Saya Bukan Pembuli Jalanan, Tapi Saya Yang Di Buli' - Pemandu BMS 7

KUALA LUMPUR: Lelaki yang didakwa terlibat dalam dua kejadian membuli pemandu warga emas di Lembah Klang baru-baru ini, telah tampil memberi penjelasan.

Menurut laporan The Sun Daily, Simren Singh, 27 tahun, seorang ahli perniagaan berkata adalah tidak adil baginya apabila netizan mengecam beliau berdasarkan apa yang mereka lihat di media sosial melalui video yang tersebar.

"Pengguna media sosial melemparkan kata-kata kesat dan mengugut saya tetapi mereka seharusnya menyelidik terlebih dahulu serta perlu tahu cerita sebenar punca kejadian sebelum melemparkan kata-kata kesat terhadap saya".

"Dalam kejadian yang berlaku pada 13 Julai kira-kira 1.30 petang, saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Saya sedang memandu di sepanjang Jalan Genting Klang, Setapak, saya telah cuba untuk memasuki lorong kanan, apabila sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas terlanggar kereta yang dipandu oleh saya".

"Selepas berlaku kemalangan kami meletakkan kenderaan kami di tepi jalan untuk berbincang tetapi lelaki itu kelihatan marah dan memaki saya dengan perkataan perkauman," Simren memberitahu The Sun ketika ditemui mengenai video yang menunjukkan dia bergaduh dengan warga emas itu.

Simren kata orang ramai cuba menenangkan keadaan dan menasihati beliau untuk masuk ke dalam kereta dan mengatakan bahawa ia tidak selamat kerana sekumpulan pemuda memakai topi keledar telah mengelilingi mereka.

"Ketika sedang berbincang saya menyedari bahawa cukai jalan kenderaan lelaki itu telah tamat tempuh manakala orang ramai pula sudah mula campur tangan dan saya mengambil keputusan untuk beredar dari tempat kejadian.

"Lelaki itu mengambil gambar kereta saya dan dia mula menumbuk dan menendang kenderaan saya, "katanya.

Katanya, dia merasakan keadaan semakin tegang menyebabkan dia mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat kejadian tetapi dengan tidak sengaja dia telah terlanggar kereta lelaki tua itu.

Simren membuat laporan polis trafik tepat selepas 24 jam.

"Saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa lelaki itu masih belum membuat laporan polis mengenai kejadian itu," katanya.

Dalam insiden lain yang berlaku pada awal tahun ini di Jalan Ampang di sini, Simren berkata orang yang memuat naik kejadian pada video telah disunting dan gagal menunjukkan video penuh kejadian itu.

"Dia melanggar saya dari belakang. Saya tunggu dia berhenti tetapi dia cuba untuk melarikan diri, itu membuatkan saya mengejar beliau dan menghalang beliau dari melarikan diri. Akhirnya, dia berhenti dan saya keluar dari kereta saya untuk mengambil gambar keretanya, saya melihat seorang penumpang yang juga merupakan warga asing, sedang merakamkan sekitar kejadian itu.

"Jika saya seorang pembuli jalan raya, saya boleh menggunakan senjata atau apa-apa untuk mengugut beliau tetapi saya tidak melakukannya," katanya.- The Sun Daily





Simren Singh ketika ditemui The Sun Daily

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.