Video Lelaki Bakar Bank Selepas Permohonan Insurans Ditolak.

Batu Pahat : Seorang lelaki telah bertindak membakar sebuah bank gara-gara marah apabila permohonan insurannya yang bernilai RM100 juta telah di tolak oleh pihak bank terbabit.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah bank Alliance yang terletak di Jalan Kundang, Bukit Pasir pada malam tadi.

Melalui rakaman CCTV, kejadian terbabit dikatakan berlaku sekitar pukul 8.45 malam serta melalui rakaman terbabit kelihatan seorang lelaki berusia 29 tahun telah menuang cecair yang dipercayai petrol pada pintu bank berkenaan sebelum melemparkan kertas yang dibakar.

Selepas melakukan perbuatan terbabit, kelihatan lelaki tersebut terus berlalu pergi melarikan diri daripada kawasan bank berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, mengesahkan kejadian terbabit serta memberitahu bahawa kejadian tersebut telah disedari oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

Menyedari perkara terbabit mereka telah melaporkan kejadian tersebut terus kepada pihak polis, manakala kebakaran di pintu terbabit telah berjaya di padamkan oleh pihak bomba dan setakat ini tiada kerosakkan yang serius dilaporkan.

Walau bagaimanapun pihak polis telah berjaya mengesan suspek serta telah menahan suspek terbabit di rumahnya malam tadi.

Hasil siasatan daripada pihak polis mendapati bahawa suspek melakukan perbuatan khianat terbabit selepas tidak berpuas hati apabila bank berkenaan telah menolak permohonannya yang mahukan perlindungan insurans bernilai RM100 juta.

"Hasil pemeriksaan rekod kesihatan suspek mendapati bahawa dia pernah menerima rawatan pesakit mental di Hospital Sultanah Nora Ismail, (HSNI), di sini".

"Walaupun begitu, susupek terpaksa di tahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat yang membabitkan api," kata Abdul Wahib. - Berita Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.