Video Makcik Kantoi Curi Telefon Dan Beg Duit Ketika Mangsa Sedang Solat.

MELAKA – Surau telah dijadikan sasaran utama bagi pencuri untuk melakukan perbuatan mereka itu kerana lebih senang untuk mereka melakukannya sewaktu orang awam sedang menunaikan suruhan Allah mereka pula bertindak mencuri barangan berharga.

Baru-baru ini telah viral satu video yang menunjukkan seorang pencuri wanita yang telah ditangkap oleh orang awam kerana melakukan kecurian di sebuah surau berdekatan.

Mengikut keterangan mangsa yang juga seorang pelajar berkata, kejadian tersebut berlaku di surau Melaka Mall ketika dia mahu menunaikan solat Asar.

Ketika kejadian mangsa telah kehilangan telefon bimbit serta beg duitnya, kejadian hanya di sedari oleh mangsa ketika dia selesai menunaikan solat Asar dia telah menoleh ke belakang dan mendapati beg balik kampungnya telah hilang.

Menurut rakan mangsa yang turut berada di tempat kejadian, ketika kejadian mereka melihat wanita yang berusia lingkungan 40-an tersebut sedang duduk di bahagian belakang surau sambil memangdang mereka.

Namun ketika itu kami memang tidak mengesyaki apa-apa sebab situkan tempat ibadah, kami ingat makcik itu pun nak tunaikan solat jadi mangsa pun meletakkan beg balik kampung dia di belakang tempat makcik itu duduk.

Bila selesai solat Asar kami pusing saja belakang beg dah hilang, nasib baik rakan mangsa meletakkan handbag dia di hadapannya ketika solat.

Mangsa yang mengingati raut wajah makcik tersebut cuba mencari makcik tersebut bersama rakannya, akhirnya kami berjaya menemui makcik tersebut selepas dua jam kami mencari di sekitar kawasan Melaka Central.

"Makcik itu memang langsung taknak mengaku yang di curi barang mangsa, tapi bila kami cuba telefon nombor mangsa tiba-tiba dengar bunyi telefon mangsa dalam handbag dia," kata rakan mangsa.

Mangsa yang memang tak tahu nak cakap apa dah meminta wanita itu kembalikan beg dia semula tetapi dengan senang makcik itu cakap dia dah buang beg mangsa ke dalam tong sampah.

"Ketika itu juga kami suruh dia tunjukkan kami tempat dia buang beg mangsa, memang tak sangka jauh betul dia buang beg mangsa tetapi mangsa memang bernasib baik semua barangan dia di jumpai semula," katanya lagi.

Ketika kejadian dikatakan rakan mangsa juga turut kehilangan barangan serta laptop namun dipercayai telah diambil oleh individu yang lain ketika mereka berada di surau berkenaan.

Berikutan kejadian yang menimpa mangsa, mangsa turut menasihati orang ramai yang ingin menunaikan solat di surau-surau atau masjid agar lebih berhati-hati meletakkan barangan berharga masing-masing agar kejadian yang menimpanya tidak berlaku kepada orang lain.

Pencuri sekarang ini tak kira tempat nak mencuri asalkan boleh saja mendapat hasilnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.