Akhirnya Terbongkar Punca Datuk Z Mahu Beli Baju Raya Hello Kitty.

Akhirnya lelaki bergelar Datuk Z tampil memperjelaskan isu yang tular yang beliau mahu membeli baju kurung Hello Kitty pada harga beribu ringgit.

Menurut laporan mStar Online Kesanggupan Datuk Z membeli baju raya Hello Kitty pada harga beribu ringgit sebenarnya demi memenuhi permintaan cucu kesayangannya yang disahkan menghidap kanser.

Menerusi kenyataan di Facebook pada lewat petang Isnin, Yus Amina Mohd Zawizah, 27, memaklumkan dia pada mulanya menyangka hasrat Datuk Z sekadar gurauan kerana sanggup menawarkan harga yang tidak masuk akal sehingga RM10,000.

Tambah usahawan kosmetik ini, sangkaan tersebut meleset selepas dia mendapat panggilan telefon daripada anak perempuan Datuk Z bagi menceritakan hal sebenar.

“Anak perempuannya menjelaskan tujuan sebenar ayahnya iaitu Datuk Z ingin membeli baju raya saya itu dengan harga RM10,000 itu untuk memenuhi permintaan cucu kesayangannya iaitu anak kepada wanita tersebut yang amat meminati watak kartun Hello Kitty dan ingin memakai baju tersebut bersama emaknya.

“Tambahnya lagi, anaknya sekarang menghidapi penyakit kanser hati dan Datuk Z sanggup memenuhi segala permintaan cucu kesayangannya itu,” kata Yus Amina yang lebih dikenali sebagai Afina.

Seperti yang dilaporkan mStar Online pada Ahad, Afina memutuskan untuk tidak sesekali menjual baju raya Hello Kitty itu kerana ia adalah sesuatu yang istimewa buat anak perempuannya, Putri Jeliyta Ai Rich Mohd Afizi, dua tahun, dan suami.

Namun selepas beberapa kali berbincang dengan Datuk Z, dia akhirnya bersetuju membantu dengan mencadangkan untuk membuat satu lagi baju raya Hello Kitty yang 100 peratus sama seperti yang dipakai bersama anak perempuannya itu.

“Alhamdulillah mereka menerima cadangan saya,” kata Afina.

Selain itu, Afina menjelaskan bahawa semua baju raya Hello Kitty yang dimuat naik di Facebook sehingga menjadi tular bukan digunakan sebagai strategi pemasaran rangkaian produk keluaran syarikatnya.

“Baju raya Hello Kitty Putri Jeliyta adalah baju raya kami sekeluarga dan bukannya niat nak ‘viral’ untuk produk penjagaan kulit Putri Jeliyta,” katanya.

Menerusi laporan MStar Online pada Ahad, Afina menerima mesej daripada Datuk Z menerusi aplikasi WhatsApp, selepas dia memuat naik gambar bersama anaknya menyarungkan busana itu sempena hari raya baru-baru ini, di Facebook pada Selasa lalu sehingga tular.

Artikel berkaitan: “Maaflah Datuk Z, Bayar Beribu Pun Saya Tak Nak” - mStar Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.