SekiranyaTerdesak Tun Mahathir Akan Bertanding PRU-14 Ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Menurut laporan Bernama, Tun Mahathir akan bertanding di mana-mana kawasan sekiranya keadaan terdesak apabila tiada calon pilihan yang bersesuaian untuk Pakatan Harapan.

Ketika ditemui di majlis Jamuan Hari Raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah, beliau berkata, sehingga kini keadaan itu tidak timbul kerana parti itu masih mempunyai ramai calon yang layak.

“Saya tak tentukan lagi, saya akan bertanding ataupun tidak, cuma dalam keadaan terdesak sahaja barulah saya akan bertanding tapi di waktu ini tak nampak terdesak,” katanya.

Sebelum ini kecoh di media sosial menggatakan bahawa Pengerusi PPBM itu akan bertanding pada PRU-14.

Hasrat PAS untuk bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 kerusi Parlimen di Kedah hanya untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN). kata Dr Mahathir

Beliau berkata, kemasukan PAS dalam sesebuah kawasan akan mendorong pertandingan tiga penjuru dan ini akan memberi kelebihan kepada BN.

Dr Mahathir yakin parti itu mendapat sokongan anggota PAS disebabkan berlaku perpecahan di kalangan mereka selain hilang keyakinan kepada kepemimpinan tertinggi PAS.

Kebanyakan ahli PAS hilang keyakinan terhadap Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang setelah beliau dilihat menyokong musuh tradisi PAS iaitu UMNO.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.