Polis Tahan 2 Lelaki Yang Buat Kecoh Di Bazar Kluang

Polis menahan 2 lelaki didakwa menghalang dan mengusir pasukan Pakatan Harapan diketuai Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dari DAP daripada mengedar kurma di bazar

Polis menahan 2 lelaki didakwa menghalang dan mengusir pasukan Pakatan Harapan diketuai Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dari DAP daripada mengedar kurma di bazar Ramadan Bandar Kluang, Johor semalam.

Kedua-dua mereka ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, 1.40 tengah hari.

BH Online memetik Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, penahanan mereka bagi membantu siasatan berkenaan kes provokasi termasuk menghalau beberapa anggota parti politik yang sedang mengedarkan sumbangan kurma kepada orang ramai di bazar Ramadan Bandar Kluang.

“Hasil soal siasat, seorang daripada suspek mengaku menumbuk mangsa yang sedang mengedar kurma di bazar berkenaan manakala seorang lagi suspek mengaku menolak mangsa yang lain.
“Empat lagi suspek sedang dikesan dan akan ditahan tidak lama lagi bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.

Video tindakan provokasi berkenaan viral di media sosial sejak malam tadi dan mendapat kecaman ramai termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkannya sebagai tindakan yang perlu dikecam.

“Tindakan yang perlu dikecam, lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Tak perlu kita bertindak seperti ini walaupun berbeza pandangan politik,” kata Khairy menerusi akaun twitter beliau.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengecam insiden itu ambil menegaskan tindakan seumpama itu jelas tidak memaparkan sifat-sifat mulia Islam yang melarang umatnya mengasari orang lain.

“Walaupun berbeza kaum, agama dan fahaman politik, menghormati sesama manusia adalah tuntutan Islam yang utama dan sebagai umat Islam sewajarnyalah kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

“Saya berasa amat kecewa dan sedih dengan insiden itu. Walaupun bukan seorang yang beragama Islam, beliau sepatutnya tidak dihalang daripada berbuat demikian apatah lagi dimarahi dengan kata-kata kesat,” kata beliau.

Berdasarkan rakaman video yang diterima FMT semalam, kumpulan itu cuba menghalang Liew dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Umar Ali serta pasukan mereka memasuki bahagian tertentu bazar.

Sheikh Umar mendakwa salah seorang pemuda terbabit pernah menghalang mereka memasuki bazar di bandar Kluang pada 2014.

Liew, Sheikh Omar dan seorang ahli PPBM Radzali Mohd Noor membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Kluang 10 malam tadi. - FMT

loading...

COMMENTS

Nama

Artis,165,Artis Dalam Negara,78,Artis Luar Negara,49,Berita Menarik,907,Berita Semasa,759,Binatang,17,Cabul,16,Curang,18,Curi,1,Dera,19,Gaduh,24,Gambar,39,Islam,106,Kantoi Luar Negara,56,Kecuaian,8,Kejam,88,Kemalangan,26,Kes Bunuh,68,Kes Kantoi,325,Kes Rogol,223,Kesihatan,63,Kisah Nabi,1,Luar Negara,792,Makanan,9,Maksiat,27,Marah,12,Movie,2,Movie Trailer,4,Penipuan,11,Perang,7,Politik,84,Politik Dalam Negara,53,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,45,Rogol Dalam Negara,29,Rogol Luar Negara,32,Rompak,7,Rumah Tangga,265,Samseng,12,Samun,6,Sedih,27,Selebriti,13,Seram,8,Sesat,4,Sukan,53,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,13,Sumbang Mahram,6,Video,546,Video Dalam Negara,95,Video Kantoi,50,Video Luar Negara,122,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Polis Tahan 2 Lelaki Yang Buat Kecoh Di Bazar Kluang
Polis Tahan 2 Lelaki Yang Buat Kecoh Di Bazar Kluang
Polis menahan 2 lelaki didakwa menghalang dan mengusir pasukan Pakatan Harapan diketuai Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dari DAP daripada mengedar kurma di bazar
https://2.bp.blogspot.com/-kJjY4AGhKdE/WT1to3FBOvI/AAAAAAAAjw0/KC6HJKYuLwsUsG8usZgzMpmv9UYMZ_loQCLcB/s1600/WJ1.png
https://2.bp.blogspot.com/-kJjY4AGhKdE/WT1to3FBOvI/AAAAAAAAjw0/KC6HJKYuLwsUsG8usZgzMpmv9UYMZ_loQCLcB/s72-c/WJ1.png
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/polis-tahan-2-lelaki-yang-buat-kecoh-di.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/polis-tahan-2-lelaki-yang-buat-kecoh-di.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy