedah siasat itu dilakukan di Hospital Sg Buloh pagi tadi. Menurut peguam, Eric Paulsen, keputusan bedah siasat itu dijangka dapat diketahui selewat-lewatnya hari ini. Turut hadir sama, peguam yang juga Naib Presiden PKR N Surendran dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago. Terdahulu, seorang lelaki mati dalam lokap tahanan polis di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada Sabtu lalu, selang beberapa minggu kes yang sama berlaku di Klang. Menurut laporan The Star, M Thanaseelan, 43, ditemui dalam keadaan tidak sedar di sel lokap pada 1.50 pagi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, R Supramanisam berkata sebuah ambulans dikejar ke lokasi dan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.-Malaysiakini

Kanak-kanak Hilang Ditemui Maut Dalam Mesin Basuh

Imej
Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 10 bulan ditemui maut dalam mesin basuh, lapor Debate News. Dalam kejadian pagi 18 Februari lalu di Jardim Planalto, Santa Cruz do Rio Pardo, Jaimerson Cardoso Dias Junior, 2, sebelum itu dilaporkan hilang oleh ibunya, Mariane Cristina. Polis kemudian melancarkan gerakan mencari mangsa sekitar jam 10.40 pagi bersama dengan beberapa jiran yang lain di kawasan perumahan tersebut, namun gagal menemui mangsa. Polis kemudian memeriksa rumah keluarga mangsa dan akhirnya menemui mangsa di dalam mesin basuh di sebalik pakaian dan buih cucian. Pasukan penyelamat segera dikerahkan ke tempat kejadian namun sudah terlambat kerana mangsa telah meninggal dunia akibat lemas. Berdasarkan siasatan polis, mangsa dipercayai memanjat kerusi di sebelah mesin basuh yang sedang berfungsi dan membuka penutup mesin untuk bermain air. Malangnya mangsa terjatuh ke dalam mesin tersebut lalu mengakibatkannya lemas. Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk

Demi Anak-Anak, Isteri Sanggup Diam Didera Suami.

Imej
PETALING JAYA: Zaharah (bukan nama sebenar) kini menjadi sukarelawan membantu wanita yang ditimpa nasib sepertinya suatu ketika dulu, dipukul dan dikasari suami. Beliau bergiat aktif dengan beberapa NGO yang membela nasib wanita, antaranya Women’s Aid Organisation (WAO), selain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tidak lama selepas berkahwin beberapa tahun lalu, Zaharah dimasukkan ke hospital kerana dipukul suami. Menceritakan kepada FMT, Zaharah berkata dia melarikan diri mencari perlindungan dengan WAO. “Di sana saya mendapat kaunseling dan berkenalan dengan ramai wanita yang senasib dengan saya, malah ada yang lebih teruk keadaannya dan seperti menuju jalan buntu. “Ketika itu saya tekad untuk mengumpul semangat dan bangkit semula, demi anak-anak,” katanya dalam wawancara bersama FMT. Zaharah merupakan sebahagian daripada beribu-ribu kes keganasan rumah tangga di Malaysia setiap tahun. Pada 2014, sejumlah 4,807 kes keganasan rumah tangga dilapo

Lelaki Maut 30 Minit Selepas Telan Pil Kuat & Buah Ini

Imej
Niat sepasang kekasih untuk melepaskan rindu didalam sebuah bilik hotel tidak sampai ke penghujungnya apabila kekasih wanita berkenaan mengalami kekejangan dan meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku semalam. Saksi Sri berkata mereka datang ke hotel berkenaan kira-kira pukul 8:45 malam, pertemuan itu adalah pertemuan pertama mereka selepas menjalin cinta sejak 3 bulan lalu. Sebelum mereka melakukan hubungan intim, mangsa memakan buah langsat dan menelan sejenis ubat perangsang seks. Kira-kira 30 minit kemudian saksi berkata mangsa mengalami kekejangan dan matanya terbeliak serta kedua belah tangannya mengempal kesakitan. Saksi kemudian cuba memberikan air mineral namun usaha itu gagal untuk menenangkan mangsa. Saksi yang panik terus memanggil kaki tangan hotel untuk melaporkan kejadian kepada pihak polis. Bagaimanapun pihak polis yang sampai ketempat kejadian mendapati mangsa sudah pun meninggal dunia, mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk dibedah si

Video Aksi Lincah TMJ Ketika Bermain Bola Sepak Jadi Tular.

Imej
Umum mengetahui pengumuman pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang akan mendaftarkan pemilik kelab mereka Tunku Mahkota Johor (TMJ) , Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai pemain. Oleh kerana itu, tular rangkuman aksi TMJ bermain bola sepak dengan 'skil' dan gol jaringannya di muat naik di laman sosial. KiniTV menyiarkan aksi Tunku Ismail bermain bola bersama para pemain JDT yang mendapat respon positif para peminat bola sepak tanah air. Menerusi satu kenyataan di akaun rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan JDT itu bakal didaftarkan sebagai pemain Harimau Selatan itu selepas jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan Mei ini. Tindakan ini nyata mampu menyuntik semangat pasukan itu dalam usaha mempertahankan dua lagi kejuaraan yang sudah dimenangi musim lalu iaitu Piala FA dan Liga Super selepas terpaksa merelakan Piala Sumbangsih terlepas ke tangan Kedah, awal Februari lalu. "JDT akan melaksanakan ti

Kena Saman Sebab Pakai Tali Pinggang keledar Bawah Tudung.

Imej
Assalamualaikum. Pagi tadi saya telah disaman sebab memakai tali pinggang di bawah tudung yang saya pakai.  Pegawai yang mengeluarkan saman ini telah menahan saya dengan alasan pegawai lain yang di hujung jalan sebelum saya sampai di sana nampak saya  tidak memakai tali pinggang.  Padahal masa dia tahan itu, dia sendiri nampak saya masih lagi pakai tali pinggang di bawah tudung saya.  Tapi dia tetap minta lesen & keluarkan saman. Kedengaran lagi suara di walkie talkie dia itu suara pegawai yang di corner tadi.  “Yaaaa yang pakai tudung itu. Dia tak pakai itu tadi. Saman saja, kalau tak, aku yang datang pergi situ saman dia.” Pastu pegawai yang mengeluarkan saman itu cakaplah mungkin saya baru saja tarik itu tali pinggang. Jadi saya turun dari kereta & cari pegawai atasan yang ada di sana. Saya explain la apa yang terjadi. Lepas itu dia senyum-senyum dia ckp “kenapa pakai bawah tudung? Manalah kami nampak?” Sy cakaplah “Sebab taknak nampak bentuk badan i

Isteri Naik Hantu Belasah Suami Pengangguran

Imej
Seorang suami Fazri 24 terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan teruk dikepala dipercayai di belasah isterinya menggunakan Helmet. Kejadian yang berlaku  kelmarin, Fazri yang merupakan penganguran terbaring di hospital menceritakan kejadian yang menimpa dirinya, isteri memukul kepalanya menggunakan helmet dari belakang, tidak cukup dengan itu badan mangsa juga didapati kesan cakar dan gigitan. Kes berkanan akhirnya menjadi tanggung jawab polis selepas Fazri melaporkan kejadian kerana tidak berpuas hati dengan isterinya. Isteri Fazri yang berusia 22 tahun terpaksa ditahan dan mengaku atas perbuatannya. Bagaimanapun beliau berkata, punca dia memukul suaminya akibat terlalu geram dengan sikap suami yang malas bekerja dan tahu hanya duduk dirumah sambil menonton TV sahaja. Ketika kejadian, beliau yang balik daripada pasar kira-kira jam 12 tengah hari mendapati suaminya menonton TV sambil makan. Saya sempat membebel mengingatkan agar dia pergi m

Video Remaja Terjun Tingkat 4 Pusat Beli-Belah Tersebar

Imej
Singapura – Sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah bocor dan tersebar di internet, menunjukkan detik-detik sebelum seorang remaja berusia 17 tahun mati akibat terjun tingkat 4 pusat beli-belah Orchard Road, Jumaat. Dalam video 15 saat itu, remaja itu dilihat melompat penghadang kaca setinggi 1.2 meter dalam pusat beli-belah Orchard Central dan kemudian seorang gadis yang bersamanya kelihatan terkejut apabila dia memandang ke bawah. Masa dan tarikh dalam video rakaman itu sepadan dengan hari kejadian, manakala tulisan ‘Orchard Central’ dapat dilihat dalam rakaman tersebut.  Ia adalah rakaman dari sebelah jambatan Orchard Gateway yang menghubungkan dua pusat beli-belah tersebut. Orchard Gateway telah mengesahkan kesahihan video itu. Remaja tersebut dipercayai bernama Jonathan Chow Hua Guang. Seorang saksi sebelum itu menggambarkan bahawa Jonathan terus melonjakkan badannya untuk melompat melepasi pagar jambatan di tingkat empat pusat beli-belah itu

"Saya Tak Tahu Dia Nak Ajak Tidur" Alasan Pelajar Perempuan Tingkatan 3 Selepas Ditangkap Khalwat

Imej
KUALA TERENGGANU - “Saya tidak tahu dia nak ajak tidur sini, sebab dia janji nak hantar balik rumah,” demikian alasan diberikan seorang pelajar tingkatan tiga selepas ditangkap berkhalwat bersama teman lelakinya yang berusia 17 tahun di sebuah bilik hotel murah, di bandar Besut, Khamis lalu. Calon ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) itu ditahan selepas bilik hotel yang disewa bersama teman lelakinya yang juga merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kira-kira jam 11.30 malam. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam memberitahu menjadi satu kelaziman pasangan remaja menyewa bilik-bilik hotel murah di sekitar bandar Besut terutama pada malam minggu. Katanya, siasatan mendapati pelajar perempuan itu sebelum ini dijemput oleh teman lelakinya dari asrama sebelum sama-sama merancang untuk menyewa bilik di hotel terbabi

Facebook Ibunya Dikecam Hebat, Hasil Keputusan Exam Anak Pula Jadi Tular

Imej
Sudah menjadi tabiat natizen umumnya pengguna media sosial facebook mancari pekara-pekara penting apabila seseorang individu menjadi viral di laman media sosial. Begitulah yang menimpa Myraa suspek buli di sekolah menengah SMK Bandar Sri Damansara 2. Tidah hanya Myraa, ibunya Eiyra Munirah yang turut mempertahankan anaknya itu turut dikecam ramai, sebelumnya beliau mengeluarkan kenyataan bahawa anaknya itu hanya menarik tudung mangsa sahaja bukan seperti yang di viralkan oleh media tempatan. Terkini hasil ujian Exam tahun 2016 Myraa pula tular dilaman media sosial. Hasil ujian Exam berkenaan juga menjadi perhatian natizen apabila mata pelajaran agama dan bahasa melayu terutamanya mendapat nilai yang teruk.

7 Gambar Ngeri Tiga Beranak Maut Dibunuh Dengan Kejam, Termasuk Budak 5 Tahun.

Imej
Kalimantan: ”Jika aku meninggal, tolong tanam jasad aku di kampung” itulah pesan terakhir pemilik bas mini seminggu sebelum ditemui mati dibunuh bersama anak lelakinya yang masih berusia 5 tahun. Mayat Mulyadi berusia 55 tahun ditemuai dengan kesan kecederan teruk dan kesan kelar dan tikam sebanyak 15 kali, manakala anaknya ditemui dalam almari dengan tangan diikat dawai serta luka kelar di nadi tangan, manakala leher hingga kepala dililit kain pelikat, wajahnya berubah menjadi biru matanya hampir keluar di rumah mereka di Kampung Merpati Balik Papan kelmarin. Menurut saksi kejadian yang merupan perkerja di syarikat mangsa  Asy’ari yang ingin bertemu majikannya itu kerana sudah dua hari tidak bertemu kira-kira jam 8:30 pagi. Kata Asy’ari, dia datang kerumah mangsa ingin menyerahkan sejumlah wang dan ingin bertemu kerana sudah dua hari tidak bersembang tetapi ketika pintu rumah mangsa diketuk, tiada sembarang respon dari dalam. Kebetulan rumah mangsa tidak berkunci,

Pak Pong Berunsur Dua Jin Hitam, Jin Putih Dan Perjalanan Lelaki Ke Alam Ghaib

Imej
Filem pertama arahan Fauzi Nawawi ini mempunyai keunikan tersendiri. Pertama, ia mempunyai elemen fantasi, pertarungan, legenda, drama dan komedi yang diselang-seli secara sistematik. Kedua, kameo 24 artis popular tanah air yang mengisi setiap babak penceritaan dengan cara tersendiri tanpa mencacatkan jalan cerita. Ketiga, elemen kesan khas imej janaan komputer (CGI) boleh dianggap terbaik setakat ini. Walaupun akan ada penonton mempertikaikan gaya filem Pak Pong persis filem Magika kerana gabungan semua elemen termasuk penampilan istimewa barisan pelakon tempatan, ia masih mempunyai sifat tersendiri. Di segi lakonan, ia filem pertama Hairul Azreen memegang watak utama sebagai Muda dan ternyata pilihan pengarah tidak mengecewakan. Hairul berjaya menampilkan sisi berbeza dalam lakonannya termasuklah berkomedi dengan Badrul yang membawa watak Kadek, abang Muda. Paling menarik pastinya pada babak komedi yang diselit secara bersahaja dalam drama Muda dan Kadek

Tular Video Siti Aisyah Sambut Hari Lahir Sebelum Jong-nam Dibunuh

Imej
Petaling Jaya – Suspek wanita yang ditahan reman berkaitan kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah dilaporkan telah menyambut hari jadinya sebelum berlakunya kejadian di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) itu. Melalui satu video yang dimuatnaik oleh China Press Daily di Youtube pada Sabtu, seorang wanita, dipercayai Siti Aisyah dilihat telah bercakap tentang seorang rakan lama bernama ‘Kak Lin’ yang sedang duduk di sebelahnya, ketika majlis sambutan hari jadinya, dipercayai sehari sebelum Jong-nam dibunuh. Bagaimanapun, wajah Kak Lin dalam video tersebut telah dikaburkan. Siti Aisyah, yang memakai blaus warna merah memulakan percakapan dalam rakaman video dengan memberitahu bahawa dia sudah lima bulan tidak bertemu Kak Lin yang dikenalinya enam tahun lalu. “Dari Kak Lin tak kahwin lagi, sampai sekarang Kak Lin dah mengandung,” katanya. Dalam video selama satu minit empat saat itu, kedua-dua mereka kelihatan gembira, mesra dan saling bergelak ketawa. Seb

Anak Kami Tarik Tudung Mangsa Saja

Imej
Anak kami tarik tudung mangsa sahaja,bukan seperti yang diviralkan kata Munirah dalam satu kenyataan hari ini mempertahankan anaknya Myraa yang didakwa sebelumnya adalah salah satu suspek utama kes buli di sekolah di Bandar Sri Damansara 2. Sejurus itu Munirah juga tidak berpuas hati kenapa hanya anak perempuannya sahaja yang kena kecam dilaman media sosial, padahal pelaku pembuli berjumlah 5 orang seperti mana yang diberitakan sebelumnya Sebelumnya gambar Myraa dan ibunya tular dilaman media sosial dan menjadi bahan kecaman natizen, selain mendapat beberapa ugutan. Akibat daripada perkara tersebut Myra telah membuat satu report polis kerana tidak berpuas hati dengan segelintir natizen yang mengecam dia dan ibunya Munirah “Saya dapati gambar saya dan ibu saya telah diviralkan dilaman media sosial facebook berkenaan dengan kes pukul pelajar di Sekolah Menengah Bandar Sri Damansara 2 oleh itu saya membuat aduan kepada pihak polis .katanya Sejurus itu Myraa juga mena

Video Gajah Selamatkan Pelatihnya Yang Diserang

Imej
Peribahasa “adat pulau limburan pasang” mengetengahkan adat hidup masyarakat yang saling bantu membantu: yang kaya membantu yang miskin, dan yang kuat membantu yang lemah. Video yang kami paparkan ini membuktikan bahawa haiwan juga boleh memahami konsep ini. Pada video yang kelihatan dirakamkan di sebuah pusat perlindungan gajah di Thailand, tiga orang lelaki melakonkan sebuah usikan untuk melihat reaksi seekor gajah. Apabila gajah tersebut melihat pelatihnya dicederakan, ia bergegas berlari untuk melindungi tuannya yang dijatuhkan ke tanah. Kami tidak dapat pastikan bila sebenarnya klip ini dirakamkan, tetapi ianya sentiasa menyentuh hati apabila melihat sifat murni yang dizahirkan sama ada oleh manusia ataupun haiwan. Lelaki berkaca mata hitam ini dilihat memberikan arahan kepada rakannya untuk ‘menyerang’ seorang pelatih gajah yang sedang berjalan berhampiran mereka Pelatih gajah ‘diserang’ dan dia terbaring di atas lantai, Melihatkan insiden tersebut, gaj