Suspek Cabul Yang Maut Dibelasah Tidak Bersalah, Hanya Tersalah Masuk Tandas- Saksi

Kejadian seorang lelaki yang telah di pukul secara beramai-ramai kerana dikatakan mencabul seorang wanita telah menjadi semakin rumit apabila mangsa pukul tersebut telah pun meninggal dunia.

Ahli keluarga arwah yang tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa mangsa pukul tersebut telah tampil membela arwah.

Adik kepada suspek yang meninggal dunia selepas dipukul orang awam kerana disyaki mencabul seorang wanita di bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra meminta pihak polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kematian abangnya  itu.

Adik mangsa yang dikenali sebagai Fizah, 20 tahun, berkata kejadian ini tidak patut berlaku memandangkan abangnya (suspek) berusia 31 tahun tidak diberi peluang untuk membela diri dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

“Sejak malam tadi doktor memberitahu abang tidak mempunyai harapan untuk diselamatkan kerana otaknya sudah mati.katanya.

“Kami sangat mengharapkan abang dapat kembali pulih bagi menerangkan kejadian sebenar, tetapi Allah lebih sayangkan abang,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini.

Fizah berkata, Allahyarham adalah anak ke-4 dari 7 beradik. Arwah menghembuskan nafas terakhir di zon merah HSB tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Ahad lalu, seorang lelaki dipukul oleh orang awam selepas dipercayai cuba mencabul seorang wanita di dalam tandas premis tersebut.

Suspek bagaimanapun gagal melarikan diri selepas wanita terbabit menjerit dan meronta sebelum suspek ditahan dan dipukul oleh orang awam yang berada di premis itu.

Bagaimanapun sehingga kini Polis sedang memburu lima lagi suspek berhubung kes berkenaan dan siasatan masih lagi diteruskan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.