Video Ahli Keluarga Berebut Jenazah Artis Yang Ibu Bapanya Berlainan Agama.

Seorang pelakon sinetron yang popular bernama Yana Zein telah meninggal dunia akibat daripada penyakit kanser yang di hidapinya sejak tahun 2015, ibu kepada dua orang anak tersebut telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Khamis yang lalu di hospital Mayapada pada pukul 1 tengah hari.

Apa yang lebih mengejutkan pihak media adalah kerana jenazah Yana yang berusia 44 tahun tersebut di letakkan di dalam keranda berwarna putih lengkap dengan kebaya brokat berwarna broken white serta Yana dipakaikan rambut palsu berwarna coklat.

Ini menimbulkan persoalan kepada pihak media kerana Yana Zein merupakan seorang beragama Islam tetapi kenapa dikebumikan mengikut cara Kristian? Sahabat Yana Zein sendiri yang sama-sama pernah berlakon sinetron bersamanya , Andi Soraya juga dikatakan pernah menghadiahkan Yana buku doa dan tasbih.

“Kali terakhir bersembang aku telah memberikan buku doa dan tasbih yang boleh menyembuhkan penyakit dia itu . Dia selalu mengatakan, ‘Aurel dan adiknya (anak-anak Yana Zein) itu anak saya juga’. Aku juga selalu cakap kepada dia bahawa dia harus kuat serta perlu sembuh demi anak-anaknya itu,” katanya kepada pihak media.

Semasa sakit Yana pernah menyuarakan tentang dirinya yang masih belum bersedia untuk berhijab. “Tapi kalau berhijab saya belum bersedia tetapi saya akan berusaha jadi manusia yang sebaik-baiknya, kerana ramai orang yang sudah menolong saya. Saya juga ingin sekali menolong orang-orang yang sangat memerlukan pertolongan, itu saja,” katanya seperti dipetik dari Tempo.

Mengikut daripada laporan yang di petik dari OkeTekno, sejak setahun kebelakangan ini Yana memang dikatakan telah pun menganut ajaran Kristian dan tengah fokus mempelajari ajaran tersebut cuma tidak terlalu dihebohkan oleh pihak media.

Sewaktu meninggal dunia Yana telah dikebumikan dengan cara Kristian. kawan-kawan Yana yang juga para artis, Firda Rozak juga turut cuba menghalang upacara pengembumian Yana.

Firda mengatakan jika semua itu sudah difikirkan sejak Yana masih hidup lagi. Para sahabatnya juga keliru sebab Yana dan kedua buah hatinya baru saja menukar agama mereka. Malah ketika ditanya cara berdoa, kedua-dua anak Yana itu mengatakan jika mereka tidak kisah berdoa dengan cara apa sekalipun.

Nurzaman Zein yang merupakan ayah kepada arwah sempat memandikan jenazah Yana sebelum dikebumikan pada hari Jumaat berkata mereka terpaksa membasuh jenazah Yana sebanyak tiga kali dengan menggunakan sabun bagi menghilangkan cecair formalin yang melekat di tubuh anaknya.

Mengulas isu mustad tersebut, Ayah kepada Yana Zein menafikan hal tersebut dan mengebumikan jenazah Yana di Tanah Perkuburan Islam Bulak Lebar, Cinere, Depok.

Keluarga Nurzaman telah membuat kenduri tahlil tiga hari selepas pemergian anak perempuan mereka itu.

Namun ketika kenduri tahlil tersebut di buat tiga malam berturut-turut langsung tidak kelihatan kedua-dua anak Yana Zein, Aurelia Callista Carilla dan Alika Pandora Salvine.

Bukan hanya kedua anak Yana yang enggan datang , malah ibu kepada Yana Zein pun, Swetlana Zein turut tidak kelihatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.