Pokok Berusia 100 Tahun Dibiarkan Terus Hidup Di Tengah Padang.

Bersukan itu sememangnya baik untuk kesihatan dan kita juga di sarankan untuk bersukan bagi menjamin tubuh badan sentiasa sihat.

Di sekolah juga kita di galakkan untuk menceburi apa jua sukan yang ada di sekolah seperti, bola sepak,badminton, bola tampar dan sebagainya.

Namun kegembiraan pelajar di Sekolah Tinggi Yucai di Beijing, China tersekat kerana perlu berhati-hati setiap kali mahu bermain bola di padang sekolah mereka.

Ini kerana sepohon pokok berusia 100 tahun dibiarkan terus hidup di tengah-tengah padang sekolah yang diselenggara dengan baik itu.

Walaupun kedengaran pelik kerana membina padang bola sepak tanpa membuang pokok itu, pihak sekolah berkenaan sebenarnya tidak mempunyai pilihan.

Sekolah Tinggi Yucai dikelilingi pelbagai bangunan bersejarah dan kawasan terbabit merupakan satu-satunya lokasi yang sesuai dibangunkan untuk kemudahan padang bola sepak.

Sebelum padang itu dibina, pihak sekolah meminta kebenaran agar pokok yang dilabel sebagai khazanah negara kerana usianya, dipindahkan ke tempat lain.

Bagaimanapun proses pemindahan itu tidak dapat dilaksanakan kerana terlalu berisiko dan mereka meneruskan pembinaan padang di sekeliling pokok tersebut.

Menariknya, Sekolah Tinggi Yucai dibina di kawasan Taman Diraja Dinasti Qing dan Minq, dan menurut laporan Beijing News pokok itu merupakan tumbuhan paling tua di Beijing.

Bagi pelajar sekolah itu pula, mungkin mengecewakan bagi mereka kerana perlu bermain di padang yang mempunyai pokok, tetapi mereka sudah membiasakan diri dengan keadaan itu. – Oddity Central

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.