Video Pengantin Perempuan Dicabul Rakan Sendiri.

China - Dua lelaki telah di tahan kerana mencabul seorang gadis secara seksual selepas video mereka yang mencabul wanita itu tersebar.

Acara"prank perkahwinan" itu viral di media sosial dan paling banyak dikongsi di Weibo, menunjukkan dua lelaki sambil ketawa dan meraba-raba buah dada seorang wanita, kemudian menanggalkan seluar dalamnya.

Wanita itu dilihat cuba melawan dan keluar dari kereta itu namun tidak berjaya, video ini mendedahkan tradisi kacau lucah "pranks perkahwinan" terhadap pengantin wanita di China.

Netizens di China terkejut dan mendesak pihak polis menjalakan siasatan  terhadap video itu, dan menahan kedua-dua lelaki berkenaan.

Polis di Xi'an telah mengesan dan berjaya menahan kedua-dua lelaki berkenaan.

Polis berkata video yang dirakam dalam sebuah kenderaan yang merupakan sebahagian daripada acara perkahwinan, kenderan itu menuju ke majlis perkahwinan wanita itu pada 3 Jun lalu.

Seorang lelaki telah dikenal pasti sebagai Hu berusia 21 tahun, manakala yang seorang lagi sebagai Chen berusia 19 tahun.

China Business News melaporkan bahawa wanita itu mengenali kedua-dua lelaki ini dan  tidak mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang  mahkamah.

"Hanya kerana mereka mengenali antara satu sama lain mereka dibenarkan untuk berbuat demikian" tulis seorang pengguna Weibo.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat perkara itu, dan peguam memberitahu China Business News bahawa pasangan itu boleh  penjarakan dua lelaki ini selama lima tahun bagi apa yang mereka lakukan dalam video itu. Wartawan Jalanan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.