Ambillah Kami Sebagai Anak Angkat, Tapi Tolong Jangan Pisahkan Kami

Kisah sedih nasib lima beradik yang tular di media sosial kerana kehilangan ibu menjelang Syawal lalu bersedia menjadi anak angkat kepada mana-mana keluarga asalkan mereka tidak dipisahkan.

Menurut laporan Astro AWANI, ketika ditemui, dia menceritakan, adik-adiknya mula terasa sunyi malam tadi, selepas arwah ibu mereka, Akma Ismail, 41, dikebumikan pada tengahari Sabtu.

Abang sulung, Mohd Azri Irfan Zahari, 14, beliau dan adik-adiknya, Mohd Azri Imran, 13, Azrin Elia Balkis, 11, Mohd Aziq Israf, 6, dan Azlini Elisya Qistina, 3, bersedia untuk menumpang kasih pada sesiapa yang sudi kerana kami merasa sunyi dan tak meriah macam sebelum ini," kata Mohd Azri.

“Buat masa ini belum ada lagi (yang mahu ambil jadi anak angkat). Saya tak kisah tapi jangan pisahkan kami adik-beradik,” tambahnya.

Semalam dan hari ini, orang ramai tidak putus-putus mengunjungi keluarganya serta bertanya khabar, bahkan ramai yang menawarkan diri untuk mengambil mereka sebagai anak angkat.

Namun, Mohd Azri belum membuat keputusan dan masih terasa ingin tinggal di rumah ibunya buat waktu ini.

Katanya, malam tadi dia dan adik-adiknya terasa suasana yang amat berlainan sekali selepas pemergian ibunya yang disahkan mengidap kanser tahap empat seminggu sebelum Aidilfitri.

Ibu mereka menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat jam 7.15 malam.

Kisah mereka berlima yang disiarkan Astro AWANI sebelum ini mendapat perhatian ramai. Bahkan, rentetan kisah hidup mereka sehingga ibunya pergi buat selama-lamanya menerima simpati banyak pihak.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Kelantan, Ir Meor Shamshir Meor Zulkefli Auni berkata pihaknya bersedia mengambil mereka berlima sebagai anak angkat.

Kebajikan lima beradik ini akan dijaga termasuk soal persekolahan mereka, katanya.

“Kami sudah bawa hal ini ke peringkat kebangsaan. Semua exco bersetuju untuk jadikan mereka sebagai anak angkat.

“Fokus kami adalah pendidikan kerana kami percaya ia dapat mengubah nasib mereka. Dan kami akan sentiasa bertanyakan khabar mereka,” katanya.

Menurutnya lagi, sebagai permulaan, beliau melalui Pertubuhan Asnaf Kelantan akan mendaftarkan anak-anak itu di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan mewujudkan tabung sumbangan bagi menyalurkan bantuan yang diperlukan. - Astro AWANI



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.