Video Lelaki Jadi Santapan Sekumpulan Anjing Liar.

Moscow – Seorang lelaki telah di serang oleh sekumpulan anjing liar yang kemudiannya telah melapah lelaki berkenaan sehingga maut.

Lelaki tersebut yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dengan berjalan kaki telah di serang oleh sekumpulan anjing tersebut yang kemudiannya bertindak melapah lelaki terbabit.

Kejadian tersebut yang berlaku di Sovetsky, Russia telah berjaya dirakamkan oleh kamera keselamatan yang terdapat di kawasan terbabit, Seorang lelaki mabuk diserang dan dibunuh sekumpulan anjing ketika berjalan pulang ke rumahnya.

Lelaki tersebut yang tidak didedahkan nama serta umur beliau merupakan seorang pengawal keselamatan, mangsa dikatakan sering memberikan makanan kepada anjing liar di kawasan berkenaan sejak dua tahun yang lalu ketika melalui kawasan berkenaan untuk pulang ke rumah.

Bagaimanapun, pada hari kejadian tersebut mangsa dikatakan pulang ke rumah tanpa membawa sebarang makanan untuk anjing-anjing berkenaan menyebabkan kumpulan haiwan tersebut bertindak di luar kawalan di percayai marah kerana tiada makanan.

Merujuk kepada video rakaman tersebut, terdapat 12 ekor anjing kelihatan sedang mengelilingi mangsa yang sedang berjalan terhuyung-hayang sambil memegang sebotol arak sehingga menyebabkan dia tersandung seekor anjing dan jatuh.

Seekor anjing di lihat telah menerkam mangsa, namun selepas bergelut untuk seketika dia berjaya bangun semula, kemudian dia terjatuh sekali lagi sebelum bangun semula.

Malang bagi mengsa kerana dia telah tersandung untuk kali ketiga yang menyebabkan dia diterkam oleh kumpulan anjing berkenaan yang kemudiannya menyerang mangsa sehingga maut hanya dalam masa dua minit.

Pihak polis hanya menemui sisa mayatnya keesokkan hari dan mula menjalankan siasatan mengenai kejadian yang menimpa mangsa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.