PRU14 Ditangguhkan Sehingga Tahun Depan.

PRU14 yang sangat di nanti-nantikan oleh masyarakat bakal ditangguhkan sehingga tahun depan setelah membuat penelitian yang menyeluruh.

Merujuk kepada laporan Sinar Harian, Pilihan raya umum 14 (PRU14) yang dipercayai akan diadakan pada Oktober ini mungkin tidak menjadi kenyataan dan terpaksa ditangguhkan sehingga tahun depan.

Sumber dalaman memberitahu Sin Chew Daily, penangguhan itu dibuat kerana pada Oktober ini, Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia.

Antara aturcara yang akan dihadiri pemimpin utama China itu ialah menyaksikan majlis perasmian Xiamen University Malaysia, Sepang yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Semasa lawatan kerja Presiden China di Malaysia, perdana menteri dan jemaah Kabinet perlu hadir. Oleh itu, Parlimen tidak boleh dibubarkan pada ketika itu,” kata akhbar ini.

Sebelum ini, Najib pernah membayangkan PRU14 kemungkinan jatuh pada September atau Oktober ini dan jika tidak, ia akan ditangguhkan sehingga tahun depan.

“Melihat kepada perkembangan politik semasa dan kedudukan kewangan negara, tahun ini bukanlah waktu yang sesuai untuk mengadakan PRU.

“Oleh itu, PRU14 besar kemungkinan diadakan selepas Tahun Baharu Cina tahun depan iaitu pada Mac 2018,” tulis akhbar ini lagi. -Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.