Wanita Dakwa Dirompak Dan Dirogol Kantoi Menipu Suami Untuk Tutup Kecurangan.

Semalam kecoh di media sosial seorang isteri yang dirogol serta di rompak ketika suaminya itu sedang tidur, dalam laporan lain pula terdapat seorang suri rumah yang menggunakan alasan yang sama bagi mengaburi mata suaminya itu bagi menutupi kecurangannya terhadap suami.

Namun begitu wanita tersebut tidak mengetahui bahwa suaminya itu telah mula curiga dengan kelakuannya itu dan bertindak memasang CCTV tanpa pengetahuannya.

Wanita tersebut bagaimanapun telah kantoi berbohong kepada suaminya apabila suaminya itu melihat CCTV yang di pasangnya.

Padah kerana menipu suami dan polis, seorang wanita dipenjara selama 10 hari di atas kesalahan memalsukan keterangan di penjara shadong china, lapor China Press.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, 13 Mei lalu, polis menerima laporan dari seorang lelaki yang melaporkan rumahnya telah dipecah masuk perompak.

Dalam laporan yang dilbuat, lelaki itu mendakwa wang simpanannya sebanyak 90,000 yuan (RM56,510) telah hilang dan isterinya telah dirogol oleh suspek.

Bertindak di atas laporan itu, sepasukan besar polis dikerahkan ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan. Bagaimanapun, setelah disiasat, polis mula berasa pelik dan ada sesuatu yang tidak kena.

“Pertama, insiden dilaporkan berlaku sekitar jam 5 pagi di mana sudah ramai pejalan kaki di sekitar kawasan ini.

“Dan selepas kami memeriksa rakaman video kamera litar tertutup (CCTV), kami berjaya mengesan suspek. Namun suspek tidak memegang atau membawang sebarang bungkusan. 90,000 yuan itu adalah satu jumlah yang banyak dan tidak mungkin ia tidak dapat dibawa tanpa dikesan pada badan suspek,” kata jurucakap polis.

Pihak polis kemudian mengambil keputusan untuk menyoal siasat pasangan itu secara berasingan. Setelah disiasat, wanita berusia 27 tahun itu akhirnya mengaku bahawa suspek dalam kes itu sebenarnya kekasih gelapnya.

Difahamkan, kecurangan wanita itu terbongkar selepas suaminya memasang CCTV di rumah yang disambungkan ke telefon tanpa pengetahuan isteri.

Suami wanita itu keluar dari rumah sekitar jam 4.30 pagi dan bila memeriksa keadaan di rumah melalui telefonnya, alangkah terkejut dia mendapati kehadiran seorang lelaki di rumahnya menyebabkan dia segera berpatah balik dan perjalanan mengambil masa selama setengah jam.

Tiba di rumah, dia ternampak lelaki yang tidak dikenalinya itu dalam keadaan panik dan mula membaling barang kepadanya sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Bimbang rahsia terbongkar, si isteri mereka cerita kononnya dia tidak mengenali lelaki itu dan mendakwa telah dirompak dan dirogol. Namun dia tidak menyangka suaminya akan membuat laporan polis dan polis menyiasat kes itu serta-merta.

Oleh kerana tiada pilihan lain, akhirnya wanita itu terpaksa mengaku apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian.

Difahamkan, pasangan itu sudah lama berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata. Namun, wanita terbabit mengkhianati suaminya dan menjalinkan hubungan dengan lelaki yang dikenalinya dari aplikasi WeChat sejak setahun lalu.

Si isteri juga mendedahkan, itu bukan kali pertama kekasih gelapnya datang ke rumah ketika ketiadaan suaminya.

Polis kemudian mendakwa wanita itu membuat keterangan palsu dan menganggu ketenteraman awam yang menyebabkan dia dihukum selama 10 hari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.