Pelajar Samseng Sertai Kongsi Gelap Buli Guru Sekolah.

Alor Setar – Tidak cukup dengan kejadian buli rakan-rakan sekolah, kini guru pun turut menjadi mangsa buli pelajar.

Menurut laporan Berita Harian, terdapat segelintir guru yang menjadi mangsa buli pelajarnya sendiri namun tidak sanggup membuat laporan polis disebabkan masih memikirkan masa depan pelajarnya.

Namun begitu pemikiran sebegitu tidak dapat membantu merubah para pelajar berkenaan malah akan membuatkan mereka bertindak lebih berani lagi melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Guru yang menjadi mangsa buli perlu membuat laporan segera bagi memastikan keselamatan mereka dan keluarga terjamin.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihaknya mengakui wujudnya kejadian guru dibuli terutama apabila membabitkan pelajar yang terbabit dengan kongsi gelap.

Katanya, tindakan tegas perlu diambil dengan melaporkan kejadian buli terhadap guru kepada polis terutama apabila ia membabitkan kegiatan kongsi gelap.

“Guru yang menjadi mangsa perlulah tampil serta lapor pada sekolah dan polis supaya pelajar yang melangkaui batas diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

“Masalahnya sekarang, ada guru malas nak panjangkan cerita kerana takut keselamatan diri terutama di luar sekolah mereka risau kenderaan dirosakkan sedangkan tindakan terbabit akan lebih menyusahkan kemudian hari.

“Saya harap guru terbabit fikir keselamatan dengan membuat laporan kepada polis. Jangan hanya fikir nak jaga nama sekolah atau pelajar kerana ia perkara serius dan polis mampu menanganinya, ” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Kolej Vokasional Alor Setar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S M Mohamad Idris mendedahkan ada guru yang menjadi mangsa buli sekali gus menyumbang peningkatan kes kongsi gelap.

Kejadian buli ke atas guru dalam pelbagai bentuk termasuk diperas ugut dan kenderaan dirosakkan selepas pelajar terbabit ditegur kerana melakukan kesalahan. – BH Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.