Rumah Dirompak: Gadis 14 Tahun Dipukul Hinga Pecah Tengkorak Kepala

Kuala Lumpur – Malang menimpa seorang remaja perempuan yang dipercayai dipukul hinga pecah bahagian tengkorak apabila rumahnya di rompak di Kampung Masjid, Kajang dekat sini, semalam.

Menurut laporan Bernama, Syazana Amirah Asshaari berusia 14 tahun ditemui oleh ibunya Siti Rafiah Mansor, 48, dalam keadaan terbaring di atas katil dengan keadaan berlumuran darah serta kecederaan di kepala, dagu dan mulut, kira-kira 11.15 pagi.

Siti Rafiah berkata, beliau keluar bekerja awal pagi dengan mengambil upah mengemas rumah dan pulang ke rumah pada 11 pagi sebelum melihat keadaan anak bongsunya yang tidak sedarkan diri di dalam bilik.

“Saya terus minta tolong jiran untuk menghubungi ambulans untuk menghantar anak ke hospital, ” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, ketika kejadian anak bongsu daripada lima beradik itu tinggal seorang diri di rumah memandangkan yang lain keluar bekerja.

Siti Rafiah berkata, anaknya kini sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi HKL dan berada dalam keadaan kritikal.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan dalam satu kenyataan berkata pemeriksaan mendapati tengkorak kepala mangsa di sebelah kiri dan kanan pecah dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan tajam.

“Selain itu, ibu mangsa mendapati dua buah telefon bimbit serta dompet milik mangsa telah hilang,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta memaklumkan kepada polis atau boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Zazali Kenek di talian telefon 019-7100662. – Bernama

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.