Video : Selepas Dilanggar Bas Apa Yang Terjadi Kepada Lelaki Ini.

England -   Sebuah bas dikatakan telah hilang kawalan di satu selekoh sehingga menyebabkan dia melanggar seorang lelaki yang ketika itu sedang melintas jalan di laluan berkenaan.

Detik-detik cemas lelaki berkenaan dilanggar telah sempat dirakamkan oleh salah satu CCTV yang berada di sana.

Walau bagaimanapun mangsa yang dilanggar oleh bas terbabit mampu bangun semula dan berjalan seperti biasa sebelum memasuki sebuah pub selepas dia dilanggar oleh bas terbabit.

Menurut laporan yang dipetik dari Mail Online, ketika kejadian tersebut mangsa Simon Smith, 53 tahun dikatakan sedang melintas jalan di Reading, selatan England sebelum sebuah bas hilang kawalan lalu melanggarnya dari arah belakang.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah bas bernombor 17 telah merempuh sebahagian hadapan sebuah kedai sehingga mengakibatkan serpihan berterbangan di Gun Street di bandar Berkshire, Sabtu lalu.

Rempuhan itu turut mengenai Smith yang berada di hadapan kedai, namun dia kemudiannya dilihat telah bangun semula seperti biasa.

Smith yang mengalami cedera ringan memberitahu BBC South Today bahawa dia bertuah kerana masih hidup. - Mail Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.