Video Ular Tedung Memuntahkan Semula Botol Yang Ditelannya.

Jarang sekali kita lihat ular tedung memuntahkan kembali benda yang dia telan, tetapi netizen telah dikejutkan oleh satu video yang telah tular di media sosial.

Video tersebut telah mengejutkan ramai orang apabila memaparkan seekor ular tedung di India memuntahkan semula `makanan’ yang ditelannya.

Ular yang ditemui di Goa, India ini menelan satu botol plastik dan kemudiannya ia secara perlahan-lahan memuntahkan semula botol berkenaan.

Menurut seorang lelaki, Goutham Bhagat,  perut ular itu tertonjol dan agak besar berbanding dengan saiz badannya.

“Saya fikir ular itu pasti menelan sesuatu yang besar sehingga tidak bisa dicerna.

“Tapi saya tidak sangka ia akan mengeluarkan botol minuman ringan yang kosong,” katanya.

Namun belum ada seseorang pun yang dapat menjelaskan bagaimana ular tedung berkenaan boleh menelan botol plastik berkenaan.-Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.