Selepas 20 Tahun Bapa Bocor Rahsia Kisah Sebenar, Sampai Wanita Ini Menangis Tak Henti-Henti.

Gambar sebenar ayah bersama anak angkatnya.
Ini merupakan kisah sebenar yang mendapat perhatian netizen kerana kisah ini amat menyentuh hati dan perasaan.

Aku merupakan seorang anak yang malang kerana aku telah dicampakkan jauh dari hidup ibu bapa kandung tidak lama selepas aku di lahirkan.

Namun  begitu aku juga dikatakan amat bertuah kerana ketika aku tidak di kehendaki oleh ibu bapa aku sendiri namun ayah angkatku yang berkebetulan ketika itu berada di hospital tersebut, dan melihat aku di salah satu bilik yang ada disana.

Ketika itu ayah angkat sememangnya tidak mempunyai anak dan juga masih belum berkahwin. Dia segera mendukung dan membawaku pulang ketika melihat aku yang menggigil kesejukkan ketika itu.

Semenjak itu aku pun menjadi satu-satunya anak beliau.

Ayah hanyalah merupakan seorang buruh biasa dengan gaji tidak seberapa, tetapi dia selalu membelikan aku susu.

Buah apple yang jarang sekali kawan-kawanku boleh menikmatinya tetapi aku boleh menikmatinya setiap hari.

Demi aku, ayah tidak pernah terfikir untuk berkahwin kerana dia takut aku akan terasa terasing dengan kehadiran seorang ibu tiri yang tiba-tiba hadir dalam hidupku. Tapi aku tahu tidak ada seorang wanita pun yang bersedia menjadi ibu tiriku.

Aku telah menjadi beban kepada ayah selama lebih dari 20 tahun serta dengan gajinya yang tidak seberapa dia sanggup bersusah payah membiayai pengajianku.

Bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh ayah, aku sanggup bekerja pada waktu terluang untuk menambahkan pendapatan keluarga, akan tetapi ayah sangat marah dan tidak mampu untuk menghalang aku ketika dia tahu aku bekerja secara diam-diam.

Ayah merasa amat bersalah kerana tidak mampu memberikan aku hidup yang lebih baik. Aku memeluknya sambil berkata, “Ayah, aku amat bersyukur selama ini kerana ayah sentiasa ada disisiku, sekarang miskin tak apa, nanti hidup kita akan lebih senang setelah aku lulus dan bekerja.”

Ayah angkat hanya tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu aku.

Dipendekkan cerita selepas dua tahun aku tamat pengajian, aku telah bertemu calon suamiku sekarang saling mengenali, dan bercinta. Ketika menjelang malam perkahwinan kami, aku dan ayah angkat berbual dengan cukup lama.

Ayah mengatakan kepada aku bahawa dia ada sesuatu yang ingin disampaikan kepadaku.

“Sebenarnya ketika ayah ke hospital waktu itu, kerana ayah telah disahkan tidak boleh punya anak leh doktor yang merawat ayah, ketika itu ayah sudah pun mempunyai calon isteri malah kami telah pun bertunang, hanya di sebabkan oleh satu kemalangan ayah tidak boleh mempunyai anak, dan pernikahan ayah ketika itu pun hangus,” kata ayah.

Ayah nyaris berputus asa ketika membayangkan hari tua nanti tanpa seseorang disisi yang boleh menjaga ayah di hari tua nanti, ketika ayah pergi ke hospital itu tiba-tiba terlintas dalam fikiran ayah, kenapa tidak mengambil anak angkat sahaja?

Namun begitu oleh kerana ayah tidak memenuhi syarat pengambilan anak angkat maka pilihan terakhir ayah adalah dengan membeli anak. Sementara ketika itu ibu bapa kandung kamu ketika itu memang bermaksud membuang kamu hanya kerana kamu merupakan anak perempuan.

Mendengarkan perkara itu, ayah terus berunding dengan kedua ibu bapa kandung kamu dan mereka setuju ayah mengambil kamu untuk di jadikan anak angkat.

“Mereka juga telah beberapa kali datang menjengukmu, namun kerana ayah takut mereka menyesal dan mengambilmu kembali, jadi ayah membawamu pindah ke sini, sekarang kamu akan berkahwin, dan sudah sampai masanya ayah memberitahu kamu rahsia ini, kamu tidak menyalahkan ayah, bukan?” kata ayah.

Ayah menjaga dan membesarkan kamu ketika itu kerana pada waktu itu ayah hanya ingin mempunyai seseorang yang akan menjaga dan mengembumikan ayah suatu hari nanti.

“Maafkan ayah ya nak.”

Mendengar cerita itu, air mataku mengalir. Tak disangka ada kisah seperti ini di masa silam aku. Aku tidak tahu apa yang terjadi kepada orang tua kandungku dulu dan apa yang terjadi pada ayah angkatku, tapi satu hal yang aku tahu, cinta dan kasih dari ayah angkat untukku itu tulus.

Aku memeluk ayah angkat sambil menangis, “Ayah, tidak peduli apapun alasan ayah ketika itu, aku tahu kalau kasih sayang ayah buatku itu benar, dan aku merasakannya selama ini. Aku tidak akan meninggalkan ayah seumur hidup aku. Terima kasih ayah….” (Jhony/rp)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.