Isteri Dah Sekat Akaun Saya Sebab Itu Saya Tidak Boleh Lihat Gambar. - Hafiz Hamidun

Gambar Isteri Hafiz Hamidun yang di muat naik di Instagram dengan berpakaian seksi dan bertudung dikecam teruk oleh netizen!

Hafiz Hamidun merupakan seorang penyanyi nasyid yang berkhawin dengan Joyrevfa atau Joy merupakan seorang janda anak satu teruk dikecam kerana Foto yang dimuat naik Joy pada Ahad lalu itu merupakan salah satu foto untuk promosi produknya, Merve.

Menurut laporan mStar Online, rata-rata netizen berpendapat pakaian itu seksi kerana ia seolah-olah menampakkan bahagian dada walaupun dia memakai anak baju dengan kain warna kulit.

Sebagai suami, Hafiz Hamidun, 33, turut dikaitkan sama kerana imej isterinya itu.

Namun mengejutkan apabila Hafiz sendiri tidak mengetahui hal itu kerana dia turut disekat untuk menjadi pengikut di Instagram milik isterinya sendiri.

Justeru, mana mungkin Hafiz boleh melihat foto-foto dikongsi Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, di Instagram.

"Saya tak mengikuti Joy di Instagram, jadi saya tak tahu tentang foto tersebut.

"Malah, rasanya isteri dah sekat akaun saya di Instagram dan sebab itu saya tidak boleh lihat foto-foto yang dikongsinya.

"Jadi, buat masa sekarang ini tak ada apa yang boleh saya komen," kata Hafiz ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Hafiz dan Joyrevfa berkahwin pada 1 Mei lalu di Shah Alam. Perkahwinan mereka antara yang mendapat perhatian netizen kerana rata-rata memuji Hafiz memilih seorang janda anak satu. Sumber:  mStar Online
Joy dikatakan tidak sesuai dengan imej wanita bertudung dan status sebagai isteri kepada penyanyi nasyid. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.