Video Shah Rukh Khan Mengamuk Kena Prank Diserang Biawak Komodo Gergasi

Siapa tidak kenal dengan pelakon Bollywood ini yang membawa karekter seorang yang periang dan selalu bergurau senda ini.

Namun begitu bergurau pun perlu ada batasannya, jarang sekali kita lihat pelakon ini dalam keadaan marah tetapi itulah yang terjadi bila dirinya di prank dengan teruk sekali sehingga membuatkan dia marah.

Nak buat prank pun ada batasnya bukan sampai ke tahap ini. Mungkin itu yang difikirkan Badshah Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) selepas kecewa dengan kaki prank terkemuka dunia dari Mesir, Rames Galal.

Dalam 1 klip video, SRK kelihatan tenang tetapi resah apabila dia bersama seorang wanita dan seorang lelaki terperangkap di dalam pasir jerlus, kemudiannya dihampiri biawak komodo gergasi.

Namun selepas mendapat tahu ia hanya guraun semata-mata, hero Bollywood itu marah dan merajuk dengan krew terutamanya Galal yang juga seorang pelakon komedi dan pengacara rancangan Ramez Underground.

“Ini tak kelakar. Kamu ingat saya datang jauh dari India untuk *** ini?” tanya SRK yang ternyata berang dengan lawak tersebut.

SRK berada kawasan gurun di Dubai untuk 1 temuramah bersama pengacara televisyen Nishan yang turut berlakon dalam prank tersebut.

Pemandu yang membawa mereka berdua seolah-olah hilang imbangan dan terperangkap di dalam pasir jerlus. Kereta itu mula tenggelam bersama ketiga-tiga mereka dan si pemandu dalam keadaan memerlukan pertolongan.

SRK kekal tenang mengendalikan situasi itu di sebalik tindakan pengacara wanita yang menjerit kuat selepas bersemuka dengan seekor biawak komodo gergasi.

Rupa-rupanya Galal yang memakai kostum biawak itu untuk menambahkan elemen “thrill” dalam percubaan prank tersebut. -  Free Malaysia Today

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.