Tragedi Di Hari Raya, Doktor Kerja 4 Hari Tanpa Henti Meninggal Dunia.

Jakarta – Sebagai seorang doktor sememangnya terpaksa berkorban tenaga serta masa dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit, namun begitu sampai satu tahap tubuh manusia juga perlukan rehat juga.

Setiap kali musim perayaan pasti ramai doktor yang mengambil cuti dan doktor yang tidak bercuti akan bertindak sebagai doktor ganti serta akan bekerja melebihi masa, demi memastikan pesakit berada dalam keadaan yang baik mereka sanggup berkorban rehat mereka.

Menurut daripada laporan dari Suara.TV, seorang pakar bius di sebuah hospital di sini meninggal dunia selepas bertugas selama empat hari tanpa henti kerana menggantikan rakannya yang bercuti menyambut Aidilfitri.

Dr Stefanus Taofik dilaporkan meninggal dunia ketika sedang berehat di sebuah bilik di hospital Bintaro Jaya pada malam semalam.

Media Indonesia melaporkan, Stefanus yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun meninggal dunia selepas bertugas selama empat hari tanpa henti.

Stefanus turut terpaksa bertugas di dua lagi hospital berhampiran kerana semua pakar bius di hospital berkenaan bercuti menyebabkan tubuh badan dia bekerja melebihi had kemampuannya itu namun demi menyelamatkan nyawa pesakit dia rela berkorban tenaga.

Kematian Stefanus diumumkan dalam akaun Twitter perubatan Indonesia, @blogdokter yang turut memuat naik gambar doktor muda berkenaan.

“Seorang lagi doktor meninggal dunia saat menjalankan tugas, Dr Stefanus Taofik.

“Seorang pakar bius harus berada di setiap pembedahan di dewan bedah dan kadangkala bertugas sampai pagi,” katanya.

Kematian Stefanus itu turut diratapi dunia perubatan Indonesia serta pengguna media sosial di negara berkenaan.

Stefanus dipercayai mengalami serangan jantung kerana terlalu penat bekerja dan terpaksa bertugas di tiga buah hospital pada masa yang sama.

“Kekurangan rehat dan makan serta minum yang tidak teratur kerana berjuang menyelamatkan nyawa pesakit akhirnya menyebabkan jantungnya sendiri terhenti,” kata seorang pengguna media sosial.

Ramai pengguna media sosial turut mendesak supaya kerajaan menetapkan peraturan jam bekerja untuk doktor bagi mengelak kejadian serupa berulang.-Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.