Saya Akan Ambil Tindakan Kepada Pihak Yang Fitnah Saya - Nur Sajat

Selepas difitnah olah pengguna media sosial usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamarul Zaman tampil memberi amaran keras untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memfitnah dan membuat tuduhan palsu terhadapnya.

Menurut laporan mStar Online Nur Sajat dalam kenyataannya berkata, beliau kesal dengan tindakan pelbagai pihak terutama di media sosial yang jelas ingin menjejaskan reputasinya sebagai usahawan.

"Setelah berbincang dengan peguam, saya membuat kenyataan tegas bahawa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan kepada mana-mana pihak yang terus membuat tuduhan palsu dan fitnah terhadap saya selepas ini.

"Saya akan menuntut ganti rugi dan tindakan 'relief' sewajarnya di bawah undang-undang," katanya menerusi kenyataan yang di akaun Instagram dan Facebook beliau.

Amaran keras Nur Sajat dipercayai ekoran pelbagai kecaman dan fitnah terhadap beliau sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, beliau dikritik dan dikecam netizen berhubung gambar bersama seorang jejaka berbadan sasa tetapi ditutup wajah lelaki itu yang dimuat naik di Instagramnya, Ahad lalu.

"Kadang-kadang, ada benda kita kena rahsiakan... rahsia siapa pasangan kita... so kena tutup mukanya... supaya menjadi teka teki... selamat berbuka," demikian keterangan gambar yang dimuat naik Nur Sajat yang disertakan dengan hashtag #happytime #janganmengata #LetsCantik #nursajat02 dan terdapat juga emoji sekuntum bunga.

Bagaimanapun, Nur Sajat tampil membuat pengakuan kepada mStar Online bahawa gambar berkenaan sebenarnya hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri keluaran syarikatnya. - mStar Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.