Video Pelanggan Berang Tunggu Depan Kedai, Baju Raya Tak Siap Jahit

Tiap-tiap tahun ada saja kes baju raya tak siap di jahit oleh tukang jahit. tapi kali ini lain pulak kes dia, bukan saja tak tiap, malah di tipu oleh tukang jahit tersebut.

Tiap-tiap tahun ada saja kes baju raya tak siap di jahit oleh tukang jahit. tapi kali ini lain pulak kes dia, bukan saja tak siap, malah di tipu oleh tukang jahit tersebut.

Meurut laporan mStar Online, kejadian baju tempahan tidak siap dijahit menjelang lebaran menjadi 'mimpi ngeri' yang ingin dielakkan oleh para pelanggan, lebih-lebih lagi apabila tiada bajet lain untuk membeli baju raya sampingan.

Insiden yang berlaku sehari sebelum Syawal itu membuatkan beberapa warga Singapura berang kerana tempahan baju raya yang dijanjikan oleh pemilik premis jahitan di Larkin, Johor Bahru gagal disiapkan.

Lebih buruk lagi, pemilik kedai berkenaan dipercayai sengaja menutup premisnya untuk mengelak daripada diserbu oleh para pelanggan.

Video yang berdurasi 7 minit 18 saat itu tular setelah dikongsikan oleh beberapa laman Facebook.

Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki yang belum diketahui identitinya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan jahitan di premis terbabit.

"Ceritanya begini, sebelum puasa saya datang sini tempah baju 10 pasang menggunakan kain sendiri yang dibeli di Jalan Sultan dengan nilai 800 dollar Singapura (RM2,472).

"Dia dengan yakinnya berjanji dua minggu sebelum raya dah boleh siap. Jadi, kita hantar," ujarnya menerusi video tersebut.

Bagaimanapun, menjelang 10 hari sebelum raya, peniaga tersebut menghubungi lelaki berkenaan dan memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat menunaikan janji dan hanya dapat menyiapkan semua tempahan dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Pun begitu, tempahan yang dibuat masih gagal disiapkan membuatkan pelanggan tersebut mengambil keputusan untuk mendapatkan penjelasan daripada pemilik premis berkenaan pada Sabtu iaitu sehari sebelum raya.

Namun, dia bertambah berang apabila penantiannya sejak pukul 1 petang hingga 5 petang hanya sia-sia kerana peniaga yang tidak bertanggungjawab itu menutup premisnya.

"Batang hidung pun tak ada, 'call' pun tak angkat. Itu takpe, 10 hari lepas dia cakap aku punya baju je yang tinggal (untuk disiapkan), lain semua dah siap.

"Sekarang, aku nak tunjuk siapa punya baju lagi yang belum siap," kata lelaki bertopi hitam itu sambil menunjukkan beberapa orang pelanggan dari Singapura yang tertipu dengan pemilik premis tersebut.

Tambahnya, semua pelanggan itu tidak pernah berurusan dengan peniaga terbabit dan baru mendapat tahu daripada peniaga premis berhampiran bahawa pelanggan lain turut mengalami nasib yang sama pada tahun lalu.

Video tersebut yang dimuat naik pada Ahad telah menerima tontonan sebanyak 40,449 kali dan 193 perkongsian. - mStar Online
loading...

COMMENTS

Nama

Artis,165,Artis Dalam Negara,78,Artis Luar Negara,49,Berita Menarik,907,Berita Semasa,762,Binatang,17,Cabul,16,Curang,18,Curi,2,Dera,20,Gaduh,24,Gambar,39,Islam,106,Kantoi Luar Negara,57,Kecuaian,8,Kejam,89,Kemalangan,26,Kes Bunuh,68,Kes Kantoi,326,Kes Rogol,224,Kesihatan,63,Kisah Nabi,1,Luar Negara,793,Makanan,9,Maksiat,27,Marah,14,Movie,2,Movie Trailer,4,Penipuan,11,Perang,7,Politik,84,Politik Dalam Negara,53,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,46,Rogol Dalam Negara,30,Rogol Luar Negara,32,Rompak,7,Rumah Tangga,265,Samseng,13,Samun,6,Sedih,27,Selebriti,13,Seram,8,Sesat,4,Sukan,53,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,13,Sumbang Mahram,6,Video,548,Video Dalam Negara,96,Video Kantoi,50,Video Luar Negara,123,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Video Pelanggan Berang Tunggu Depan Kedai, Baju Raya Tak Siap Jahit
Video Pelanggan Berang Tunggu Depan Kedai, Baju Raya Tak Siap Jahit
Tiap-tiap tahun ada saja kes baju raya tak siap di jahit oleh tukang jahit. tapi kali ini lain pulak kes dia, bukan saja tak tiap, malah di tipu oleh tukang jahit tersebut.
https://4.bp.blogspot.com/-B3TEs6lGskM/WVD_cGcSaOI/AAAAAAAAkh8/J4EqedGTjTUTAIuSY38qcNPEwyq8kMSYQCLcBGAs/s1600/WJ.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-B3TEs6lGskM/WVD_cGcSaOI/AAAAAAAAkh8/J4EqedGTjTUTAIuSY38qcNPEwyq8kMSYQCLcBGAs/s72-c/WJ.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/video-pelanggan-berang-tunggu-depan.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/video-pelanggan-berang-tunggu-depan.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy