Remaja Diculik Dan Diliwat Sekumpulan Lelaki Dengan Objek Tumpu

Pulau Pinang: Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun didakwa diliwat oleh sekumpulan lelaki menggunakan sesuatu objek tumpul yang tidak dikenalpasti.

Mangsa kini berada dalam keadaan mati otak di Hospital Pulau Pinang bertarung nyawa selepas kejadian malam Jumaat lepas.

Menurut ahli keluarga, mangsa dan rakannya terserempak dengan kumpulan lelaki berkenaan di Island Glades kira-kira jam 11 malam.

Menurut rakan mangsa, kumpulan lelaki itu memukulnya dengan topi keledar dan menculik serta melarikan mangsa dengan kereta.

Beberapa jam kemudian, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di dalam kereta yang sama di Minden Heights, kira-kira dua kilometer dari tempat diculik.

Ahli keluarga berkata, pada awalnya pihak hospital memaklumkan bahawa mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, pinggang dan tangan selepas dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Pulau Pinang.

Namun pada hari ini, mereka dimaklumkan bahawa berlaku pendarahan di bahagian dubur mangsa yang menunjukkan kesan koyak disebabkan oleh tindakan liwat.

Kesan itu didakwa akibat memasukkan sesuatu objek seperti botol di bahagian sulit mangsa.

Mereka juga mendakwa terdapat kesan lecur di bahagian belakang badan mangsa.

Namun pihak hospital masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian berkenaan.

Justeru, pihak keluarga mangsa mendesak siasatan terperinci dilakukan segera dan kesemua suspek ditahan dan dibawa ke muka pengadilan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritenden Anuar Omar dalam satu kenyataan berkata enam suspek telah ditahan setakat ini dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan. - Sumber Buletin TV3

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.